Wednesday, September 14, 2011

Raudhatus Sakinah

Posted by makcik rehan KJB at 8:04 AM
Raudhatus Sakinah adalah sebuah Pusat Perlindungan Remaja Puteri berstatus NGO
yang menempatkan anak-anak gadis muslim yang terjebak dengan zina.

Lawati Facebook RS disini : Raudhatus Sakinah Official Page
Lawati website RS disini : Raudhatus Sakinah Official Website
































Fan Page ini dilancarkan dalam Facebook bagi mengumpul semua pihak yang menyokong usaha kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Kempen ini telah dilancarkan oleh Raudhatus Sakinah pada 14 Julai 2007 dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Sehingga kini, kempen ABJZ ini telah memasuki pelbagai sekolah dan institusi pengajian tinggi awam/swasta. Ini adalah antara usaha Raudhatus Sakinah menyedarkan masyarakat tentang bahaya zina dan gejala sosial yang kian membarah.

Ia selaras dengan Al-Quraan dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang berbunyi:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. 
Dan suatu jalan yang buruk."

Oleh itu, kami menyeru semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang prihatin akan kempen ini untuk menyokong serta membantu kami membangunkan ummah!

Dalam usaha mengumpul sumber kewangan bagi memperluas program-program kesedaran ke seluruh  negara, RS memerlukan dana dan bantuan dari mana-mana individu dan syarikat yang sudi menyumbang. Satu majlis Hi-tea amal bakal diadakan pada 24 September ini di SACC Shah Alam.




































Sumbangan boleh dibuat melalui pembelian (penajaan) kerusi dan meja untuk majlis ini nanti.
Boleh hubungi mereka ini untuk sebarang pertanyaan :

a) Bahagian sekretariat : 03-41089669 / 03-41053379 /
b) Puan Rosmawati 019-2386333 /
c) Encik Joannes 013-3040834
d) Encik Abdullah Omar 013-2466190

emel :  rsakinah@gmail.com
 

     Atau, anda boleh memberi sumbangan yang termampu ke akaun Maybank RS seperti berikut :
     562209613388 atas nama Raudhatus Sakinah Berhad.



Ulama berkata, sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.


Lima di dunia:
1. Mencucikan hartanya
2. mencucikan badannya
3. menolak daripada penyakit
4. menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya


Lima di akhirat:
1. dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. ringan nisabnya
3. berat timbangan (amalan) di akhirat
4. mudah melalui titian siratulmustaqim
5. bertambah darjatnya di dalam syurga



0 comments:

ShareThis