Thursday, October 27, 2011

Dah tua, maka selalu sakit-sakit. Dan selaluuuu lupa!

Posted by makcikrehan KJB at 9:18 AM
Aku le tu. Bukan kamuorang.
kamuorang semua muda beliawan dan beliawanis lagi.
Musim tak demam pon aku buleh kena demam,
inikan pulak musim orang demam. Laaagilah aku demam.
Jadi aku taip entryni sambil demam.
Sila baca mengikut indeks petunjuk orang demam.

Haritu aku pegi Subang, hantar MIL pi umah BIL.
Aku kena ambik-alih tugas supir sebab laki aku out of town dan Atuk Asan lak ada hal lain
pastu secara tidak dirancang, aku gather-gather dengan kawan kembor skolah.

Depa jemput aku naik Alphard (bukan nama sebenar)
tapi depa hantar aku balik naik Wish (bukan nama sebenar)
Di situ drama spektra bermula...

1. Aku tak bawak kasut Asrap sebab kasut dia ada dalam Caldina (bukan nama sebenar) laki aku.
    Kesannya sila baca di bawah nanti.
    
2. Aku terbawak kunci Caldina (bukan nama sebenar) laki aku dalam diaper bag kanak-kanak
    Satgi aku citer apa yang berlaku.

3. Asrap ada masalah dengan puting botol yang selain Pigeon peristaltic wideneck.
    Pon satgi aku citer apa yang berlaku.

Kami singgah kedai bakery, cuci mata dan poket
sambil meroyan feeling-feeling ratu dessert macam juara masterchef Amareka Sarekat musim pertama.
Oleh sebab NOMBOR 1, maka aku pon sawan mengawal-selia budak berkaki ayam membuas dalam kedai.

Lepas makan beradab bersama kelorga si kembor,
aku dipelawa pulak untuk mengikuti tutorial menjahit bersama emak si kembor.
Seronoknya... aku menjakun menjahit di penthouse 5th floor (bukan floor sebenar)
dan kanak-kanak aku di selia oleh 5 orang bibik berpengalaman (bukan angka sebenar) kau ada?

Sedang aku bersenang lenang dalam studio,
Asrap tiba-tiba meraung bila sedor mak besor dia dah hilang dari pandangan mata. Potong stim lah!

OK, dah masa untuk pulang ke pangkal jalan.
Tettt... remote Wish (bukan nama sebenar) berbunyi.
Aku panik, mana Alphard (bukan nama sebenar) tadi?
Kenapa tak naik Alphard (bukan nama sebenar) balik?

Alphard (bukan nama sebenar) laki aku bawak pi trim misai. Apasal?

Diaper bag, sama botol susu anak aku ada dalam Alphard (bukan nama sebenar)...
masani aku belum sedor yang kunci Caldina (bukan nama sebenar) laki aku pon ada dalam diaper bag tu.

Takpa, kami hantar ko dulu.
Nanti bila laki aku balik, kami hantar botol dengan diaper bag ko.

Sampai umah BIL, Asrap menangis berebut mainan dengan cousin.
Aku dah gelabah, marhaban dah nak start.
Aku buat susu dalam botol kakak dia. Pass kat dia.
Spesis botol yang sama tapi puting lain.

Betul. Marhaban sangatlah dahsyat.
Menangis melolong-lolong takmo minum susu.
Angin aku dah naik menuju puncak.
Bawak pi mandi, kemas-kemas baju, terus surrender nak balik Rawang.

Jinjit beg pegi pagar. Raba-raba beg merah cari kunci Caldina (bukan nama sebenar) laki aku.
Hampir nak mencarut di mulut! (dalam hati sudah dah)

OK, sekarang macamana?

Atuk Asan suruh bawak balik Mini Cooper (bukan nama sebenar) kepunyaan biras.
Tak boleh. Sebab tak ada carseat.
Buleh sawan tarik aku nak drive Subang - Rawang bawak kanak-kanak tanpa carseat.

Call kembor, laki dia belum siap trim misai.
Asrap dah makin tak keruan tak dapat susu.

Mujur kebetulan Maklom pon dah nak balik Rawang.
Kita naik Grand Livina (bukan nama sebenar) Maklom sampai umah Atuk Asan,
pastu kita balik Bayuville naik Swift (bukan nama sebenar) aku yang memang port kat umah Atuk.

Tengah jalan, baru teringat kunci rumah Bayuville ada dalam Caldina (bukan nama sebenar) laki aku!
Sungguhla haru-biru-kelabu!

