Tuesday, June 12, 2012

Gigilicious

Posted by makcik rehan KJB at 9:20 AM
Assalamualaikum WBT


Jangan hantar akak pegi bengkel #OhMyEnglish pulak u olls
Sundaylicious, Gigilicious tak pernah wujud hokay.


























At the age of 5, gigi susunya dah mula gugur.
Pagi Ahad sebelum pegi kenduri, PS yang perasan akan ketumbuhan gigi kekal budakni
FYI, PS adalah AJK kebersihan gigi. Dia rajin pelekoh budak-budakni suruh gosok gigi.
Akak tak suka. Kebas kaki mencangkung lama-lama dalam bilik ayaq nak tonyoh gigi depa.

Ada yang kata cepatnya Aisyah tumbuh gigi kekal.
Akak pon rasa macam cepat sangat.
Rasa macam baru semalam aku terpekik bagitau laki anak kita dah tumbuh gigi.
Alih-alih semalam dah tumbuh gigi kekal dah.
Sobsss.... cepatnya kamu membesar wahai anak.

Gigi susu dia baru longgar sikit.
So sejak semalam kami suruh dia tolak-tolak gigi tu dengan lidah.
Malam tadi dah makin melonggar dah gigi susu tu.
Harap sangat gigi tu boleh patah sendiri tanpa perlu pegi dentist.
Budaktu dah mula kecut perut imejin rupa playar :))

Anyway, dia kata nak simpan gigi tu bawah bantal.
Nanti pari-pari gigi boleh ambik gigi tu dan bagi dia hadiah.

Haruskah potong channel Disney Junior?
Khurafat sangat.







1 comments:

kakngah on June 12, 2012 at 10:41 AM said...

haah.. cpt gg kekal aisyah tumbuh. anak2 aku gigi kekal tumbuh ms umo dlm 6-7 thn. Adeeb masuk 8th.. masih ada lagi gigi susu yg belum jatuh. kene bg semanat kat Aisyah kasi longgarkan gg susu tu. nanti space gigi kekal takde.. senget ke dalam lak gg Aisyah...

ShareThis