Friday, May 18, 2012

Rupanya masih berdaya

Posted by makcik rehan KJB at 8:58 AM
Assalamualaikum WBT

Taip entry ni pukul 4.38 pagi.
Tapi time korang baca entryni, kompom akak tengah qada' tido hehehe...

Lepas Maghrib tadi, mata kuyup sangat rasa.
Nak tunggu Isyak pon tak menyempat dah, gulung telekung dengan sejadah,
terus membantal tak pedulik rumahtangga dah :))

Sedor-sedor Abam kau kejut suruh solat Isyak.
Kanak-kanak dah terbaring kiri-kanan, dah belayar pon depa.
Akak sambung lagi tido barang sejam dua.
Sekali bila terjaga, tengok jam dah pukul 1.30 pagi!

Hegeh-hegeh la mangkit semayang, pastu ingat nak tido balik
tapi teringat pulak esok pagi (pagi ni) ada sambutan hari guru kat skolah budak-budakni.
Akak plak dah ala-ala terjanji dengan Mencah nak masak kek
kang sok pagi dia tanya mana kek, siannn pulak anak aku kan...

Plan asal nak buat kek pisang jer. Pisang pon dah beli...
tapi dari dulu dok teringin nak try buat kek prune sebab penah makan kek prune sedap gila dulu
tambah plak petang tadi ada member tanya penah buat kek prune tak? Senang kata dia.
Lalu pagi-pagi buta akak pon menggugel....

Dah gugel tengok tatacara asas nak buat kek prune,
lalu akak pon macam biasa... ambik jalan pintas hehehe
Dengan bongkaknya, tak ikut resepi orang... akak buat resepi sendiri haha!























Saling tak tumpah macam kek pisang yang akak buat sebelum-sebelum ni kan?
Hahahaha... memang pakai resepi kek pisang macam haritu,
cuma akak tukar pisang dengan prune :))

Sukaaa suka sukaaa!
Pakai blender je u olls... tak payah meleceh pakai Kitchen Aid tau
(sebab kau takde kan... cuba kalau ada... riuh la mencanang!)

Sedap tak sedap terpulangla kat tekak memasing
bagi ratu premix macam akakni, habih sedap dahla kek laguni pon :))

Sapa nak try, sila folo resepi kek pisang kat sini
cuma tukarkan pisang dengan 1-2 cawan prune yang dikisar kasar bersama secawan fresh milk
akak takde fresh milk u olls, akak bantai jer susu cair
akak pakai gula satu cawan ajer, rasa kekni takdela manis sangat
kalau sapa suka manis sikit, tambah la gula barang setengah cawan lagi

Macam biasa... sapa yang dah try buat, sila tag akak kat fesbuk dorjana ekk :))







1 comments:

Me on May 18, 2012 at 10:43 AM said...

tgn haluihhh... eden lapo..

ShareThis