Tarak hal nak tido umah Atuk Asan,
tapi yang menjadi hal adalah puting susu budak Asrap ni...

Pujuk-pujuk suruh minum pakai botol kakak tetap takmau.
Budakni dah lembik serba tak kena. Macam tak dapat candu gitu kan.
Nak tanak memang kena pi beli. Kang lambat-lambat kedai semua tutup lagi payah.

Kat Tesco takde jual, sebab aku dah bapa kali cekidaut kat sana.
Satu-satunya harapan adalah Parkson.
Lepas solat Maghrib, aku usung Asrap pegi Pekan Rawang,
serbu tingkat 3 Parkson... serbu area Pigeon.
Lega kau!

Esok petangnya Atuk Asan bawak balik Caldina (bukan nama sebenar) laki aku
Dapat je kunci, kami pon dan-dan balik Bayuville.
Aku dah gigil-gigil 3 hari tak dapat internet kakakaka...

Sampai umah, kelebek beg... eh botol susu tadak eh
Hahaha... rupanya botol susu tu tak duduk dalam beg.
Dia duduk atas seat Alphard (bukan nama sebenar)

Si kembor kata, botol susu tu ada kat kami. Dah basuh.
Bila-bila mai ambik. Eh bagusni, ada chance aku nak membatak dalam studio penthouse lagi! :))

Duduk lepak-lepak, aku pon nak ler snap gambo kanak-kanak ni buh kat fesbuk
nak kasi tunjuk sama bapak depa yang kini berada di Palembang (bukan lokasi sebenar)
Lagi sekali, aku raba-raba beg merah... ah sudahhh!
kalini mencarut di mulut terus (sebab mak dan bapak mentua takde depan mata hahaha)
kamera aku adalah tertinggal kat rumah BIL kat Subang!

Sudahnya, aku snap gambo pakai Ipad 2 (pembohongan yang nyata) laki aku,
pastu oleh sebab Ipad 2 (pembohongan yang nyata) tu dah default login FB dia,
maka gambo-gambo tu keluar terus kat wall dia!

Maka jadilah senario begini...
Sendiri tangkap, sendiri post, sendiri tag diri sendiri dan sendiri romen. Eh, komen.
Kau mampoo hidup dalam darjah complexity tertinggi macamni noks?

Renung-renungkan, selamat makan maruku.

Nah gambo arkib bila kala punya ntah!
(jumpa dalam folder lappy barai ni)


























Babai!



8 comments:

Me on October 27, 2011 at 9:57 AM said...

huish... peminat TOYOTA sungguh nih...fokus pemahaman n pembacaan harus tinggi utk menghayati 'BUKAN NAMA SEBENAR" n BUKAN LOKASI SEBENAR" di samping tolong mengerah keringat utk naik tingkat 3 parkson n mencari solusi jln penyelesaian... atuk asan jugak berjaya membawa pulan caldina bukan nama sebenar itu..

TopsyTurvyMum on October 27, 2011 at 9:58 AM said...

komplikated sungguh kehidupan org2 kaya cam kita ni kann?*sambil buat muka kerek*
Banyak benda nak pikir tu yg selalu lupaa..

makcik rehan KJB on October 27, 2011 at 10:04 AM said...

Kerul, masakkan aku kek pisam bleh?
Bini bang saad, ko masakkan aku nasik ayam penyet eh

aku demamni, x kesian ka?

SYANI on October 27, 2011 at 11:19 AM said...

Pening aku baca entry hang ni...
ALPHARD-WISH-CALDINA-GRAND LIVINA-MINI COOPER [bukan nama sebenar]...☺

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ on October 27, 2011 at 12:14 PM said...

penatnya nak habiskan n3 ni..mujur aku faham...akekeke

MsAjai on October 27, 2011 at 1:29 PM said...

fuhhh....semua kereta gah2belaka...tak tercapai akal aku yg drive hanak hekan kelisa sajok....

littlehumblelynn on October 27, 2011 at 2:02 PM said...

REHAN

aku boleh bayangkan asrap mengamuk nakkan botol susunya

teringat kak ain dulu yang hanya mau puting botol NUK ..kalo beli hak lain sama design pun dia leh mengamuk

mmg haru!!

harusler ko demam kalo begini pjg entry ko

cpt2 sembuh ok..

ceywie on October 27, 2011 at 3:43 PM said...

selalu baca je. tp kali ni nak komen gak. entry kali ni mmg nampak rehan sedang demam. hheeehee.
salam kenal. ;)

ShareThis