Sunday, May 20, 2012

Towards the end of the weekend

Posted by makcik rehan KJB at 5:22 PM
Assalamualaikum WBT

Semalam kemain menggila aku memasak,
padahai aku sorang je makan, laki mana ada
harini pulak aku punya malasssss sangat nak jejak dapo
pukul 9.30 lepas mandikan depa aku sambung menerap depan komputer
tak abih-abih godek cari solution invalid URL fesbuk akunih

Bila nampak aku sembam kepala ke bantal, Mencah datang tanya
Mama dah ngantuk eh? Siot betul tau, aku baru nak hanyut haha
Habih sape nak buat sarapan? kata dia lagi.
Hamboiiiii.... sound mama tak agak-agakkkk!

Eeeiiii... dengan berat badan, berat hati, berat buntut aku bangun la jugak
tuka baju, sarung tudung, start keta.... hahaha tapau nasik lemak kat kedai depan rumah!
kang kalau lambat, dan perut budak Asrap dah bagi signal lapor
lagi aku stress dengar dia berdengung serba tak kena

Suap depa makan kenyang-kenyang dengan harapan depa dapat bertahan sampai ke petang
sekali pukul 12 Si Asrap dah mengharuk ke dapo dok jerit nak mam! nak mam! nak mam!
budakni memang pesen cakap berulang-ulang tau
Ammaa! Ammaaa! Ammaa! nak mam! nak mam! nak mam!

Aku bagi dia makan kek pisam dulu sementara aku tanak nasik pulut
depani memang hantu pulut, ikut genetik orang bendang macam mak depa :))
goreng ayam instant, makan dengan kuah masak kicap pagi tadi punya
layan 2 pinggan tu!

Siap depa makan minum, aku pon sambar penyapu, mop rumah, lap taik tikuih (benci gilak!)
Elok siap mengemop nampak Asrap dah barai depan tibi...
Lega... rasa aman donia, walau sekejap cuma...

SMS Abam tanya dah kat mana (dengan harapan dia dah sampai Bukit Beruntung haha)
Sekali reply, bertolak pon belum! Still kat Melaka lagiiiii
Eeeeiiii.... aku dah penat tau, aku nak cepat-cepat pass baton pulak ni huwaaa

Ni dah kol 5 petang, hidung aku yang banjir dari pagi tadi baru mula nak mengering
lalu tak kuasalah aku nak mandikan budak-budakni lagi
Basuh pinggan 3 butir pon buleh bersin sampai nak terkucil,
inikan pulak nak memandikan depa... kang tetiba banjir balik hidung
Tunggu jelah bapa mereka pulang dan memandikan mereka

Akukan, ada hutang resume tau
dah 2 minggu aku buat-buat lupa... hihihihihi...
nak berkarier balik ke ha wei?




1 comments:

Ila on May 20, 2012 at 10:51 PM said...

dah boleh bukak fb belum? kalau belum,cubalah solution ni
http://gr33ko.blogspot.com/2011/04/invalid-url-and-web-page-redirect.html

ShareThis