Thursday, May 17, 2012

Solat Maghrib pulak :))

Posted by makcik rehan KJB at 9:00 AM
Assalamualaikum WBT

Semalam masa ambik Mak Ayah akak kat Jalan Duta,
kanak-kanak adalah terpaksa dibawa bersama
Kuar rumah dah pukul 5, kang kalau jem nak ke Jalan Duta, lambat sampai rumah,
sapa nak hambik kanak-kanak kat skolah/ nursery kan?
Abam kau tak dapat pulang awal. Ada practical membuka dan mempasang komponen kereta katanya.
Alasan tak agak-agak. Apsal tak sakap kena bukak sayap kapal kerebang je kan? :))

Baru sepelaung bergerak, Imam Muda akak tetiba tersedak keropok lekor.
Alahai, menyesal tau bagi dia makan kopok tu... dia muntah selambak kat atas seat keta.
Haru sungguh tau. Dia merengek suruh gukak! gukak! gukak!
Suruh bukak baju seluar yang kena muntah ler...
Mujur bukan kereta akak... hahahaha suka suka suka :))
Tula, suruh jugak akak angkut budak-budak pegi sama. Kan dah kena...

Dengan segala kepakaran yang ada, akak berjaya tanggalkan seluar Asrap
sambil sebelah tangan pulas stereng (sila imejin)
nak berenti tadak ruang la pulak, bahu jalan kecik sangat. Kang kena sagat pulak kereta.

Part nak bukak baju akak serah kat Mencah.
Akak suruh depa pi belakang, pandai-pandai ko la kakak nak kuarkan kepala adik ko dari baju
kejap aku dengar adik dia menjerit, kejap aku dengar dia mengekeh gelak.
Geli gamaknya, bila kakak dia duk hulur-hulur tangan nak kuarkan leher dia.
Last-last aku toleh belakang nampak adik dia dah bogel tinggal diaper.
Terkejut Mak Ayah aku tengok cucu dia datang jemput pakai diaper sesaja hahahaha!

Masa sampai depan rumah, budak-budak selorong tengah dok ramai main depan rumah
Si Mencah mintak nak kuar main dengan depa. Akak bagi jelah.
Tapi tetiba dia kata,

Saya belum solat lagi Mama.
Muallimah kata, sebelum nak pegi main kena solat dulu.
Saya nak solat dululah ye Mama. Lepas tu baru nak main, boleh?

Allah.... kemain suka la Tok Ayah dengan Mak Tok dia dengar
dan-danla puji cucu sendiri 8 bakul kan... hahaha....
Aku buat derk jer... pasai aku tau, budakni gebang je lebih
dah masuk romah, solat kemana apa kemana.
Hadap tibi tak hingat ape dah! :))

Tapi Ayah akak sempatla bagi tazkirah senafas
bunyi nya lebih kurang begini :

Banyak mak bapak sekarang dok susah hati kalau anak depa mengaji (sekolah) tak pandai
Padahai kalau budak tak reti mengaji, tak semayang depa tak risau pon
La ni mana penting? pelajaran sekolah ka, agama ka?

Betui jugak kan wei.
Sanggup pi hantaq anak tusyen pagi, petang, siang, malam.
Hujan ka panas ka sanggup pi antaq.
Tapi nak hantaq anak pi mengaji Quran kat lorong sebelah rumah pon pemalas
Nak peringat anak suruh solat 5 kali sehari pon berat lidah.
Padahai bukan kena bayaq ka apa. Kena suruh saja. Tapi suruh pon takmau.

Ha toksah dok terasa ka apa. Tu akak kata diri sendiri.
Dulu masa Aisyah 3 tahun, akak gigih tau hantaq pi tusyen tadika omputeh.
Buleh tahan mahai... hantaq pukul 7 malam, lepas maghrib pi jemput pulak. Punya la gigih!
Abam Aril kau lagi ada hati nak daftar dia masuk kelas piano.
Konon takmau bagi anak dia kondem la. Tanak kalahhhh.
Puiiiii..... sedikit bangang di situ!

Mujurla Akak cepat sedaq diri.
Lantak pila tak geti cakap omputeh terel macam kanak-kanak Sheffield
Hehehehe Salwa jangan petir aku tau :))
Janji buleh mengaji Quran, buleh hafal surah lazim, bacaan dalam solat bla bla bla
Nak harap aku yang baran plus singa betina ni yang ajaq jangan nak mimpi la kan
baru baris pertama aku dah tengking sampai timbul urat marikh!

