Wednesday, October 5, 2011

... of getting back to work

Posted by makcik rehan KJB at 10:13 AM
Anggaplah konon-konon kamu masuk playschool 2-3 jam macam hanak Mat Saleh ye Adik
walopun hakikatnya kamu kena hadap ruang segi empat tu 10 jam sehari, 5 hari seminggu :((




























Semalam dah lepas ujian hari pertama
Tiada acara banjir, cuma angin bertiup agak kencang. Hehehe...

Agak sayu masa aku jemput depa pukul 6 petang semalam
Si Adik terus terpa mintak dokong, peluk rapat-rapat...
peluk leher melekap takmo lepas, takmo angkat kepala tengok orang lain dah :))
hari pertama dah ada bruises here and there, badan dah mula panas pijar
kalini aku dah lebih bersedia berbanding masa kakak dia 2 tahun lepas (bersedia konon)
letak anak kat babysitter, taska, nursery whatsoever... kena banyak redha dan pasrah
(apa, ingat geng diet jer pandai pasrah? hehehe)

Kau sendiri jaga anak sorang pon buleh terhantuk berdarah kepala...
inikan pulak 2,3 orang jaga budak-budak satu kelas, kan?
minor bruises jer... nothing to shout about,
bagi je jelingan tajam sambil usap tempat lebam depan mata penjaga depa dah cukup... hehehe

Aisyah doing well. As usual, never failed to impress peoples around her.
Gedik bertanya itu-ini, showing off segala macam bakat terendam,
jadi reporter tak bergaji bila ada budak lain buat messy, misbehave (konon) atau membuli (konon)
Biarlah, sekurang-kurangnya kurang sikit beban di fikiran,
tinggal nak risau dan concern pasal adik dia je lagi.

Petang tadi masa jemput, Aisyah was wearing a gown (instead of pyjama)
and her hair was neatly done with 2 'coconut tree' tied in pink rubber band
gown tu aku bekalkan as baju spare jer... mesti dia yang request nak pakai
hantamla anak... pakai gown memalam pon takpa
asalkan kamu membesar, sihat dan pintar sudahhh
(eh, tertiru tagline taska pulak! haha)

Tak menyempat-nyempat nak bagitau aku (as though aku tanampak kepala dia)
Mama, mama... tengokni kepala saya ni
Kakak tu ikatkan rambut saya macamni (sambil pegang pokok kelapa atas kepala)
cantik tak mama?
cantik kan mama....

Tak payah mama jawab.... sendiri tanya, sendiri jawab
kemana tumpahnya kuah kalau tak ke atas laksa kannn hahaha...

*sigh*

Yes peoples. I'm officially back to work.
Kembali kepada rutin kehidupan pejabat yang stone + cold = setongkol
Tadah telinga dengar boss mengarah, jegil mata tenung skrin komputer,
ketang-ketung ketuk keyboard,  toleh jam kat dinding 88 kali sehari...

*sigh*

Baru lepas tidokan Aisyah lepas suap ubat demam.
She catch a cold. So did Asyraf.

*sigh*

Next week husband going abroad for 5 days.
Belum apa-apa aku dah runsing!
(takde sapa nak take turns tuko diaper anak, buang sampah, cebok berak etc)

*sigh*






















Wahai anak-anak, bertahan ye.
This is life.

Wahai Makcik Rehan, ko pon kena sabo tahu?
This is REAL life.
Pray hard.












6 comments:

wardah @ fie shah on October 5, 2011 at 10:46 AM said...

Sgt hectic life bila bekerja. Tapi tgk anak mesti senyum lebar. Lagi² dgr Aisyah bebel. Hhaha.

littlehumblelynn on October 5, 2011 at 10:52 AM said...

Rehan

aku lak yg tetiba "emo" baca entry ko..seriously hanya ibu yg bekerja shj yg faham situasi kita ni.
its hard to go to work & leaving kids at home..sadis..

smg murah rezeki beb..dan kerja x cekik darah..x cekik leher..x perah keringat macam aku kat sini..

kdg2 aku selalu rasa,aku dah xde nyawa kat sini

huhuhuhu

CikguIna on October 5, 2011 at 11:01 AM said...

Salam,Ann. Pertama sekali nak ucap 'selamat kembali bekerja'.
Biasalah...apabila menjadi ibu dan pada masa yang sama menjadi wanita berkerjaya...sedikit sebanyak harus berkorban....yang pastinya anak-anak harus ditinggalkan tatkala keluar bekerja. Sama ada 'babysitter' atau taska...dua-dua ada buruk dan baiknya...memang benar kita mengharapkan anak-anak kita terjaga dengan baik sewaktu ditinggalkan...kalau tidak, buat apa kita bayar mahal-mahal,kan? Tetapi apabila berlaku sesuatu insiden yang tidak kita ingini...cuba fikir semula anak kita itu bagaimana orangnya? Boleh tunjukkan rasa tidak puas hati kita dengan cara jagaan mereka tetapi harus disampaikan dengan cara berhemah...jangan terus marah-marah atau sindir tetapi cakap dengan tegas...yang penting niat kita bekerja itu adalah untuk membesarkan anak-anak...insya allah semuanya baik.

p/s: Ini pengalaman saya hantar anak ke taska sejak 2007...semua itu adalah warna-warni kehidupan...

Me on October 5, 2011 at 11:03 AM said...

insyaallah semuanya baik2 belaka....

kakngah on October 5, 2011 at 1:48 PM said...

ko nikan..
apply koje kt tesco tu tak ajak aku sekalikan??
mencik ah!
aku nak keje gak weyyyyyy!!!!
huwaaaaa!!!!


selamat bekerja!

makcik rehan KJB on October 5, 2011 at 8:04 PM said...

Ai lebyu olls!

ShareThis