Thursday, February 2, 2012

Perniagaan lumayan di akhir zaman

Posted by makcik rehan KJB at 7:37 AM
Assalamualaikum WBT

Aku baru balik melawat kawasan. Takleh jengah selalu, nanti hati aku berbulu! Hehe.
Juling bijik mata aku tengok barang orang memahal dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Eh, kaki kau ada cagu? hua hua hua.

Tapi entah kenapa,
kemewahan itu tidak mampu menjentik hatiku untuk angkat talipon,
dan bertanya macamana diri kau mengkaya ha?
*tapi aku pernah test-power, hantar emel, tapi lepastu depa ajak jumpa pulak*
Adakah aku sorang saja yang tak hingin kaya raya cam depa?
Adakah pintu hatiku sudah tertutup untuk mencari kemewahan di donia nan fana? *gulp*

Isk, tak bagus tu. keinginan untuk hidup senang harus ada.
Kemiskinan itu hampir membawa kepada kekufuran.
Nauzubillah, aku takmau kufur. Tapi aku juga takmau takbur.

Jadinya, malam tadi aku pon duduk berangan sambil mengasah minda,
apa yang orang lain fikir sampai mereka boleh terlibat dalam kancah money game ini?
Oh musykil...

Lalu aku merekayasa hipotesis dalam hati :
Mungkin mereka terdesak sebab terlalu banyak hutang nak dibayar tiap-tiap bulan
PTPTN nak kena bayor sampai umo 45 tawon katakan,
Umah semi-D bertingkat-tingkat pon dah makan ribu sebulan,
yuran skolah private anak lagi... etc etc etc
abih bila tahun nak merasa pakai BMW mata bulat kan?
Kalau periuknya besar, harus keraknnya juga besar kan? Ya begitulah.
Lalu mereka perlukan pendapatan tambahan yang lumayan,
dengan cara yang mudah dan singkat. Wah!

Dalam list fesbuk aku, ramai yang aku dah hide atau unsubscribe,
dulu ramai sangat yang menggila tayang duit berkirai cam kipas kat fesbuk
lagi letak status-status yang selalu menjadikan aku ringan tangan dan mulut nak mencarut
money game sungguh!

Tak perlu jual barang,
Tak perlu modal (hanya buat loan 8 tingkat dengan bank!),
Tak perlu itu, tak perlu ini... tapi menjanjikan pendapatan five to six figure. Wah!

Kalau anda ingin tahu caranya, call atau sms saya sekarang!
biar saya tunjukkan jalannya... Wah!

Sistem Mu'amalat mana yang depa pakai ntah
Jual barang sekali saja seumur hidup, tapi mengkaya sampai 7 keturunan
Hebatnya otak meniaga umat akhir zaman ni kan?
Aku jerla yang tersengguk-sengguk juai baju, juai kain dari muda sampai tua
Orang lain main susun askar lapan belas lapis kat bawah,
bulan-bulan dapat cek ribu-riban, 2-3 bulan sekali pergi melencong obersi,
pastu pergi soping sakan. Eh, bukan soping kat SAKAN tau :))
Lagi dapat pakai kereta mewah berjenama antarabangsa. Wah!

Kalau anda bisa tidur lena dengan wang segedebuk yang di flushed ke dalam system oleh askar-askar bawahan anda, silakan angkat telipon dan buat panggilan sekarang.
Kemewahan tiada tara sedang menanti. Wah!

Tak perlu sesiapa merasa terasa, anda sendiri tahu di mana platform anda.
Kalau anda rasa apa yang anda buat itu betul, teruskan.
Untuk orang-orang seperti saya yang masih percaya kepada sistem mu'amalat konvensional,
jom kita re-stock kain dan baju ke dalam kedai :))

Speaking of re-stock kan,
blouse plus size kat bawahni aku nak re-stock by next week. InsyaAllah.
Sesiapa yang 'belum kurus' macam aku, kalau berminat... meh lah beli. Keh keh keh...












































5 comments:

littlehumblelynn on February 2, 2012 at 8:15 AM said...

Ayat sepatutnya saya benci MLM :-D

makcik rehan KJB on February 2, 2012 at 8:20 AM said...

Entahlah. Ada MLM yang aku masih boleh tolerate. Ada yang aku takleh terima. bertopengkan barang, tapi sebenarnya money game. Huhu.

Kamalia on February 2, 2012 at 8:25 AM said...

Terbaikla han..like 77x..:))

Me on February 2, 2012 at 8:48 AM said...

hahahah
eden setoju.. susun askar 18 baris agar boleh serang bank hehehhehe

makcikrehan KJB on February 2, 2012 at 10:18 AM said...

Sedihhh.... ramainya yang terjerungkup dalam permainan wang sebegini :((

ShareThis