Thursday, September 15, 2011

Percubaan yang gagal

Posted by makcik rehan KJB at 12:01 PM
Semalam kita bawak kanak-kanak pegi tengok The Smurfs
Bahana terrbuat janji dengan Mencah la nih
Hari-hari dia tuntut janji, asek tanya bila nak pi tengok wayang

Ini wayang kesekian kalinya untuk Mencah,
tapi percubaan pertama untuk Asyraf
Takpa... seat dia free (kata pihak penaja :-p)

Aku ingat citer kartun kanak-kanak semata,
rupanya dongeng merapu siap ada maknosia sebenar. Layan jerlah.
Mencah memang enjoy gila. Terpaku kat seat dari awal sampai habis.
Siap gelak berdekah-dekah. Macamla paham bebeno.

Asyraf?
Masuk jer, melalak terus tengok bilik gelap gulita. Speaker pulak kuat berdentum kan.
Tapi bila movie start, dia terpacak gak tengok movie untuk sejam yang pertama.
Orang gelak dia pon gelak, sambil tunjuk-tunjuk skrin. Macamla paham bebeno.

Lagi setengah jam?
Haru-biru-kelabu!
PS la terpaksa berkorban bawak dia lepak kat luar hehehe
Lalu Mencah dan emaknya dapat menonton dengan aman :))


Sebelum menonton, kita bersantap dulu.



























Dimana? Alah, disebelah TGV tu jer.
Tu Asrap pegang menu tu. Ada nama kedai kat situ.
Makan laju-laju, 15 minit selesai.
Kejar movie punya pasal. Hahaha.





























Lepas abis movie, kita seret kanak-kanak pegi bilik persalinan.
Tukar apa yang patut sebelum berlaku kebasahan dan keciciran.



























Eh cantiklah nursery room ni. Suasananya sangat selesa. Saya soka wallpaper biru dia.
Jom buat romah kita macamni nak Bang?
Apa ko ingat romah kita tu Taska?
Sentap! #Tangan Di perut, Mata Terkuyup ---> dah ada orang create ke belum?































Terlampau selesa sampai berbaring kat lantai!
#Tangan Di pinggang, Mata Terbeliak ---> dah ada orang create ke belum?


Dan ini income tax untuk minggu ini :))




























3 comments:

SYANI on September 15, 2011 at 12:16 PM said...

Comelnya Mencah...

Nadiah Sidek on September 16, 2011 at 7:54 AM said...

eh, aisyah dah kurus! (nampak sangat dah berzaman tak singgah sini -_-")

makcik rehan KJB on September 17, 2011 at 1:38 AM said...

Nadiah, susut sikit pasal susu dah kurang, mkn pon tak berapa. lagi dah skolah kan :-)

ShareThis