Monday, October 3, 2011

Mee gorem kanak-kanak

Posted by makcik rehan KJB at 9:34 AM
Jumaat lepas skolah Mencah buat jamuan raya
Mu'allimah (ustazah) dia bagi notes kat parents suruh budak-budak bawak apa yang patut
Garu kepala aku... kuih raya aku tak berani nak bagi
Dah lama tak sentuh, tah elok lagi tah idak
kang sakit perut anak orang, kacauuuu...

Lalu, lepas hantar PS pegi Serendah pagi-pagi buta yang tak buta tu,
aku singgah kedai runcit, beli barang masak sikit
Pecut balik umah Nenek Onah nak pungut kanak-kanak,
berdesup balik Bayuville... tak dan tuka baju, terus terjun dapo

Aku buat sebungkus mee saja.
Tak berani nak buat banyak-banyak, student depa 12 orang jer
Kot-kot pihak skolah pon prepare heavy meals like nasi impit ke, nasi ayam ker
kang tak laku lak mee aku tu. Aku bukan bulehhhh... sentap karang!
























Mencah komplen aku letak cabai potongtu. Dia pantang sesangat merah-merah ni.
Alah, adala 5 hiris kot aku taruk...
saja nak bagi nampak presentable sikit di mata ustazah dia, boleh gitu? Hahaha

Aku letak siap-siap pinggan & sudu pakai-buang untuk budak-budaktu
kebetulan ada balance pinggan/mangkuk polistren kat romahni
(kan aku kata, pinggan mangkuk aku kat romahni multiracial :-p)

























Sepatutnya gambaq polisterin ni tak perlu pon,
tapi aku dah snap... aku bubuh jugak. Sawannn :))

Masa jemput Mencah balik, tak sabo-sabo la aku nak korek feedback dari dia
Aku tengok bekas tu dah kosong... legala sikit...
kalau depa pulang balik walaupon seurat mee pon, kesentapanlah aku jawabnya :))

Kakak, makan tak mee Mama?
Makan.
Sedap tak?
Sedap. Saya makan sampai licin.
Bagusnya.... kawan-kawan makan tak?
Makan. Semua orang makan sampai licin.
Kawan-kawan pon makan sampai licin jugak? Sedap kan? ---> kembang bontot dah time ni

Mu'allimah suruh semua orang makan sampai licin.
Sapa tak abis nanti jadi kawan syaitan.

Sentappppp!





2 comments:

Me on October 3, 2011 at 10:00 AM said...

hahahahhaha... susah untuk eden buat kesimpulan hahahha sakit mulut gelak..

littlehumblelynn on October 3, 2011 at 10:44 AM said...

Rehan

maksudnya sedapler tuh..anak aku kalo bg tazkirah gitu..kalo x sedap mmg dia xkan telan punya..jadi andaikan shj mee itu sedap..kena tekak..

:-)

ShareThis