Tuesday, September 13, 2011

Nak Raya Boleh?

Posted by makcik rehan KJB at 9:46 AM
Sabtu tadi Ibah call kata nak singgah sport check umah aku pas melawat tapak romah dia
dok sebok jadi DJ radio karat, lupa pulak aku nak snap gambo ko laki-binik Ibah oi
eh, lupa... aku bukan blogger tegar :))

Kebetulan aku baru siap kemas-kemas romah
jadinya dengan berbesar hati, aku sanggup ler terima terjahan depa laki-binik
kalau kau datang time aku baru balik kampung aritu,
dengan tak segan silu aku sakap aku takde kat romah! kahkahkahkah!

Elok aku lepas solat Asar, aku dengar budak pompuan bagi salam kat gate
Aisyah tengah main beskal kat porch... dia jerit kata ada kakak datang romah
Aku ingat Ibah buat suspen... hantar anak buah suruh skodeng aku :))

Yerrrr, carik sapa?
Nak datang raya boleh?

Eh, anak sapa ni ekk?
Aku kenal ke mak-pak dia?
Mana datang pulakni... bukan budak lorong akuni...

Aku jengul-jengul kepala kat jalan, tanampak lak ahli rombongan tom-tom bak
Keta pon takde.. yerla, kotla salah romah ker.. mak pak dia tunggu lam keta ke
Aisyah tengah main beskal pon tercengang tengok budakni menempel kat gate

Datang sorang ker? (perasaan was-was masih menebal)
Mana kawan-kawan, ke datang dengan mak?

Saya datang sorang jer...

Ha meh masuk meh (cuak-cuak pon aku bagi jugak dia masuk)

Abih korang sumer dok kata, tetamu datang bawak rejeki kan :))
Gigihla aku pelawa jugak budak tak tahu hujung-pangkal ni masuk romah
Suspen gak aku masatu... kawasan taman tengah sunyi-sepi
PS dah la takde kat romah - pegi ziarah sedara meninggal (Al-Fatihah)

Pendekkan cerita (cam biasa, sakit pinggang la menaip lama-lama sambil menerap)
Aku kasi makan kuih raya, kasi minum
(semua dah memang ready atas meja sebab aku tunggu Ibah kan)

Dia makan semekut 2,3 ketui... teguk air...

Dah kenyang...

Ha pi tunggu depan tibi sat yer

Tengah aku kebek-kebek sampul raya
dia jengah kepala kat celah divider aku yang dah patah dikerjakan Mencah dulu tu

Boleh tak bagi duit raya untuk adik saya sekali?

Terkedu aku....

Eh, mana boleh macam ni tau... tak baik mintak-mintak duit dari orang
kalau pergi beraya rumah orang, tak boleh mintak-mintak duit raya tau
Kalau orang bagi bolehlah ambik... kalau orang tak bagi tak boleh mintak-mintak tau
Kalau adik kamu nak duit raya, dia kenalah datang beraya sendiri
Mana buleh kirim-kirim pulak...

Tak pasal-pasal dapat ceramah free dari Ostajah Rehan :))

Aku sempat interview dia masa tengah makan kuih tadi :
Dia duduk selang dua lorong dari romah aku
Mak takde kat rumah... mak keje kerani... harini mak keje
Dia skolah darjah 6 ke form 1 tah lupa dah aku
Ayah ada kat romah.. ayah kerja sendiri (berniaga)
Dia dua beradik, adik dia laki... tadi kuar beraya sesama...
tapi adik dia cilok pegi taman permainan kat belakang
So, dia menggagah terjah romah orang secara solo
kenal ke tak kenal semua dia terjah
Jangan kau tersalah terjah rumah bujang Indon sebelah romah Acik sudah nak oiii
Kang lain pulak jadinya kalau depa jemput ko masuk romah

Tengok sling bag dia melingkar kat pinggang pon aku dah boleh agak
Ni tak lain nak pi buat collection ler ni :))

Korang boleh buat penilaian sendiri tentang kisahni
Ada yang kata tak baik kedekut, dengan bebudak pon nak berkira
Ada yang kata bagus budak-budak terjah rumah orang tah sapa-sapa tak ketahuan hala
Ada gak yang kata, biasalah bebudak... masa raya jerlah depa nak kutip duit raya ponnn

Duit raya, kedekut tak kedekut... bukan soalnya disini

Yang aku nak bangkitkan adalah :
Mak-pak dia tahu tak dia kuar terjah rumah orang tah sapa-sapa pi mintak duit?
Dia datang beraya sorang-sorang di petang yang sunyi dan hening, kalau salah terjah romah?
Berpada-padalah kalau bagi anak-anak kuar beraya pon...
jangan sampai mintak-mintak duit orang (orang tak kenal pulak tu!)
Lepaskan depa beraya kat romah sedara dan kawan-kawan rapat dah lerrr....

Kalau malam raya atau hari raya pertama,
budak-budak jalan segerombolan datang terjah masa balik mesjid aku tarak hal
memang meriah terima kedatangan depa time ni... dengan baju raya segak dan comel
bolehla kita kenal-kenal... ko anak sapa, ko anak sapa kan
at least kalau ko tak kenal yang ini, yang sorang lagitu mungkin ko kenal kan...
takdela ko rasa cuak sangat jemput stranger masuk romah kan

Lepas dengar tazkirah Ostajah Rehan sat tadi, dan-dan dia tarik muka
Buat muka bonyok duduk balik kat kusi...
bila aku hulur duit raya... pandang muka aku pon idak
Salam pon idak... terus jer kuar rumah...
mujur dia sakap terima kasih... kalau tidakkkk... sentap Acik Rehan tau (^_^)

Anyway, kids will always be kids
depa sangat plain dan telus
so, terpulang kita sebagai mak bapak... samada kita yang nak corakkan depa
atau nak bagi kawan-kawan, persekitaran dan tivi yang corakkan depa?

Gentle reminder untuk semua parents
especially to myself :-)
Anak aku lagi jenuh nak train tau,
dah la bangsa tak takut stranger, attention seeker lak tu!











4 comments:

wardah @ fie shah on September 13, 2011 at 10:10 AM said...

Mmg bahaya budak² zaman sekarang ni. Kdg² jalan sorang2 tu mak bapak dia tahu ke tak. Maybe mak bapak kerja ke kan.

makcik rehan KJB on September 13, 2011 at 10:16 AM said...

betui wardah... kena pesan kat anak, rumah tah sapa2 tak payahla terjah...

ejaMaria on September 13, 2011 at 2:26 PM said...

hihihi... rumah kita ada malam minggu lepas budak India lagi tekan bell pastu cakap nak raya... haduyai... rasa nak cakap je 'tak pose mana leh raya'... dah la malam-malam... masa tu kita da tamu plak tu... sudah nya sbb malas nak layan makan minum... en.suami hulur duit raya je sorang singgit... ;p

littlehumblelynn on September 13, 2011 at 4:54 PM said...

MR

teringat kisah tahun lepas..kes beraya punya pasal..2 sekwn kena rogol..nauzubillah..

risau weii..aku dah ler ada anak dara :(

ShareThis