Friday, May 25, 2012

Boleh tahanla jugak

Posted by makcik rehan KJB at 9:00 AM
Assalamualaikum WBT


Nak tengok menu semalam kan? Cakap jerlah nak :p

Semalam Akak masak gulai ikan masin kurau dengan nenas tumis di daratan
Wah nama... 8 kilometer!
Rupanya senang banget nak masak gulai ikan masin ni,
bak kata mak akak, hang leboh je semua dalam periuk. Last sekali baru masuk santan.
Lepas tutup api, hang tumis bawang halia sampai garing, tuang masuk dalam gulai...


























Belemoih puyuk akak, sungguh tak semenggah kanns :))
kuwaserla nak cedok masuk dalam mangkuk semata-mata nak tangkap gambo
walhal bila nak makan, aku hangkut puyuk letak atas meja terus
Laki akak tanya, apsal pekat sangat?
Akak jawab dengan penuh konpiden;
Memang resepi dia laguni. Gambaq-gambaq kat internet pon pekat laguni :))

Ada lagi satu lauk - daging black pepper
Ada gambaq masa tengah menggelegak dalam kuali saja
terlampau huduh pulak gambarajah dia, macam dodol!
jadinya malaslah nak bubuh gambaq, kang orang gugel nak cari resepi daging black pepper
terjumpa gambaq black pepper akak terus konpius pulak orang tu

Ha lagi satu, kuih pon ada tau
mentang-mentang caj tenaga sampai pukul 12 tghari kan,
kuih pon gigih buattt... ngalahkan posa Ramadhan :))
























3 cawan tepung, ingatkan tak banyak mana
sekali dia kembang, setengah mangkuk mixer tu!
adunan dia memang bangsa lembik dan melekat,
punya stress aku nak menggentel nak buat lobang kat tengah tu
tapi serius wa cakap lu... hasil dia sangat lembut dan sedap dan gebu
Aisyah bantai dekat 5 ketui, Asrap 3 ketui, PS 2 ketul jer kot (dia manjang tak lalu)
Aku? usah kau tanya... haruslah berketul-ketul kan :))

























2-3 ketui je kot yang ada lobang tengah, tu pon herot petot
selebihnya semua bentuk gaya bebas, melengkor ala-ala pastry Auntie Anne gittew
hujung-hujung dah malas sangat akak potong-potong macam kuih cakoi jer

Cicah donut ni dengan gulai ikan masin pekat tu sedap wei
tak caya sila korang terai hujung mingguni
inilah resepi donut paling senang yang akak jumpa
tak perlukan tenaga nak menguli beria pon tau, gaul dengan senduk ajer
cuma tang nak membentuk tula kena tabur tepung banyak sikit pasal melekatkan

Resepi gulai ikan masin akak ambik kat sini
Resepi donut plak ambik kat sini

Esok last day kanak-kanak skolah, pastu cuti 2 minggu
Esok jugak last day exam Si Mencah,
Balik sekolah tanya boleh jawab tak? Manjangnyer bolehhhhh....
Bila tanya balik exam apa, harom tak tau menahu
balik-balik jawapan dia lukis, kaler, garis!
Bantaila Kakakkkk :))

Eh tapi tadika anak akuni pelik sikit
minggu depan depa tak cuti tau, ada tuisyen 2 jam dari pukul 9-11 pagi
compulsary kat semua student laktu
minggu lagi satu baru depa cuti 1 minggu
tak kisahlah cikgu, janji berpekdah untuk budak-budakni, akak layan jerlah...



3 comments:

NaazneenMuslimahApparel on May 25, 2012 at 10:03 AM said...

kalo mak kami nak buat lubang tengah2 donut tu, dia tebuk guna muncung botol air mineral. huhuhu....tapi donut mmg senang kan?haha ayat taknak mengkalah ni....

Me on May 25, 2012 at 10:39 AM said...

hahhaha... walopun eden berguling gelak tengok hasil donut herot petot tue.. tapi eden kagum.. sbb eden TAK PERNAH BUAT DONUT.. bukan ada acuan donut ke???

Ina Hashim on May 25, 2012 at 10:54 AM said...

uishh...peberet akak tuh gulai ikan kering+nenas...tapi akak selalunya guna ikan talang masin tg.m dawai mari punya hihihi

ShareThis