Sunday, February 5, 2012

Overdose of daily dose

Posted by makcikrehan KJB at 2:52 AM
Assalamualaikum WBT

Salam Maulidurrasul.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah SAW.
Moga kita semua beroleh syafaat di akhirat nanti.

Kanak-kanak dah tidur. Malamni depa ada extra geng. Farah, cousin depa.
Farah ikut kami balik dari rumah Nenek Onah petang tadi. Saja aku ajak buat teman.
PS takde. Where else kan, fishing trip ler. Kalini pegi Kedah pulak. Esok baru balik, InsyaAllah.

Harini cam blues sikit. Jadi aku nak mengarang panjanggg-panjangggg.

Pagi-pagi terbaca kat FB, ayah Kak Ed meninggal.
Baru last week berkira-kira nak pi jengah arwah kat hospital.
Sebab kalau tak silap, arwah warded kat Selayang. Dekat dah tu.
Tambah lak terbaca kat FB, Kak Ed kata dia nak pindah Kelantan.
Nak sangat jumpa dia sebelum depa pindah sana.
Apapun, takziah ya Kakak. Tabahkan hati. Al-fatihah.

Harini jugak adik Zel kawin. Kat Tangjung Malim.
Selamani, aku mana pernah tak pegi apa-apa majlis yang dia buat.
Selagi buleh aku mesti nak pegi.
Yelah, sapa je lagi kawan yang aku ada, yang duduk dekat-dekat Hulu Banat ni kan.

Semalam, aku remind PS pasal kenduri, walaupon aku tau dia tak dapat pegi.
Aku remind dia suruh pesan lagi sekali kat atuk, nenek, maklom, makngah, endak... sumer lah.
Pasal Zel jemput satu koloni Atuk Asan lah kiranya.
Sekali aku terkejut bila PS cakap dia pegi trip kalini naik keta dia.
Frust lah aku. Si kontot aku tengah barai. Ekon rosak dah satu hal.
Bocor tangki apa tah lagi satu hal.
Tak berani aku nak travel sampai Tg Malim dengan kanak-kanak berdua ni.

Aku tanya Maklom - tak dapat pegi. Paklom keja.
Tanya Nenek Onah, pon tak dapat pegi.
Bangun pagi terus sakit lutut yang teramat sampai jalan pon terhencot.
Angah dengan Alang tak balik Rawang.
Endak pulak ada kenduri keluarga mertua dia kat Tg Malim.
Takde sorang pon wakil family aku pegi kenduri Zel.
Sorry Zel :(

Lepas PS bertolak tengahari tadi, kanak-kanak mula kebosanan.
Si Kakak asyik request nak pegi rumah Nenek.
Adik pon dah berapa kali merengek serba tak kena.
Aku pon call Nennek Onah, tanya sapa ada.
Rupanya Maklom dan anak-anak ada sana.
Bergegas aku heret kanak-kanak pegi rumah mak mertua :))

Budak-budakni kalau jumpa cousin depa, terus hilang ragam.
Main sampai lebam. Sudahnya, aku bawak balik Farah ajak temankan budak berduani.
Masa kat rumah Nenek Onah tadi, ex-schoolmate aku call bagitau depa ada kat Jusco Rawang.
Jusco depan rumah aku tulah. Frust betul tak dapat jumpa :(
Asyik mengadap fesbuk durjana... sesekali dapat jumpa kawan face to face, syok tau.
Kawan sekolah plak tu, lagila best kalau dapat sembang.
























Minggu lepas kawan aku suruh repair pelapik jumperoo seat anak dia.
Siap dah beli kain, kesian pulak aku nak tolak.
Padehal kalau ikut hati, aku nak pegang jarum pon dah tak lalu.
Roh menjarum aku betul-betul dah terbang jauh.
Gigihla aku kuarkan mesin dari bawah meja.
Sekali jahitan punyalah buruk - meloncat-loncat. Malas dah aku nak kelebek benang bawah.
Aku simpan balik mesin, aku jahit tangan saja. Rasanya jahit tangan lagi laju dan kemas.
Stress betul nak siapkan bendani. Haha.
Bukan salah benda ni actually, tapi hormon aku membingung sikit dari last week.
Biasalah. It's that time again kan.
























Ini dinner yang tak ingat hari apa. Ada tarikh kat situ, malaslah nak kelebek. Haha.
Bosan asek makan nasik (bosan konon), so aku gorem bihun singapore.
Lama tak makan bihun, macam sedap pulak. Eh? #syoksendiri.

























