Thursday, June 21, 2012

Ayam Bako PD - sila mencuba

Posted by makcik rehan KJB at 11:42 AM
Assalamualaikum WBT

Resepi utk approx. 2kg ayam
(resepi credit to my biras)

‎2 inci halia
2 btg serai
1 biji bwg besar
5 biji bwg kecil
2 sudu besor jintan manis
2 sudu besor serbuk ketumbar
serbuk kunyit (iols pakai kunyit idup)
Garam
Secukup rasa Knorr/Maggie -takde takpe
3 sudu besor gula
Madu sikit
Daun rosemary

Kasi blend semua (kasi air sikit) & perap dgn ayam semalaman. Lagi lama perap lagi sedap




Rempah ratus import dari rumah Nenek Onah. Rumah iols tak peronah ada mender-mender gini.
Ada sup bunjut dengan kiub ikan bilis jerrr





 Lepas blend, gaul molek-molek dengan ayam.





 iols tengok dalam AFC depa masukkan dalam plastik, simpan dalam fridge 1-2 malam.
iols cari pelestik putih tu takde plak. Ada supik ghok-ghak kedai runcit Murugayah je.
Pelastik tu nipis bebenor, kang koyak dah satu hal menjejes. 
So, iols tutup besen dengan grease paper. Ikat dengan getah belacan.
Very the pusat internet desa kannns.






 iols perap kejap je sebab nak makan untuk bukak posa. Bako atas kuali je. 
Koser nak bako-bako atas arang aih. Kalau BBQ ramai-ramai memang bestla pakai arang.
Kalau bako dengan arang, pastikan uols lantik tukang bako yang bertauliah, takut ayam jadi arang!






  Bako separuh masak. Pastu pi ambik kanak-kanak balik skolah. Mentaman seround.
Balik rumah pukul 7 bako lagi sekali kasi hangit-hangit sikit.




iols buat ayam ni masa tengah Atkins.
So serbuk perasa sumer tak taruk (sebab takde, kalau ada aku humban jugak)
Gula iols bubuh sikit saja. Madu langsung tak taruk.
Daun rosemary pon tak taruk, pasal tak ada. Ada daun kari kering je dalam peti.

Kesimpulannya, kalau iols ikut format sebenar... harus lagi sedap!
Senang lagi buat ayam bako ni dari buat rendang tawww....




4 comments:

*SiRibenMerah on June 21, 2012 at 12:04 PM said...

wahh.. simple jugak kan.. boleh la cuba nnt~

ibh_sue on June 21, 2012 at 12:08 PM said...

Bagus. . Aku bru nak rojer ko resepinya tu. Dah ada ni bagus la. Tq rehan sharing resepinya. Aku sukaaa :)

Me on June 21, 2012 at 2:33 PM said...

langsung lapar.. bestnya cicah sos nyum nyum

NurulHudaResad on June 21, 2012 at 2:39 PM said...

cecepat beli sos nandos extra extra hot peri2 tu.....dah tak yah p nandos lah pastu.

ShareThis