Monday, May 14, 2012

Rawak hujung minggu

Posted by makcik rehan KJB at 9:06 AM
Assalamualaikum WBT


Rawak. Bukan lawak.
Akak tak salah eja tau.
Maksudnya cerita dan gambar rawak sepanjang hujung minggu.
Allah, beria explain. Ada aku kesah? Kata mereka dan kelorga mereka. Cheisss!

Akak penat tau weekend tadi. Abam Aril kau pegi mancing lagi.
Laki pi mancing je dan-dan aku penat. Apa kaitan ntah.
Akakni ada sebeban skirt nak kena siapkan,
mesin jahit tepi tukun tiruan Akak tu tetiba getah engsel dia putus pulak.
Padehal baru hantar repair 2-3 hari lepas.
Naik kebas jejari dompot akak mengkelim ulang-alik pakai mesin gegar ni tau.
Kanak-kanak berdua ni plak sibuk merayap kat celah kaki.
Tambah-tambah Si Asrap, suka benor duduk bawah meja mesin jahit.
Nak tekan pedal, tersepak budak kecit ni dulu.
Asyiklah salah alignment. 2 jam tak siap-siap.
Keja dok jahit - tetas - jahit 88 kali. Adoi stress!

Anyway, siap jugaklah 4 pasang skirt untuk customer Akak ni.
Delay seminggu. Sian Yati. Sorry tau Yati. Akak harap awak suka.
Eh, silap. Harap anak awak dan sepupu dia suka. Hehehe.



































Yang ini bukan hasil BM akak.
Ini hasil voucher Jusco yang baru jumpa setelah dekat 2 tahun misplaced!
























Dan ini kelakuan mintak penampor. Kalau aku menjahit, hah inilah keja depa.
Conteng habih segala benda. Selagi buleh capai, selagi tak kena pekik.
Kalau buleh panjat macam Spiderman tu, aku agak siling romah pon depa nak conteng!
























Kakak conteng betis. Adik conteng cadar.
Ha conteng selagi boleh. Jangan korang conteng arang ke muka mak bapak sudah.

Petang Sabtu tu kami pi melawat adik akak yang baru dapat baby.
Twins baby girl kau. Best kan. Makin dekat nampaknya genetik kembor dalam family akak.
Ada chance kot lepasni Akak pulak mengembo. Hihihihi.
Tapi aku buleh lupa pulak nak snap gambo.
Sibuk dok dengar pengalaman meneran punya pasal lah ni.
Maklomlah, lama tak beranak. Ingat-ingat lupa dah kaedah nak beraksi dalam labour room :))

Anyway, akak cilok gambo dari FB bapak depa.
Nak jugak mentayang gambo anak buah kembo. Comey macam Mak Ngah depa.
Toksah dok buat blur-blur plak. Aku ler Mak Ngah tu.

























Yangni hat Kakak. Dah kuar wad sekali dengan mak dia.
Berat masa lahir 2.1 kg kalo tak silap akak.
Kira ngam-ngam lepas hadlaju la tu.

















Yangni hat Adik. Kena dok dalam incubator sampai berat cukup.
Kuar haritu dalam 1.3 kg jer. By now dah almost 1.5 kg rasanya.
Alhamdulillah takde komplikasi apa-apa. Sihat walafiat. Cuma berat je tak sukup.
Korang doakanlah Si Adik ni cepat kuar tau.
Sian adik akak dengan wife dia kena ulang-alik HUKM pi hantar susu.


OK last sekali, sebelum akak tutup laptop pi masak nasik utk Abam kau
(asyik nak bawak bekal semedang sekarang)
Akak nak tempek barang dagangan KJB. Hehehe... wajib tayang ni tau.
Kalau tak, lambatla tabung Dana D akak nak penuh :))






























Barang-barang di atas, kalau sapa bekenan sila cekidaut kat page KJB yer.


Ai lebyu.
Wassalam :)























4 comments:

Azrina Mat Talib on May 14, 2012 at 9:59 AM said...

Kak, gambo kaki kene conteng tu kasi tunjuk pada TTM. Dia boleh celen tak...ekekeke...(kepala tgh keluar tanduk syaitan...mengapikan org pagi²...ehehehe)

TopsyTurvyMum on May 14, 2012 at 10:53 AM said...

@Azrina
Ewahhh..Hahaha..tang peha boleh kot celen..kena sapu fair n lovely dulu 3 tahun.

@MR
Skirt tu aku pakai pon comeyyy!
Tayang gambo baby kasi hint ke Abam Aril lettewww!!

littlehumblelynn on May 14, 2012 at 10:06 PM said...

Fuhhhh!!!!twinnnsss

untungnya!!!

Rehan,stok rajin gaya picasso nih yg x lalu nih.sila bertabah yea

aiezza Sue; on May 15, 2012 at 10:06 PM said...

bagpack merah itu sungguh menarik perhatianlah :)

ShareThis