Friday, June 22, 2012

Kisah benar

Posted by makcik rehan KJB at 4:08 PM
Assalamualaikum WBT


Kol 12 tadi akak kuar pi bank. Saja kuar tengahari sebab bajet orang tak ramai.
Hari Jumaat kan, lelaki soleh mesti sedang berada di mesjid bukan?
Tengok suasana bank macam sendu. Dulu ada 3 org customer service officer bertenggek kat depan.
sekarang sorang pon dah takde. Lcceh lah...

Akak mampir ke kaunter, tanya kat mamat kaunter, berbadan kurus dan berambut Mohawk
"Dik, cust service dah takde ek" Akak tanya.
"Aah kak, dah takde" Dia jawab.
"Akak nak ambik statement tetttt.... boleh?" Akak tanya lagi
"Akak kena ambik nombor..." Dia jawab balik
"OK, kiranya nanti org kat kaunter boleh assist akak pasal benda tetttt ni ek?" Lagi akak tanya.
"Boleh kak, boleh." Lagi dia jawab.

Akak picit nombor giliran. 2133. Dan nombor sekarang 2093.
Orang takde la ramai, gigih akak bilang tau. Tak sampai 20 orang pon.
Rasanya takde la lama tunggu turn ni, akak berkata-kata dalam hati.

Mula-mula akak duduk diam-diam.
Pastu bangun pulak, sebab tak selesa spender asek bergulung kat perut.
Isk salah ambik spender la ni. Rimas tau bergulung-gulung.
Berdiri pulak dalam 10 minit. Lepas tu lenguh betis, duduk balik.
Nombor 2093 punyalah lamaaaaaaa tak sudah-sudah.

Mata akak makin mensayup. Pejam celik, pejam celik.
Mamat Myanmar nombor 2093 tak sudah-sudah lagi.
Eeeiiii.... bencilah. Nak bukak akaun pon punyalah banyak songeh.
Macam-macam tanya kat budak kaunter tu sampai dia pon dah malas nak jawab.

Akak mendengus. Peluk beg ketat-ketat. Pejam mata.
Tetiba akak rasa macam jatuh dari kerusi. Tersentak. Kalenjar adrenalin merembes pantas.
Tetiba rasa pucat. Akak ingat akak dah terjelepuk jatuh dari kerusi.
Akak kalau tertido sambil duduk, badan menghuyung hayang tau.
Sapa penah tengok Mr Bean tertido dalam church tu. Bergoyang kiri-kanan, depan-belakang.
Ha macam tulah akak kalau tertido atas kerusi tau.

Tiba-tiba rasa termalu sendiri. Entah-entah terbedengkur. Toleh kiri-kanan.
Rasa macam semua mata pandang akak. Lebih-lebih lagi Aci pakai baju merah jambu sebelah kiri.
Kemain tajam menjeling akak. Jeleslah tu. Akak lagi vogue dari dia.

Sampai turn akak, bagitau kaunter nak statement tetttt. Terus dia hulur borang.
Dia kelebek IC akak, suruh isi nama, no phone dan sign.
Dah pi balik. Nanti statement siap kami call puan. Katanya.

Puiiiii..... 2 minit tak sampai!
Shilaker kau mamat Mohawk.
Apa salahnya ko bagi je borang tu kat aku tadi!

Akak ckeck-in pukul 12.58 tengahari
Akak check-out pukul 2.35 petang
Akak menebeng di kaunter tak sampai 2 minit!

Puiiii.... Puiiiii... Puiiiii lagi.
Aku lapor tau. Orang diet mana boleh lapo, nanti stress!

Grrrrrrrrr......!!!







1 comments:

Me on June 22, 2012 at 5:26 PM said...

muahahahhahah... mamat mohawk nak suh ekau beraksi lebih sikit hahahha

ShareThis