Friday, April 6, 2012

4 jam sahaja

Posted by makcikrehan KJB at 9:32 AM
Assalamualaikum WBT

Harini hari ke-3 Asyraf duduk kat nursery.
Pukul 8-12 tengahari saja. Feelim-feelim playskul gituk.
Orang kampung pon teringin nak merasa playskul macam orang Kinrara :p

Hari pertama - melalakkk.
Hari kedua - melalakkk.
Hari ketiga (pagini) - melalakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Muahahahaha.... Melalak jerla budakni tak abis-abis. Pening akak.
Darjah kelangsingan bunyi tangisan bisa diukur melalui bilangan huruf  "K" yang tertera :))

Berbanding zaman Aisyah duduk nursery dulu,
kalau dia melalak macamni, akak dah berjurai ayaq mata dah tengok
terus rasa tak sampai hati nak tinggalkan dia.
Tapi dengan budak Asrapni, hati akak kebal lain macam tau
Lagi dia nangis, lagi akak nak berambus cepat-cepat! hahaha...
Pandai-pandailah cikgu dia nak pujuk... alah, 4 jam je cikgu
kasi chance lah akak nak 'enjoy my sweet little time' bak kata Diva Meryam

Pagini paling super saiya la dia melalak.
Kami sampai awal, pukul 7.45 pagi.
Tujuan murni akak konon bulehla spend masa dengan dia sat main-main kat laman nursery tu
harap-harap takde la dia melalak kaw-kaw sangat kannnss...
sekali salah strategi la pulak....
Budakni dah datang trauma takut sekolah macam masa 3 days career woman haritu
Nak masuk keta pon dia dah merengek, benti je depan pagar skolah terus bantai melalak

Ahhhh... alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak!
(padehal pekasan skang simpan dalam tapawe cantek, letak dalam fridge, tak payah seluk pon)
Akak seret jugak masuk sekolah, pujuk-pujuk 2 minit tak jalan jugak
Last-last panggil cikgu dia tolong dokong,
akak pon melangkah penuh bergaya keluar dari pagar skolah :))

Sian anak akak. Bertahanlah ye dik.
Bagi chance lah mama nak mandi dan be*rak dengan aman di waktu pagi.
Juga mungkin sempat menjahit 2-3 guni kain perca :p
Umur kamu pon dah nak masuk 3 tahun,
belajar-belajarlah berkawan dan berenggang dengan mama kejap.
kalau kat rumahni, akak hilang 1 minit pi tuang Softlan dalam mesin basuh pon
dia dah panik meraung sambil tumbuk-tumbuk pintu macam nak roboh
Bikin kepala akak migrain sampai ke malam tau!

Kenapa tak hantar kat Maklom?
Maklom duduk jauh la weii. Tol pi-balik dah 5-6 hengget. Petrol lagi kan
Dah la Ron 97 dah naik lagi sploh sen (padehal aku tak pakai Ron 97 pon)
Tak relevanlah nak hantar hari-hari ke sana kanns
Kecualilah kalau Abam Aril tetiba terrrbeli banglo lelong kat Bukit Beruntom tu kannss

Anyway, semalam Aisyah mintak nak bawak bekal.
Makan kat sekolah tak sedap kot haha,  tak pon dia teringin tengok kawan-kawan lain bawak bekal.
Pagi semalam akak tak sempat masak,
tapi tengahari pukul 12 masa nak ambik Asyraf tu akak hantarkan sekali bekal untuk dia.
Sekarangni dia stay kat skolah sampai petang.
Senang akak takyah hantar dia lagi sekali pukul 2.30 karang.
Pukul 5.30 ambik dia, dah siap mandi wangi-wangi. Senang keja akak hahaha...
Kalau tidak, pukul 7-8 malam tu sibuk bergaduh dengan dia nak suruh mandi.
Balik rumah buleh terus buat keja skolah, makan malam, tengok katun kejap, pastu buleh tido awal.
(saja nak portray good image, nak convince kan Tuan besor nunnnn kahkahkah)

Bihun goreng tak pedas tapi bukan singapore nama diberi :))
























Petangtu akak tanya, "Habis tak kakak makan bihun?"
Dia jawab, "Tak habis, tapi Ila dengan Ica tolong habiskan. Diorang memang suka makanan"
Hahaha... jangan marah Mak Ila dan Mak Ica kalau baca ni ekk...
budak-budak biasala... lagipun akak memang memang terel masak bihun gorem
signature dish la katakannnssss.... mestilah sendappp.... kahkahkah!


Untuk harini pulak, akak dah siap masak nasik daging menggunakan paste seperti dibawah

























Anak-anak akak adalah penggemar nasik berperisa - Nasik ayam, tomato, lemak, goreng, beryani etc.
Nak beli hari-hari, kopak lah akak kannns. Sekali beli busuk-busuk dah 5-6 hengget kannns
So akak beli paste macamni, rega kalau tak silap RM3.50 sepeket
Buleh buat 2 kali masak. Sekali masak dalam 2 pot kecik.
Depa suka makan nasiknya saja, lauk-lauk semua tak payah.
Si kakak ni kadang makan gakla ayam sesikit. Tapi takdak lauk pon takpa, telo 'air' pon jadi.
Haritu dah try paste nasik tomato dia, sedap tau. Anak suka, ibu percaya gittew.
Ni try nasik daging dia pulak. Nanti kalau sedap akak canang kat sini.
Kalau akak diammmm jer, maknanya tak sedap le tu ekk...  :))

Signing off, sidai kain. Lepas tu duduk berteleku tunggu roh menjarum datang!
kehkehkeh....




1 comments:

Siti Asiah on April 6, 2012 at 10:07 AM said...

Saya suke bace post akak...mesti sy tersengih sendiri...;)

ShareThis