Thursday, April 12, 2012

Mati itu wajib

Posted by makcik rehan KJB at 1:40 PM
Assalamualaikum WBT


Baru balik hantar Ayah dan Mak ke Hentian Jalan Duta
depa nak balik jugak-jugak harini, takmo tunggu weekend :(
Ada kelas agama Ayah kena handle. Ada kenduri sedara depa nak kena attend.

Dalam kereta tadi, Mak saya cakap :
Mak dgn Ayah ni, yang nak sangat datang kenduri Abang Ganal ni bukan pasai apa
nak ambik kesempatan datang rumah hangpa semua ni la... nak jenguk anak-anak...
Tak tertelan ayaq liyoq dengaq mak cakap macamtu. Sedih OK...

Sepol Saril dan anak bini lama sangat tak balik kampung
nak balik lagumana nya... balik OS seminggu, minggu depan pi balik
balik seminggu, minggu depan pi OS lagi sebulan.
Orang cuti sekolah bawak anak jumpak tok nenek balik kampung,
kami 3 beranak melanguk kat rumah kebosanan.
OK, bukan merungut. Ada hikmahnya...

Kami sarapan kat gerai sementara tunggu bas sampai
Baru nak mula makan sarapan, Ayah bukak cerita :

Ni Ayah nak cakap sikitni... mati tu kan wajib...
Masa kat Rumah Ah haritu, Ayah tengok mak hangpa dok baring tidoq atas kusi
lepastu Ah dengan Anor dok kelebek buang jerawat kat muka Mak hangpa
Masatu Ayah terbayang, nanti kalau Mak hangpa mati,
Mak hangpa terbaring lagu tulah... dengan hangpa dok mandikan jenazah mak hangpa
Ayah nak hangpa adik-beradik semua balik... uruskan jenazah mak dengan ayah
jenazahni, kalau waris yang uruskan lebih afdhal...
sentuhan penghabisan la tu...
*merah mata nak taip entry ni

Saya tak mampu nak angkat muka, kuis-kuis nasik lemak
Adik saya marah Ayah cakap macamtu
Saya kata, Ayah jangan nak buat pasai cakap macamni Ayah....
satgi kami tak bagi Ayah balik nanti...

Mak gelak. Ayah pon gelak. Kami dua beradik pon gelak.
Tapi dalam hati MasyaAllah sebu tak terkata.

Saya pandang muka adik, pastu saya kata,
Nanti kita pi kelas pengurusan jenazah OK?
Adik saya angguk. Kami terus ubah topik.
Cuba menceriakan keadaan yang tengah pilu.

Mati itu wajib.
Tak kira tua atau muda.
Yang tua dan uzur belum tentu pergi dahulu.
Entahkan yang tua dan uzur itu yang nanti menguruskan jenazah yang muda dan sihat ni.

Cherish every moments. Don't wait, act now.
Coz you never know when is your time.

Ya Allah, jadikan kami anak-anak yang soleh dan solehah.
Dan kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah juga.
Kerana doa anak soleh dan solehah itulah jambatan penghubung untuk kami di sana nanti.

Alhamdulillah.








7 comments:

SYANI on April 12, 2012 at 2:23 PM said...

Ye la An,
Semalam baru sorang jiran aku meninggal sebab eksiden ka Ulu Yam. Tetiba terasa betapa hidup ini hanyalah pinjaman & bakal kembali kepada Allah tak lama lagi..

Me on April 12, 2012 at 2:46 PM said...

eden pilu lagi syahdu:((

tunteja on April 12, 2012 at 2:49 PM said...

ya allah kak.. pesal mate berair-air plak nih..

littlehumblelynn on April 12, 2012 at 4:01 PM said...

rehan

bab belajar mengendalikan jenazah fardhu kifayah..

dan aku rasa semua org kena belajar jugak..kalo boleh , kalo ada ahli keluarga yang meninggal- biar anak-beranak aje yang buat dr mandi-kafan..kata ustaz,kalo ahli keluarga yg buat- pekerjaannya dtg dgn ikhlas hati & penuh ihsan kerana kita sayangkan jenazah itu

aku belajar masa ngaji dulu..

good entry hr ni :)

Kak Mah on April 13, 2012 at 10:27 AM said...

bergenang ayaq mata nieh han ooi...

fasal on April 14, 2012 at 4:27 AM said...

an.. last week kat sini ada rakan sepil yang kehilangan anak umur 3 tahun... kira mati mengejut... tu la, terus relate dgn apa yg ko kata.. entahkan kita yang mati dulu.. or else kan....wallahu alam

makcik rehan KJB on April 14, 2012 at 7:41 AM said...

Betullah tu... budak 3 tahun pon boleh pergi. inikan pulak kita yang 33 tahun. Insaf rasa kan. Mintak2 rasa keinsafan ni last longer la :)

ShareThis