Tuesday, May 15, 2012

Solat Subuh

Posted by makcik rehan KJB at 2:29 PM
Assalamualaikum WBT

Pagi tadi, aku kesiangan.
Siap-siap ambik wudhuk nak solat subuh tetiba Aisyah celik mata.

Mama, Mama nak solat ke?
Ye.
Mama nak solat subuh ke?
Ye.
Saya nak solat dengan Mama boleh?
Errrr..... Mama dah lambat ni. Ha cepatlah bangun pegi ambik wudhuk.

Tak kan aku nak kata jangan. Anak mintak nak solat tu.
Lainlah kalau dia mintak nak mengaji. Buleh jugak aku tahan dulu.
Dia bingkas bangun, turun katil. Masuk bilik air.

Mama teman saya, tengok saya ambik wudhuk tau.
OK. Cepat tau. Mama dah lambat sangat dah ni.

Mama, mula-mula basuh tangan ke?
Bukannn. Mula-mula niat, pastu basuh muka.
Bukanlah, cuci tangan dululah (sambil basuh tangan)

Oh OK... sunat kan. Malu Mak! Haha.
Dia basuh tangan. Lepas tu dia tanya lagi.

Mama lepastu kumur kan?
Ye.
Lepastu masuk air dalam hidungkan?
Ye (sambil bentang sejadah, pakai telekung)

Lepastu aku dengar dia lafaz niat. Sambil tadah tangan, baca kuat-kuat :
Nawaitul wudhu'a lillahitaala. Saja aku mengambil wudhuk kerana Allah Taala.

Mama sekarang basuh muka?
Ye.
Sampai dagu?
Ye.
3 kali?
Ye.

Sekarang basuh tangan? Sampai siku kan?
Ye.
And she did for both hands.

Mama sekarang apa?
Sapu kepala 3 kali.
And she did. Basah menjejes habih baju dengan seluar dah.

Lepastu?
Cuci telinga.
Comel je aku tengok dia cuit air paip dengan 2 jari. Cuci telinga.

Sekarang apa?
Basuh kaki lah.
Sampai sini? (tunjuk bukulali dia)
Ye.

Dah siap. Keluar dari tandas. Nak pakai telekung.
Tetiba dia terbatuk-batuk. Dannnnn.... terkentut!
Kahkahkahkah. Aku gelak. Dia masam muka.

Wudhuk Kakak dah batal.
Pegi ambik wudhuk lain.

Mama tunggu saya tau.
Tak boleh, mama dah lambat.
Kakak pegi ambik wudhuk lagi sekali. Mama solat dulu. Nanti Mama ajar Kakak.

Dia masuk bilik air. Lafaz niat kuat-kuat lagi macam tadi.
Aku solat dulu. Elok lepas solat, dia kuar dari bilik air.
Basah makin melencun.

Aku suruh bukak baju dengan seluar yg dah basah, pakai telekung.
Dah siap bukak baju, dah pakai kain telekung
Tiba-tiba dia batuk-batuk lagi sekali. Dannnnn terkentut lagi!
Kahkahkahkah. Lagi kuat aku gelak.

Kakakni macam orang tua. Sikit-sikit kentut.
Dia marah aku. Mama niiiii...!!
Hahahahaha.

Wudhuk Kakak dah batal lagi. Kena ambik lagi sekali.
OK, kakak pi mandi terus. Nanti lepas mandi, pakai baju skolah. Boleh solat.
Mula-mula dia berkeras. Dia nak ambik wudhuk aje. Tapi aku pujuk-pujuk jugak.
Last-last dia capai towel, nak masuk mandi.
Benti depan pintu bilik air, dia tanya.

Mama, cemana nak baca doa masuk tandas?
Lorrrrr... tadi 2,3 kali ko masuk ambik wudhuk tak ingat nak baca doa.
Nak mandi baru nak baca doa masuk bilik air.

Aku pon baca : Allumma inni... kemudian pantas dia sambung,
A'uzubika minal khubusi wal khabais! (sambil tadah tangan)
Ya Allah, aku berlindung daripada syaitan jantan dan syaitan betina. Aamiin.
(Sambil raup tapak tangan ke muka)

Aku mengekeh gelak. Tau kenapa?
Tuan badan yang berdoa nak masuk jamban tu tengah bogel kau! kahkahkah.

Aisyah.... Aisyah..... :)

Dah banyak kali sangat dia pesan, kalau Mama nak solat Mama ajak saya tau.
Tapi aku tak ajak, sebab aku nak cepat. Hampeh punya mak kan.

