Sunday, November 27, 2011

Konspirasi Dan Aspirasi

Posted by makcik rehan KJB at 2:16 AM
Salam Maal Hijrah.
Semoga tahun yang mendatang adalah lebih baik dari tahun yang ditinggalkan.
Semoga semuanya sentiasa di dalam kasih sayang Allah. Amiin.

Ehem ehem.
Sempena tahun baru, aku pon buat azam baru. Begini kisahnya...

Abang ipar aku laki-bini baru balik Mekah semalam,
seronok dengar pengalaman depa, mengerjakan haji di usia agak muda
BIL umo 43 dan wife dia umo 38, masing-masing tengah cergas. Bestnya weiii...
Sambil sembang-sembang tu, sempat BIL berpesan kepada kami laki-bini.
Begini lebih kurang bunyinya...

Aril, kamu orang cepat-cepatlah pegi Haji (tetiba nama laki aku cam retis)
Abang pegi umo 43 pon rasa macam dah tak larat tau
orang ramai Ril... makin lama makin ramai
stamina kena kuat... berhimpit-himpit kat sana
Abang Alhamdulillah dapat hotel agak dekat
ada yang dapat hotel jauh 1 km, kesian... umo 60-70 nak menapak jauh
Masa Wukuf tidur dalam khemah, alas karpet, bersimpang siur, berhimpit ramai-ramai dalam tu...

Sepantas kilat laki aku pandang aku sambil berkata,
Ha, cepatlah kurus Makcik Rehan oiii...
Nanti kesian sapa yang tido sebelah awak... penyet!

So, harini aku pon dayet. Takut ada yang penyet nanti. Silalah percaya.
Dan beginilah corak pemakanan aku hari ini. Dayet hari pertama.

Pagi sarapan sandwich telur yang diperkaya dengan butter dan mayonis melimpah-ruah
Lepastu early lunch pi makan sizzling salmon, nasik goreng dan fries siap neskape ais
Pukul 3.30 petang pegi makan kenduri jiran, ambik nasik dan lauk penuh pinggan sampai takde ruang
Balik rumah membongkang bersama Asyraf...
Malam pukul 9.30 pegi kenduri aqiqah cucu jiran sebelah rumah Nenek Onah
Makan bubur kacang, satay, bihun sup, kuih, muffin, kambing golek, nasik goreng, bihun goreng...
*Mengah. Benti ambik napas sat*

Tu dalam dok dayet tu. Kalau tak dayet tatau la jadi lagumana.
Sebab tu tajuk entry ni konspirasi.
Iaitu konspirasi nak menggagalkan aku kurus macam Juliana Evans.
Hari pertama dah berlalu. Tengoklah esok hari kedua lagumana.
Esok aku nak pi kenduri kat Sungkai tau! *tepuk perut*

Masa BIL pi Mekah, aku pesan suruh wife dia doakan.
Aku siap tulis secara spesifik atas kertas. Takpa kot aku tulis kat sini apa yang aku harapkan...
Benda baik... hangpa pon bulih tulung doakan sama, kan?
Harap-harap aspirasi aku menjadi kenyatan.

1. Istiqamah dalam beribadah.
2. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
3. Dapat mengerjakan Haji sebelum umur 40
4. Dapat sepasang anak kembar

Semalam laki aku kata, tahun depan kita pi daftar Tabung Haji.
Duit tak cukup lagi, takpalah... daftar dulu. Dah selangkah ke depan dah tu, kan?

Anak kembar tu aku tak bergurau tau.
Aku memang nak anak kembar.
Aku dah rasa mengandung dan melahirkan baby girl,
dan aku dah rasa mengandung dan melahirkan baby boy.
Lalu aku teringin nak rasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

Ni kalau laki aku baca, panggg dia bagi penampo manja sedas
Ko jaga anak sorang pon asek nak cari gaduh dengan aku yang,
lagi ada hati nak jaga anak kembar kah?









6 comments:

OneSimpleMother on November 27, 2011 at 3:52 PM said...

makcik rehan.. pi, pi daftar skarang. duit tak cukup pun takpa sebab akak baru daftar beberapa bulan yg lepas. akak dapat giliran tahun 2041!! luqman pun kami dah daftarkan siap2. tapi depa kata boleh buat rayuan minta percepatkan once duit kita dah cukup kan..

Kamalia on November 27, 2011 at 6:26 PM said...

han,MIL aku pun psn pi awl2..kalau ade duit lebih,pi amik yg ade package,mmg mahal tp klau nk cepat bole jekan..klau pi dr jepun ni ha,mmg murah.tahun ni jemaah dr jepun cuma 70 org je pun.xyah q bagai,daftar,pastu 2minggu sblm haji br diorg anta ke sana..

tang ank kembar,.iA,aku doakn ko ade rezki tuk itu ye..tp, kena igt, mental n fizikal kn kuat..time mengandung,time bersalin,wktu diorg kecik2 dan dah besar cam ank aku skang ni mmg mncabar..eh,bukan nk takutkn tau..hehe..aritu,kakak aku dpt cucu kmbar..lelaki jugak.weee..meriah rumah mak aku wei..
sori,dah jd entry la pulok kat sini..kuikui..lempang diri sendiri.

makcik rehan KJB on November 27, 2011 at 9:30 PM said...

emak luqman, memang kami nak daftar dulu. tok laki kata awal tahun depan nak pi daftar pakai duit bonus dia. hehehe...aku senyum sampai nampak gigi bungsu. maklumlah, ai tak keje. syukurlah tok laki tak lupakan bini. kalau kami ni daftar tahun berapa ratus la dpt giliran gamaknya kannn.

makcik rehan KJB on November 27, 2011 at 9:31 PM said...

kamalia, aku tengok korg yang mengembo nilah yg buat aku makin rasa membuak-buak nak mengembo. mcm syiok saja... sekali kendong, sekali beranak, sekali pantang tapi DAPAT DOUBLE JOY. cewahhh... konon syiok ekk. harap2 kalau anak kembor kot la buleh kurus cam juliana evans. kahkahkah!

Me on November 29, 2011 at 10:02 AM said...

amin untuk semua harapan2 ekau... eden pun nak daftar awal la gak.... kembo??? best2 kembar yang sihar walafiat.

DeQWa on November 30, 2011 at 1:18 PM said...

lawak plak baca ayat dlm bahasa utara nie....kekeke...wlupn memang sy org utara..ckp bunyi len,bila baca bunyi len..hahaa

ShareThis