Thursday, January 19, 2012

Diari ibu dan anak-anak cemerlang (lah sangatttt)

Posted by makcik rehan KJB at 8:16 AM
Assalamualaikum WBT

Lagi update versi komik.

Aku rasa bulan ni (dan mungkin bulan2 seterusnya) kau orang tak payah beli komik dah
baca komik aku je hari-hari, buleh?
kehkehkeh!





















































































Semalam Aisyah tak sihat, selsema dan mild fever
sebab tu dia barai start dari pukul 6 petang sampai 9 malam - aku bagi makan ubat kanns
Babah dia balik kerja pukul 9 baru dia terbangun,
tu pon sebab adik dok smackdown dia ajak melawak, tadak geng la tu...
Makanya malam tadi dia tak pi ngaji
Takpalah, kesian aku tengok.
Aku dah bagitau Muallimah dia suruh ajar Iqra' lepas kelas
so that, malam kalau dia penat sangat tak yah pi ngaji rumah dia dah

Tengah tido malam tadi Asrap kebatukan
bila dah batuk, apa lagi kannn.... muntah sudah semestinya :((
cadar aku karam lagi sekali...
tukar baju Asrap, sapu vicks bagai... baru tidokan balik

Bukan Aisyah saja yang penat dengan rutin baru dia
Haku pon penat hokayyy...
Dulu aku buleh bertahan tak tido siang tau,
tapi sekarangni pantang lepa,
tengah reply komen kat fesbuk pon aku buleh tersengguk
jadinya, bila Asrap menampakkan tanda-tanda kesangapan di petang hari
aku pon lekas-lekas cepung dia bawak masuk bilik, kunci pintu, tutup lampu...
dia belum belayar, aku yang barai dulu :))

Bila depa bertiga (ya, termasuk Abam Aril kau) dah belayar di malam hari
barulah aku bukak belog nak karang temberang untuk entry esok
sekarang entry suda siap taip, esok pagi baru kuar
aku nak pi cepuk muka dengan ayaq tapai sat nak bagi muka cantek macam Pojiah Latip
pastu aku pon nak kebabom ikut kanak-kanakni pegi Cozyland

:))



1 comments:

littlehumblelynn on January 19, 2012 at 10:26 AM said...

Rehan

nanti ko bg review pasai SKII tuh yek..nak tau gak..kot boleh fairer sikit ke muka aku gaya si mencah..

ShareThis