Wednesday, May 2, 2012

Cukuplah sekali. Janji dah penah pegi :))

Posted by makcikrehan KJB at 9:04 AM
Assalamualaikum WBT

Cameron Highlands.

Kalau tau jauh macamni,
jalan melengkar tajam-tajam laguni... tak datang pon takpa. Serik!
Itu kata Abam Aril kau :))

Akak tarak hal, dari kampung sampai ke Simpang Pulai sedap buat taik mata saja.
Nak naik bukit tu tak dapat dahla buat taik mata,
pasai kecut perut tengok Abam kau bawak keta macam tengah berlumba
Dah tau selekoh tajam, lagi bawak laju-laju fefeeling bawak Subaru. Choiiii!

Jauhnya wei. Aku ingatkan dekat. Huahuahua.
Pulaktu, aku ingatkan best. Sekalinyer hampeh dot com dot au!
Dari Simpang Pulai nak naik ke atas tu 180km, tobat la Kak Senah tak pegi dah. Haha.

Abam Aril kau tak abih-abih dok mengomel,
Tah apala yang best sangat kat sini yang Mak hangpa nak mai sangat ni
Dahla jalan sempit, bangunan buruk-buruk, takdak pon taman bunga ka apa
Ingatkan syiok macam Genting, ada taman menan ka apa
Tak abih-abih jumpak ladang stoberi dengan sayoq saja
Orang hanimun syiokla mai sini, buleh perap dok dalam bilik 24 jam :))

Akak diam jer u olls. Diam kan tanda bijaksana.
Walhal aku dah takde hujah, memang betoi apa yang laki aku kata tu.
Takdak apa kejadah yang best pon kat ataih tu. Padan muka aku.
Dari tahun lepas dok menyanyi nak ajak pi Cameron kan. Hambik kau! :))





















Nak begambaq dengan anak-anak sendiri pon payah! Depa takmau kat Pak depa.
Ha lepasni selalu-selalula tinggai anak-bini tau Bang.
Kami bermalam kat hotel yang tersebut di atas tu ler.
Satu lagi satu hampeh dot com dot jp! Sila semua orang sila pangkah ye.
Abam Aril kau sampai mimpi meracau tau. Ngeri di situ.
Tataula kalau meracau dibuat-buat sebab nak bangun tengok bola Man U lawan Man City :p






















Selepas Mak depa campur tangan.
Pujuk-pujuk, baru mau ambik gambaq dengan Abah depa.
Makin lapang kepala awak Bang. Lapang macam KLIA. Muahahaha.
Seluar Aisyah tu very the Tabligh looks kan? Baru beli masa balik kampung itu hari.
Dasar emak-emak kan, beli baju anak mesti nak up 1 tahun.
Sudahnya jadi gitulah. Menggelobos.
Berkira sangat, macamlah aku yang beratur pi bayar kat cashier! Hahaha






















Bila suruh bergambaq dengan mak depa sikit punya steady.
Kau tengok kaki Mencah. Siap bersilang-silang gitu
Cam ginilah rupa ibuk mitholi. Tahu? kehkeh.




































Kesian ini budak. Nakkkk sangat petik stoberi.
Dia dah blajar cara nak petik stoberi dari Special Agent Oso sejak tahun lepas lagi.
Sekali pegi tanya, setengah kilo 30 hengget. Itu minimum tu.
Abah depa terus cakap tak payahhhh. Pegi posing dengan pokok dalam pasu tu saja.
Ada signboard Don't Touch. Akak cakap kat dia, Kakak jangan touch. Kakak tunjuk saja.
Bagitau satu donia, itu pokok stoberi. Muahahahaha.
























Dekat pintu masuk Time Tunnel Cafe.
Aku jumpak cafe dia saja. Muzium dia yang bayar sploh hengget tu tak jumpak pon.
Mencah manjang buat spoil gambar.
Pedulikla, janji gambar akak cun.
Maklumla, awal-awal lagikan. Bedak dengan pondesen belum cair :))
Yerrr... yerr.... akak sedar. Balik-balik dok pakai tudom tu je kan?
Abih nak wat camana... akak pakai tudom tu nampak extra cun.
Tu pasai asek serlom tudom tu jer selalu :))






















Muka benyek sebab nak belon Angry Birds macam Adik.
Yang adik dia takdak keja lain. Melalakkkkk satu bukit pasai nak belon.
Stress akak. Pakcik kedai makan dah jeling-jeling.
Apek juai buah kat depan tu dah baper kali ketap bibir.
Duit sekupang pon akak tak pegang. Semua kat Abah depa.
Abah depa tawaf 80 kali cari parking tak dapat-dapat.
Kat atas bukit pon akak stress tau. Benci sangat tawww...


