Wednesday, June 27, 2012

Asyraf

Posted by makcik rehan KJB at 9:29 AM
Assalamualaikum WBT


Semalam emosi aku kacau-bilau (lagi)
Kena makan EPO kot akuni, PMS mengalahkan orang nak menopos :(

Letih dan mengantuk,
aku pon baring-baring kat katil. Pukul 8.30 malam lebih kurang.
Kanak-kanak mengekor aku masuk bilik. Sakan berzumba, melompat sambil gelak mengukik.
2-3 kali aku sound Mencah. Sekali dua aku lepuk-lepuk manja.
Jangan lompat atas katil, nanti Baby muntah. Dia baru minum susu tadi.

Buat tak layan. Tak heran apa aku sakap, macam aku besakap dengan dinding.
Depa melompat lagi dan lagi. Gelak mengilai lagi dan lagi.

Tiba-tiba mmmbbuakkk! Selambak.
Betul-betul belakang aku.

Aku frust, hati bagai disiat. Sedih dan pilu.
Come on la kids, Mama had enough of this muntah-muntah.
Aku bangun dengan hati berkecai. Urat dahi aku terasa timbul, terus terasa kepala berdenyut.
Mama dah cakapppp! Mama dah cakapppp! Aku meratib macam orang kena rasuk.
Aku keluar dari bilik, duduk depan tibi macam orang bodoh.

Asrap keluar dengan baju berlumuran muntah, datang dekat aku.
Angin rebel aku menusuk masuk, naik sampai kepala.
Aku seret dia masuk bilik air. Dia merengek-rengek.
Aku membebel (menjerit actually). Aku pon tak sedor apa aku bebel.
Sambil bebel, sambil ayaq mata bercucuran. Hatiku hancur lagi.
Serious penat. Penat hari-hari hadap kisah muntah.
Lantai, cadar, baju, bantal, tilam, selimut, comforter... u name it lah!

Aku tak bercakap dah lepas tu. Sampai pagini. Letih.
Kecewa sampai aku hilang kata-kata. Tak bermaya.
Mungkin ini cara Allah menguji aku.
Aku diuji dengan anak yang rajin muntah. Setiap hari.
Kadang-kadang 2 atau 3 kali sehari. Sigh~

Bersyukurlah kau ada anak.
Itu yang aku bisik dalam hati bila rasa kecewa menguasai diri.
Bersyukurlah anak kau cuma muntah, tetapi sihat fizikal dan mental.
Bersyukurlah kau ada anak, walaupun kau mungkin tak berapa layak.
Ada orang lain yang berkelayakan lebih tinggi, tapi mereka tidak dikurnia.
Bersyukurlah. Ucapkanlah Alhamdulillah.
Orang yang bersyukur, InsyaAllah... Allah akan tambah nikmat.

























Asyraf sekarang berumur 2 tahun 9 bulan.
Berat 11kg. Aktif dan lincah tetapi masih menebal dengan sikap ke'baby'an.
Boleh berjalan pada usia 1 tahun setengah.
Boleh mula menyebut beberapa perkataan tertentu hanya selepas berumur 2 tahun.
Belum pandai bercakap dalam bentuk ayat. Paling banyak, 2 perkataan dalam satu ayat.
Asyraf sangat manja, mudah sangat menangis, sikit-sikit datang mengadu.
Sangat memilih bab makanan, tidak suka minum air masak, tidak suka buah, tidak suka kek.

Asyraf suka makan nasi berperisa - nasi lemak, n. goreng, n. minyak, n. tomato, n. ayam...
Kalau nak bagi makan biskut, biskut tu kena pecahkan kecil-kecil,
kalau tak dia sumbat semua masuk mulut terus. Kalau nasib tak baik, tercekik dan muntah.
Selain susu, air kegemaran dia adalah teh tarik Nenek Onah.
Asyraf sangat rapat dengan aku. Dengan Abah pon dia tak mahu.

Asyraf,
Mama cuba menunggu dengan penuh kesabaran,
untuk kamu melepasi fasa yang penuh ragam ini.
Semoga kamu menjadi anak yang menyenangkan di masa akan datang.

Alhamdulillah.


12 comments:

Me on June 27, 2012 at 9:49 AM said...

eden sayu hokay... isk isk isk.. eden faha, apa yg ekau rasa... sabar dan bersyukurlahhh

SYANI on June 27, 2012 at 9:55 AM said...

Sabar la weh.. setiap dugaan ada hikmahnya.. Jom kita pegi berjimba lagi nak?? Yaya dah kemaruk nak jumpa acik rehan ngan Aisyah..hehehhe

sue on June 27, 2012 at 10:03 AM said...

mcm nk nangis...huwaaaaa....bsabarlah kamu wahai mr

kakngah on June 27, 2012 at 10:18 AM said...

aku sudah rasa apa ko rasa rehan.
aku sudah lalui itu semua masa membesarkan adam.. masuk umo 4 tahun baru hilang sesikit perangai muntah belilah tak kira masa ni... tu pun sebab dia dah bentu mnm susu dlm botol. syukur adk2 dia tak kronik sangat.

kakngah on June 27, 2012 at 10:18 AM said...

aku sudah rasa apa ko rasa rehan.
aku sudah lalui itu semua masa membesarkan adam.. masuk umo 4 tahun baru hilang sesikit perangai muntah belilah tak kira masa ni... tu pun sebab dia dah bentu mnm susu dlm botol. syukur adk2 dia tak kronik sangat.

Alin on June 27, 2012 at 10:50 AM said...

sebak pulak rasa, sbr bnyk2 kak.. akak ibu yg baik, marah, geram sekalipun anak tetap akak tak abaikan..biasa la sesekali rasa tu mmg kena luahkan baru lega...:)

makcik rehan KJB on June 27, 2012 at 10:50 AM said...

Terima kasih kawan-kawan.
Tatau nak reply lagumana. ai lebyu ols.

shaliza on June 27, 2012 at 11:04 AM said...

alahai..sayu pulak baca entri pagi ni...apa2 pun mari bersyukur bersama.

Kamalia on June 27, 2012 at 11:56 AM said...

sabar han..sebak aku baca ni ha..:(
aku selalu jugak rebel dengan ank2 ni..kadang2 tensen jadinya,sellau yg jadi mangsa adalah laki aku..
tapi bila sejak 2-3 hari lepas aku terjumpa kakak ni, dia ada 3 orang anak yang istimewa.yg plg tua 17 tahun masih tak boleh lagi uruskan diri sndiri,pastu sangat suka mengamuk..yang 2 org lagi tu autism + hyperaktif..bila aku baca blog dia terus aku bersyukur,walaupun ank2 agak degil tapi Allah uji aku dengan perangai yg sikit macam ni je nak dibandingkan dengan kakak tu..

littlehumblelynn on June 27, 2012 at 12:52 PM said...

rehan,

sabarlah yea.Allah syg ko,dia bg ujian mcm tuh
one day- asyraf akn jd ank kebanggaan ko.trust me!!

makcik rehan KJB on June 27, 2012 at 12:57 PM said...

aku pulak nak menangis baca komen korang. tq semua

MsAjai on June 27, 2012 at 1:26 PM said...

Tetiba aku tingat ke anak2 aku....Asrap baya Kashfi...manja yg ampunnnnn

ShareThis