Thursday, December 8, 2011

Keluhan menteri dalam negeri (Follow-up)

Posted by makcik rehan KJB at 9:21 AM
Read the first 'keluhan' here.
Jika tidak, anda akan tenggelam punca, tatau aku membebel pasal apa.
Wahhh kau Rehan, feeling columnis utusan meloya ke apa? :))

We are getting used to Kicap TAMIN.
Murah, sedap, hitam (motip?) dan Halal. InsyaAllah.

Detergent pon dah jumpa yang bau wangi macam Dynamo Biru yang dulu.
Liquid detergent cap Tesco yang bekas dia kaler pepel.
Untuk pakaian berwarna katanya. Belasah.
Janji bau dia aku buleh kompromi. Murah lagi kan?

Now pasal tikus...

Haritu dah ambik daun pandan banyak-banyak dari umah Nenek Onah
pintal2, pastu selit kat merata ceruk.
Bilik bau wangi, lipas pon ada kurang sikit, tikus tak pasti...

Satu haritu PS bancuh racun tikus, gaul dengan nasik.
Letak kat luar pintu dapo. 2 hari gakla aku biar.
Patutnya kena letak bekas berisi air, tapi PS tak letak pon
akak penjual tu kata lepas termakan racun tu, tikus akan dahaga.
So depa akan kerumun cari air.
Kalau letak besen siap2 kat sebelah, senang depa tumpu kat situ je
takde la nanti jumpa bangkai tikus merata-rata... kononnya lah...

Tapi aku adalah tak jumpa bangkai tikus di mana-mana pon, walau seekor pon
Tapi aku bau hancing kat depan pintu dapo.
Jumpa air kencing berlopak kat depan tu.
Tataula kencing tikus ke kencing kucing. Hancing kemain!
Aku risau kalau kucing termakan nasik beracun tu.
Pastu dia sakit perut sampai terkencing-kencing kat situ, buleh?
Eh, kesiannya kucing tu (kalau sungguhla)
Aku manada bela kucing, tapi ada la sekali sekala kalau biar pintu depan ternganga...
kucing liar takde tuan masuk rumah geledah tong sampah.

Dah satu hal nak menjirus, membasuh lantai kat luar tu.
Jangan main-main kencing tikus weiii (kalau sungguhla depa yang kencing)

Sehari dua lepas aku buat entry yang first aritu kan,
aku selalu sangat dengar bunyi anak tikus berdecit kat dalam bumbung bilik air
Camana aku nak explain ekk... kan atas tu ada ruang tangki air kan...
ha kat situlah, dalam siling la kiranya...
keriuk-keriuk bunyi papan... eeeiii... geli!

Lepas buat nasik beracun, letak daun pandan, renjis serai wangi dan sembur Shieldtox...
2-3 hari lepas tu, bilik air aku bau busuk bangkai dan bunyi anak tikus berdecit langsung dah tak ada!
tak pasal-pasal bilik air aku jadi busuk tau! eeeeiiii....
Siling tu pulak tertutup rapat, takde nampak lubang masuk langsung
tu yang aku pelik cemana depa leh masuk dalam tu.
Maybe depa masuk dari luar atau dari rumah atas.
Tak kuwaserlah aku nak cabut siling bagai demi nak memastikan bangkai apakah di atas sana ittew
Aku buat hipotesis bangkai tikus sajalah... harap-harap sikit hari lagi bau busuk tu hilang.

Method lain aku belum terai. Especially yang suruh aku pasang perangkap besi tu.
PS hang kan bizi mengalahkan GM, mana sudi nak layan aku pi beli jerat tikuih weiii
Tapi dalam banyak-banyak method yang orang share dengan aku kannnn...
Aku paling terkesima dengan method yang ini :












Gila gangster wei sembur cat merah gittew!
Ada gaya Ahlom Bukit Beruntom pon iya hahahaha
Aku imejin, bila tikus induk yg kena spray tu balik ke koloni dia,
anak-bini dia sumer menjerit ketakutan :
Abah koram dah jadi Aliennnn... anak-anak larikkkk! :))

Kalau spray cat kuning, cenggini pulak dialog depa kot :
Harini bukan hari Sabtu la Bang, apsal ko pakai baju kunen?

Thanks everyone for sharing tips on that entry (^___^)






2 comments:

ejaMaria on December 8, 2011 at 9:31 AM said...

selamat berjuang dgn bau... ;p

*eh... kita suka la idea cat merah tu...

littlehumblelynn on December 8, 2011 at 11:35 AM said...

Rehan

bab tikus mmg kena perang habis-habisan..risau jugak bab suka mengigit wayar letrik tuh..dulu dah pernah kena sekali..habis wayar ice box aku lunyai dikerjakan dia

tryler either one..bab jebak pun kena try jugak..

ShareThis