Aisyah dah 5 tahun, baca buku dok merangkak lagi 2 suku kata
pendek kata, anak akak tak pandai baca buku lagi muahahaha...
tapi akak sejuk hatila bila dengar dia baca doa itu-ini
Hafal dah bacaan dalam solat, surah 3 Qul sesikit
Jadilah kan? Silalah bersetuju. Kang akak gabra kang...
Anak korang dah pandai baca eh?

Maghrib tadi akak seru Abam kau suruh jadi Imam Maghrib
Teringat pesan Ayah, anak dah ada kemahuan nak solat... kena suruh, kena ajak...
Maka beratur la kami 4 beranak dalam bilik sempit nak solat jemaah
Bilik yang sempit jadi makin sendat sebab budak Asrap ni pon nak sejadah dia jugak
Ha layankan jelah... kang melalak lagi kacau kan.

Mama, Babah jadi Imam ke? Baca kuat-kuat kan?
Ye. Kakak ikut je apa Babah buat tau.
Dia mengangguk.

Abah dia baru Qamat, dia dah lafaz niat kuat-kuat.
Nak tersembur gelak, tapi aku tahan :))
Akak cakap, nanti kejap. Tunggu Babah niat dulu.

Lepas je Babah dia angkat Takbiratul Ihram, baru gaya nak baca Doa Iftitah,
Tetiba dengar suara Aisyah kuat gila baca Doa Iftitah kat belakang.
Aku sungguh-sungguh nak tersembur gelak dah. Tahan duluuuu. Hahaha.

Pelan lama pelan kuat dia baca.
Lepastu Abah dia start baca Bismillah, nak baca Fatihah.
Dengar jer Abah dia baca Fatihah kuat, dan-dan dia pon stop baca Doa Iftitah,
Terus baca Bismillah, dia sambung baca Fatihah pulak.
Baca kuat-kuat hokay!

Lagi Abah dia baca kuat, lagi kuat dia baca.
Aku dah terhinggut bahu nak mengketawa. Tahan la dulu. Kontrol macho.
Tetiba Tok Imam depan akuni yang dah tak tahan, terburai mengketawa sampai kuar ayaq mata!

Terduduk-duduk la kejap kami laki-bini gelakkan anak.
Mencah buat muka slumber. Steady jer tunjuk muka beriman dia. Hahaha.

Sambil terbahak-bahak, Abah dia komplen:
Ni sapa yang imam ni?
Kakak baca lagi kuat dari Babah tau! Kahkahkahkahkah!
Abah dia bagitau dia, orang pompuan tak buleh baca kuat.
Akak pesan dengan dia baca pelan-pelan macam ni (akak demo la sikit)
Dia angguk kepala tanda paham.

So, solat pon berjalan dengan sempurna.
Takde dah suara bacaan makmum yang lagi kuat dari imam :))
Tapi bila sampai part Tahiyyat Awal, tetiba dia toleh kepala kat akak, selak telekung akak,
Dia nak tengok kedudukan kaki akak lagumana, pastu dia adjust ikut cara akak duduk!
Ya Allah, lagi sekali aku nak mengketawa!

Apsal la ko susah payah nak selak tengok kaki mak ko yang berbalut dalam telekung kan,
baik ko tengok kaki Abah kau yang terpampang depan mata kan
Hahahaha... kekdahnya, perempuan harus ikut perempuan gitu kot...

Selesai solat, Abah dia pon start baca wirid.
Dia bisik kat akak : Mama, kenapa Babah tak baca Selawat Syifa'?
Akak bisik balik : Lepasni kita suruh Babah baca okay? Dia angguk.

Asrap membuas nak itu ini. Sambil wirid, sekali-sekala akak bercakap nak comfortkan dia.
Sekali Kakak dia sound akak : Mama, lepas solat pon tak boleh cakap-cakap lah!
Hahahaha... baeklah nak. Mama konci mulut sekarang :))

Habis baca doa, cepat-cepat dia sound Abah dia.
Babah, kenapa tak baca Selawat Syifa'?

Kami suruh dia baca. Nak dengar.
Dan-dan lenggok kepala-kiri kanan, baca Selawat Syifa'
Ya Allah sangat comel okay! Hahahaha.






















