Thursday, October 13, 2011

40 minit sepatutnya

Posted by makcik rehan KJB at 7:07 AM
Dapat kat aku jadi 40 + 20 + 10 + 10 menettttt.
Payah betullah kalau oven canggih tak serupa orang ni. Kakakakaka.....
Lalu hasilnya....




Soklan cari nahas : Eh, ni kek coklat ka kek pisam ni?
Panngggg kang! Nak?


Pisang berangan setandan Mak aku kirim kat Abelan aku
buleh dia tak bagitau ada pisang dalam bonet keta aku yg dia pakai masa balik kampung
sedar-sedar keta aku bau wangi pisang
sampai Aisyah pon komplen keta Mama bau pisang!

Aku sedor ada pisang dalam bonet masa nak turunkan Aisyah depan Taska
bukak bonet, terkejut beruk nampak pisang setandan dah masak ranum
orang Banjar kata dah ripu sangat dah,
nak buat goreng pisang memag dah tak layak
6 hari pisangtu bersauna dalam bonet Si Kontot aku weiii

Malamtu, aku kerat-kerat mana-mana sisir yang agak elok lagi
aku lanting kat jiran internasyonel sebelah romah
pastu aku kirim kat Muallimah Aisyah seplestik
yang dah ranum sangat, kulit agak itam aku tak sampai hati nak bagi orang
kang orang ingat aku bagi buah busuk kat orang kan
lalu aku kupas kulit, simpan dalam peti sejuk
hari-hari bukak peti aku tenung pisang tu sambil mengeluh...
Apelah naseb ko pisammm... akuni buat cekodok pon tak sedap... 
sapa pon tamau makan... sian ko...

2 hari lepas aku chat dengan adik aku Si Hijau Langit
dia suh aku lecek pisang-pisang tu bikin kek pisang
malam tu aku terus geledah cari resepi
jumpa pulak resepi simple dimple
aku malas nak bagi link... sebab bagi aku kek yg aku buat ikut resepi tu tak sedap
benda tak sedap malas aku nak share, kang korg keji aku pulak kan
(org lain semua komen kata depa buat sedap, aku ja buat tak sedap gamaknya)

Oleh kerana sikap 'dah senang nak senang lagi' yang cukup tebal dalam diri
aku memandai pulak blend telur pakai blender
kes malas nak kuarkan mixer, nak basuh bowl bagai kannn...
hancur lumat pisang tu semua kena blend kauuuu! Hahahaha....



























Laki aku sudi bawak 3 potong je pi opis.
Balik keja tadi aku cek tupperware tu dah kosong... tak jadi nak sentap
tak kisahla masuk tong itam ke, lempor kat kucing ke...
janji tak bawak balik baki yang tak abis sudah!

Aisyah jugak jadi penawar aku
balik Taska tengah kelaparan gamaknya
terus terpa meja makan, tak dan-dan terus potong sendiri seketul besar

Yeayyyy... Mama buat kek!
Sedapnya Mamaaaaa...!

Tak sia-sia Mama sengkang mata sampai kol 2-3 pagi tunggu kek masak nakkkk....

*Credit pics to owner Sony Nex 5N yang datang buat shooting kat romah aku petang tadi.
*Zel, sila beli ini camera... marvellous!






4 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e on October 13, 2011 at 8:23 AM said...

nampak sedap ajer. me kalo buat kek , beli tepung segera tu ajer..hehehe. tak yah mixer2 pun :p dasar pemalas dan x pandai baking :p

TopsyTurvyMum on October 13, 2011 at 8:35 AM said...

Aku rasa tekak ko ni bukan calang2 tekak la..Taraf Phd punya tekak aku saspek! Hahaha

Me on October 13, 2011 at 8:52 AM said...

MR kenapa ko tak buat kek pisam nie guna BM ekau? mmudahhhhhhhhhhhhh

makcik rehan KJB on October 13, 2011 at 3:22 PM said...

Ai lebyu olls... mmuahhs! *pemalas jwb romen. eh, komen*

ShareThis