Ini pulak lunch hari Khamis.
Siap beli santan fresh sebab nak buat masak lemak cilipadi.
Sangat membencikan, tak sedap.
Aku tak puas hati tau - kenapa ikan aku tak meresap dengan kuah?
PS langsung tak sentuh. Dia kata ikan tu macam tak masak, keras camtu kenapa?
Ikan tu tak keras, well-cooked sebenarnya.
Tapi tulah aku kata, kenapa rupa dia mengkejung macam tu?
Ko tengok ekor dia tu. Posing keras kan? Benci dan sedih.
Dah tua, tapi masih tak reti masak!
Sudahnya malam tu kami pi dinner kat Jusco depan rumah.
Dan lagi satu malang - aku lupa nak panaskan lauk tu sebelum pi Jusco.
(teori aku, lauk bergulai ni kalau simpan satu malam, biasanya buleh jadi sedap)
Kalau tak re-heat, tapi aku simpan dalam fridge tak perlah jugak kan?
Ni aku biar jer atas kabinet. Menahas betul.
Balik Jusco, lepas loading barang kat dapo... aku bukak tudung periuk nak check.
Masak lemak cilipadi yang aku baru makan sikit masa tengahari tadi dah berbuih.
Sedih. Sentap. Stress. Down. Semua ada.


























Ini pulak untuk minum petang hari Jumaat.
PS balik keja, tanya masak apa untuk dinner?
Aku cakap tak masak. Sentap dengan masak lemak semalam tak abis lagi.
Buat cucur kucai jerla. Untuk budak-budak aku beli lauk kat kedai je tengahari tadi.
PS kata takyah masaklah. Kita pi Sg Buluh makan nasik beriani. Dia nak belanja mak abah dia.
Kids were happy. Aku melega ler pasai tak payah masak.
Lepas maghrib tetiba Nenek Onah call kata takmo pegi sebab hujan. So kensel plan nak dine out.
Budak-budak melapar, nasik takde ni. Aku dah malas nak masuk dapo - dah dekat pukul 9 kan.
PS ended-up start keta, pi beli nasik goreng kat Country Homes.
Budak-budak (esp. Asyraf) kemain pulun makan nasik goreng cina. Lapar le tu.
Sian anak-anak aku kelaparan. Sebab mak depa tak masak.
Tak masak sebab merajuk dengan masakan sendiri yang tak sedap.
Lepastu ada hati nak kumpul kuali tepal! Hahaha bunguks :))

Eeiii... panjangnya aku tulis. Bencinya nak baca balik.
Aku bukan suka baca karangan panjang-panjang laguni.
Satgi aku meloya baca karangan sendiri berjela-jela.

Sudahlah tu. Dah pukul 2.48 pagi.
Sekali lagi, salam maulidurrasul buat semua.
Kalau ada kelapangan, silalah pergi meramaikan majlis ilmu sempena maulud nabi ya.


4 comments:

littlehumblelynn on February 5, 2012 at 5:16 PM said...

Rehan,

aku lak rasa sayu baca entry nih
aku rasa ko bukan x leh msk,tp tak kena teknik.ataupun kena selalu praktis.
Sure sedap punya kalo cuba selalu2.
Aku rasa skil memasak aku lg ke laut.mggu ni sehari pun x memasak.mcmmana nk pdi?
Credit utk ko yg ada masa kt rumah,boleh cuba lain kali.


A winner never QUIT
A quitter never WIN

trust me
u can do better my fren :-D

saudah on February 6, 2012 at 4:19 PM said...

Rehan, nak petua masak sedap tak? Odah dapat sebab masak hari-hari tapi tak sedap.

Petua dia bermula dari cuci tangan nak mula sediakan bahan ie potong bawang dll, baca selawat, Surah Al-Kauthar (inna a'thoina ) Dan Surah Alam Nasyrah sampai habis masak.

Sambil berdoa, Ya Allah, sedapkan masakanku, agar suami Dan anak-anak mendapat keberkatan Dari rezeki yang Engkau berikan. Amin.

saudah on February 6, 2012 at 4:19 PM said...
This comment has been removed by the author.
Me on February 8, 2012 at 8:48 AM said...

sayu eden... isk isk.. Aan.. eden suspek ekaunyer masak lemak cepat basi mungkin masa panas2 ekau tutup RAPAT.. cuba renggangkan sikit biar wap panas kuar.. that only my 20sen ;) NWAY Cheer up my fren..

ShareThis