Thursday, December 1, 2011

Excuse me, I am busy.

Posted by makcik rehan KJB at 3:23 PM
Being a SAHM or WAHM, when it comes to house chores and the kids...
Do we have excuses for not fulfilling our duties?
If do, then tell me what are the excuses?

Demam, pening, loya, nak pitam, nak mampus , nak berak, nak terberanak?
Jangan harap babe.
Like, who cares? kan?
If not you (to do it) then who else? kan?
Ko ada bibik lain ceghitalah labu... aku luku kang! :))

The 3 of us drove to Post Office BCH at 1.30pm only to find that the small PO was packed.
Oh tidakkk. On our last visit, Asyraf menangis tak hengat dalam PO dengan volume full blast!
So kita patah balik, and headed to Poslaju Rawang Mutiara.
Kat sana khusus untuk Poslaju saja, so memang takde orang. Nombor pon tak payah amik.
Takdela Asyraf membosan tunggu turn.

Cuaca panas terik, susu tak bawak bekal. Si kontot pulak aircond rosak.
Dari Mydin sampai ke tapak fun fair dan Rawang Mutiara adalah jem tak bergerak.
Dengan lori, bas dan truck membingit kiri kanan.
Debu tanah merah dari tapak pembinaan private hospital depan Mydin meluru masuk tingkap.
Maklumlah, takde aircond kan... tingkap ternganga luas.

Aisyah asek suruh bawak laju sebab panas. Rambut dah basah macam mandi.
Laju apanya nak, nak suruh Mama sodok Honda Civic depan ni?
Asyraf tergaru-garu serba tak kena. Peluh meleleh-leleh.
Muka masing-masing macam udang kena panggang.
Other than that, they both sit still and never complained. I'm touched.

Selesai urusan Poslaju, kita pon nak balik terus.
Syukur jalan tak jem teruk macam tadi.
Tapi banyak traffic light pulak. Asyik merah ajer.
Aisyah dah tersandar kepanasan.
Asyraf leka main butang radio kat dashboard keta.
Lepas dah bosan, dia just duduk diam. Seakan tersengguk. Mengantuk le tu.
Dah tak tahan kot, Asyraf datang peluk lengan.
Kaki terkangkang kat gearbox, nak duduk atas riba. Kepala lentuk ke dada aku.
Aku paut Asyraf sebelah tangan. Sebelah tangan lagi pegang stereng.
Selamba drive sambil pegang anak.

Kemudian Aisyah bisik-bisik.
Mama, baby tido... mulut dia moncong :))
Allah, kesian anak aku.
Mujur itu traffic light last sekali.
Lepas tu terus masuk simpang Bayuville.
Dokong masuk bilik, bagi susu... terus sambung tido.

See. No excuse tau.
Orang lain senang-senang bagi alasan sibuk. Selsema. Demam. Batuk. Outstation.
Mak depa kan ada. Gittew kan?

Eh, orang loq-laq pon ada perasaan tau.
Ingat akuni meja, tong gas? (walopun saiz aku dah mcm tong gas)

Amacam, ada gaya supermak tak?
Tu belum aku jadi Superman lagi tu :))






6 comments:

Kamalia on December 1, 2011 at 4:24 PM said...

super mak sungguh..syabas betey..
aku kalu ade jual MC(tanpa buat kerja rumah) tuk SAHM ni, mmg aku beli dah.

littlehumblelynn on December 1, 2011 at 5:00 PM said...

Rehan

aku memahami sungguh bab2 anak2 meragam nih

sian ko..

padanler mood kedaung pg2 td..smg ok hdknya ptg2 ni..kita layan TTG DHIA ok..

Me on December 1, 2011 at 5:07 PM said...

MR.. Bertabah lah duhai teman...

transformed housewife on December 1, 2011 at 8:47 PM said...

sama je SAHM, WAHM atau FTWM. Kerja kita ni tak pernah habis. Anak2 pun mmg nak merengek dgn kita. Dgn ayah diaorg, diaorg takut.

HoNEybUneE on December 1, 2011 at 10:33 PM said...

heehhehe...saya dah bese beno dah ngan situasi gt makcik...makcik 2, saya 4! huhuhuhu...p sib baik Pak Hencik take over mandi kencing berak hanak2 dia lepas balik kejer dan hari2 cuti beliau...kalo tidak, idak ler aii nk beranak tetiap taun...sabo yerp makcik...lega2 karang, tambah lg sorang 2...keh keh keh...

makcik rehan KJB on December 2, 2011 at 12:10 AM said...

untungnya laki rajin. laki ai terlebih rajen :p

ShareThis