Terima kaseh para cikgu dan muallimah di Tadika Smart Soleh belakang romah
kerana ajarkan anak kami ilmu agama yang tidak ternilai ini
sungguh kami kagum bila tengok anak kecik kami umo 5 tahun dah pandai solat
kami dulu, darjah lima pon tak berapa nak hafal Doa Iftitah lagi :))

Selawat Syifa' tu Akak dah masuk sekolah menengah baru kenal tau
Tu pon mujur masuk skolah agama, kalau tidak mesti akak pon nganga macam Abam kau
bila tengok anak melenggok kepala baca selawat kahkahkahkah!

Akhir kata,
Selamat Hari Guru :)



16 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ on May 17, 2012 at 9:16 AM said...

ahahaha lawak la aisyah, saya dpt bayangkan camne situasi berikut :))

makcik rehan KJB on May 17, 2012 at 9:17 AM said...

Kannn... yg kita terduduk2 gelakkan dia. dia selmba je tau! :))

NaazneenMuslimahApparel on May 17, 2012 at 9:25 AM said...

aku gelak besar bila bayangkan tok imam pon boleh kalah mengketawa dgn kelakuan aisyah. ahahhahaha.....!!

tapi Alhamdulillah......................................besar hati tgk aisyah sendiri nak sembahyang takyah nak dipekik2.......

Me on May 17, 2012 at 9:25 AM said...

kelakar tapi tersentuh jiwa... mmg sgt kain putih dan kita yg mencorakkannya... indah sungguh corak itu....

Hazz on May 17, 2012 at 9:26 AM said...

sakit perut saya mengketawa sampai tersembur-sembur makanan kat mulut...adehh..terbaikla mencah..

shaliza on May 17, 2012 at 9:28 AM said...

tahan gelak sampai senak perut....alhamdulillah sudah pandai solat..cuma nak kena pupuk biar istiqmah.

makcik rehan KJB on May 17, 2012 at 9:29 AM said...

Tu pon mujur dia tak buat adegan mengkentut mcm solat subuh haritu. dia kalau kentut kuar bunyi meletup-meletup tau. hahaha

HUZAIFA on May 17, 2012 at 9:44 AM said...

hahahaha... suka sanagt saya bila baca n3 MR kali ni, terbahak2 ketawa sampai keluaq ayaq mata, nasib baik tak dak org kt opis la ni. Cam tu la gelagat anak2 kan... cam tu jugaklah gelagat anak2 saya.

SYANI on May 17, 2012 at 10:39 AM said...

Jangan risau An, Adib pun tak pandai baca lagi. Tapi bila bab doa, surah lazim & bacaan solat & wirid tu dah pandai sikit2 pun dah cukup buat aku tersenyum... Aku tak harap pun anak aku pandai akademik tapi harapnya ilmu akhirat tu berkekalan sampai mati.

Salmiza on May 17, 2012 at 12:13 PM said...

Aduhhhh klaka la..mn blh tahan klu mcm tu..tahan dah x khusyuk...

Salam kenal dan folo

Salmiza on May 17, 2012 at 12:13 PM said...

Aduhhhh klaka la..mn blh tahan klu mcm tu..tahan dah x khusyuk...

Salam kenal dan folo

ejaescobart on May 17, 2012 at 12:28 PM said...

haish.. apsai aku pi baca entry ni time kat skolah.. senak perut aku dok tahan gelak tau..

tapi memang sangat comel anak daramu iteww.... (aku tau mak dia pun comel jugeekkk)

littlehumblelynn on May 17, 2012 at 7:02 PM said...

Mengekek aku gelak .alhamdulillah!
Seronok baca entry nih
apapun kt sbg mak ayah kena main peranan ptg.
Smg berkekalan niat mencah nk bljr solat.aminnn

Zana S on May 18, 2012 at 1:05 AM said...

anak aku kalo baca bacaan dlm solat mmg kuat ya hamat. selalu bona aku duk ulang solat sbb pitching dia buat aku tergelak. siap tgk2 muka kita. cano?? hahaha!

tapi mmg betol ckp ko. aku setahun yg lalu risau dia tak pandai membaca. la ni biarlah dia slow membaca,tapi doa, surah pendek, wpun tak bape nak betul, bunyi ada, dah cukup syukurrrr aku... :)

kakngah on May 18, 2012 at 12:12 PM said...

n3 milk booster aku hrni.. hahahaha!!

izzah azfar on May 18, 2012 at 4:15 PM said...

ok suka entry ni!
senyum je baca dari td..sampai org tanya kenapa gelak kuat2

ShareThis