Kadang-kadang dia tanya.
Mama dah solat? Mama uzur ke?
Ha kau! uzur lah sangat. Padehal mak ko asyiklah lewat solat kan.

Pasal uzur tu aku yang ajar. Dia tanya satu haritu, kenapa saya tengok Mama dah lama tak solat.
Aku pon konon-konon jujur lah sangat. Bagitaulah Mama uzur.
Lepastu satu bakul soklan kena jawab pasal uzur. Pitam nak jawab.

Sejaktu, sapa yang tak solat ke, lambat solat ke... dia akan tanya.
Kenapa tak solat, uzur ke?

Paling best, dia sound aku depan Atuk Hasan dan Nenek Onah minggu lepas.
Tengah kami duduk-duduk bersembang, dia datang tanya depan semua orang.

Mama, mama dah solat?
Mama uzur ke?

Biru muka aku tau.
Mengekeh atuk nenek gelakkan dia.

Aisyah... Aisyah.... :)

 


























Kad hari Ibu. Buat kat skolah.
Mama loves you too Kakak. Adik jugak.
Walopun Adik dah conteng cadar Mama dapat hadiah masa kawen dulu.

Tunaikanlah solat. Di awal waktu.
Kesibukan dunia takkan kemana.

P/s : Mak dengan Ayah akak dah on the way nak mari Rawang u olls. Hoooray!





 


9 comments:

NaazneenMuslimahApparel on May 15, 2012 at 2:49 PM said...

cantik lah kad dia buat.....**sambil beliakkan bijik mata kat arts yg asrap buat**

hahhaha sama lah, aku kalo khayra nak ngaji blh lagi kata jap lg lah...mama nak baca yassin nanti terkentut la apa la....tp kalo dia kata nak smbhyg, walopon melambatkan aku, tp nak kata tak boleh tu tak terkeluar dari mulut. huhuhuh......Alhamdulillah lah baguih lah kannn depa nak smbhyg tak yah nak memekik2 disuruh...

Jiejah @ Iza on May 15, 2012 at 3:04 PM said...

ahahahha giler comey aisyah . kentut sampai 2x yer . kalau untie masa kecik dulu mau fed-up dah nak berwuduk akakaka .

shaliza on May 15, 2012 at 3:06 PM said...

kih..kih..tergelak sakan pulak baca entri ni...sian aisyah batuk sampai terkentut...kalau saya kat tempat akak pun tak tahan nak gelak tu...huhu

makcik rehan KJB on May 15, 2012 at 3:42 PM said...

Nazneeeeeeen, wow suda tukar ka? betullah tu kan. anak nk mintak solat, lempang diri la kalau kata tak buleh/ tak payah/jangan/ nanti kan? semoga mereka jadi anak soleh/ solehah. :)

Jiejah, dia memang kalau batuk mesti kentut-kentutan. hahaha. kesian.

Shaliza, memang kaw-kaw akak gelakkan dia. member dah naik fedap jugak tu sebenarnya :))

littlehumblelynn on May 15, 2012 at 7:14 PM said...

Rehan,

kita mmg kena ajk dia jgk utk solat.so diorg pun tau tiba ms solat.selalu si auni tanya,kalo aku solat isyak.kan td dah semayang?

Apapon good for her,ada basic.kena berlatih2 byk sama mama kan.ain tgh2solat,kalo x ingat nk baca berenti tanya.kelakar!!!

littlehumblelynn on May 15, 2012 at 7:14 PM said...

Rehan,

kita mmg kena ajk dia jgk utk solat.so diorg pun tau tiba ms solat.selalu si auni tanya,kalo aku solat isyak.kan td dah semayang?

Apapon good for her,ada basic.kena berlatih2 byk sama mama kan.ain tgh2solat,kalo x ingat nk baca berenti tanya.kelakar!!!

kakngah on May 16, 2012 at 3:38 PM said...

kahkahkah!!
makngah sayam aisyah la..

nyaris aku pun terkentut2 sama baca n3 ni...

fatin itu saya on May 17, 2012 at 9:07 AM said...

ngenjut2 bahu saya gelak..hahha...

Zana S on May 18, 2012 at 1:10 AM said...

sungguh aku tak tau nak ckp cemane kalo uzur. mencah girl ok lagik. ni anak bujang aku duk tanya. bohong sunat boleh ke?? sokmo aku ckp dah solat kat bilik sebelah. ekekeke!

ShareThis