 



















Binatang ular, Mencah beria-ia hendak. Abahnya turutkan saja.
Akak tak campur tangan (simpan wallet ketat-ketat dalam bonet keta :p)






















Akak jumpak satu papan tanda tu tulis SELF PICKING.
Bila dia tulis versi BM jadi MEMETIK DIRI.
Wah hebat. Akak speku pekerja Nepal dia yang tolong buat papan tanda sebesor alam tu :))
Gambar sebenar akak tak snap, masatu keta tengah bergerak pantas.
Gambar di atas ni sebagai pedoman je.













































Kalau akakni pengusaha kek beledu merah, harus akak borong satu bakul buah stoberi ni.
Apek yang juai ni dok jerit : Offer! Offer! Satu pack rm13, 2 pack rm25.
Kami melepak makan nasik lemak belakang stall dia dari pagi.
Dari pagi jugakla dia dok temberang Offer dia tu. Berduyon maknosia membeli! 
Tapi memang stoberi dia paling cun banding yang orang lain juai.
Orang lain juai satu pack rm10 saja.
























Puas hati.
Dua-dua dapat belon Angry Birds!























Ni laki sapa tahni. Degil sangat.
Aku kata jangan beli buah stoberi tu Bang, haritu Ibah bagi pon aku jenuh paksa nak makan,
kang ko beli sapa nak makan? Takpa, kita bagi jenjiran.
Barula jenjiran tau kita dah sampai Cameron.
Laki sapa nih! Haddoiii....







Buah, sayor, stoberi. Itu jerla yang Akak asek jumpa.
Sekali-sekala adala jumpak orang juai bunga.
Geleng kepala Abam kau, beli sayo dengan buah sampai 50 hengget.
Seumo hidop tak penah pegi pasar beli sayur sampai 50 hengget tahu!























Masa akak snap gambarni, Abam Aril kau gelak kat akak. Peghak dia kata.
Akak bagi tendangan jurus kuda belang black belt kat dia :))
Tapi lepastu akak terus simpan camera. Betul jugak kata dia.
Peghaknya hakooo!

On the way balik, akak lowered seat keta, tala ekon betul-betul tang lubang hidung,
peluk Asrap ketat-ketat, sendal dengan bantal....
Sampai Bukit Beruntung baru akak celik mata :))

Terima kasih tuan driver merangkap penaja keseluruhan percutian.
Walaupon hotel kita duduk haritu tersangat hampeh dot com dot uk,
kami anak bini sangat happy dengan percutian singkat ini.

Mari akhiri entry ini dengan serangkap pantun 1 melesya:

Pagi-pagi petik stoberi,
Petik stoberi bersama Kumari,
Kalau ada rejeki lebih lagi,
Silalah bawak kami pegi naik bukit lagi (bukit lain la pulak)







11 comments:

MsAjai on May 2, 2012 at 9:38 AM said...

Pentipu la nek 180km....aku setaun 4 5 kali nek bukit nih...syok wehh

makcikrehan KJB on May 2, 2012 at 9:48 AM said...

abih dia tulih kat simpang pulai tu 180km weh. mentobat tok laki aku tau. dahla bawak bini berat, abih lari alignment keta kata dia. benci!

TopsyTurvyMum on May 2, 2012 at 10:03 AM said...

Balik ritu aku ada gi jugak.
Sampai atas terus aku anak beranak demam. Esok pagi terus turun balik. Saje jerr gi sana semata2 buang duit minyak buang duit hotel.
Sempat beli sekotak teh je masa nak naik.

-iLLa- on May 2, 2012 at 10:29 AM said...

makcik...gambo dh cantik..dh sambar dslr eh..cun2....

MsAjai on May 2, 2012 at 10:31 AM said...

Aku pun beli teh ktLadang teh tepi jalan jer, benti amik gamba felin2 industan...:)
Stoberi tu wajib beli bg budak2 opis aku mkn...

~~zana@pb~~ on May 2, 2012 at 12:06 PM said...

Bercoti sakan mokcik ke Cameron ye. Tak pergi ke pasar malam dia, best tau. Tapi kalau mokcik berdua je laaaagi seronok, ala2 honeymoon gitu.

makcikrehan KJB on May 2, 2012 at 12:54 PM said...

zana, mana nak campak umat kecik 2 org tu? hahaha. pi gak paso mlm dia. jalan sekerat pon tak abih. pastu patah balik pi lepak kedai mamak. hahaha... rimas pulak org ramai berasak-asak

SYANI on May 2, 2012 at 2:22 PM said...

Nasib hangpa ikut SImpang Pulai. Kalau ikut Tapah, memanjang montah monggek le jawabnya....

Rilek la MR, next trip plan betui2 baru la tak duduk hotel hampeh dot com tu...

mama iris on May 2, 2012 at 2:50 PM said...

gigil aku mengketawakan, sbb nya aku pikir akak akan berjaya menangani stress sekembalinya arjuna ke pangkuan, skalinya p bukit berangin pon hang dok stress kat atas nun.........last p cameron masa khyra umoq setahun, soalan serupa gak yg bermain di fikiran, APA YANG BESTNYAAA??? p bercoti kat sungai congkak lagi best,tahuuu.....

Bitt (double IS) on May 2, 2012 at 4:45 PM said...

hahhaha saya pon cukup sekali jek p situ...memang serikk habisss...hahahhaa kalau bukit tinggi tak rasa sangat mcm kat CH..nama jek bukit tinggi tapi tak le tinggi bebeno nak mendaki... :)

littlehumblelynn on May 2, 2012 at 7:18 PM said...

Janji naik!!aku baca entry ko tkt lak rasa nk naik cameron.dh ler jenis tgn x berbedung nk bwk keta smp atas nun.taubat!!!

ShareThis