Monday, June 4, 2012

Mensakitkan hati sendiri

Posted by makcik rehan KJB at 9:04 AM
Assalamualaikum WBT


Aku off butang komen, sebab aku bukan nak mintak komen
Tak payah puji, aku tau dah... hangpa semua nak kata aku comey macam Juliana Evans kan?
aku saja tempek balik gambo ni sebab aku geram  :((
aku baru kawin 6 tawon, beranak 2 kali... tapi badan aku macam dah kawin 16 tawon kot!




























Blouse aku pakai tu aku dah bagi kat Kiptiyah masa mula-mula dia datang dulu
pasai aku kesian (ke menyampah) tengok dia asek pakai teset kaler hijau yang senteng dan kentat
Tudung bawal tu sangat feveret, pakai sampai lunyai, sampai buruk ghesuk.
Pada hemat aku, muka aku akan kelihatan extra cun kalau pakai tudung tu. Puiiiih!

Jam tangan gaya jantan tu peneman setia tiap kali aku pi jogging kat taman tasik depan Amcorp Mall
Jugak peneman aku main badminton memalam dengan Azwana dan Yanie
Jam tu tak bukak-bukak dari tangan walaupon aku pi mandi
Jam tu putus tali masa lepas dah kawin. PS belikan jam tangan pompuan untuk aku,
Jam jantan tu PS gantikan tali dan dia pulak sambung pakai. Skang aku tatau jam tu pi mana dah.
Eh apakah motip tetiba citer jam pulak yang lebih!

Sluor tu beli kat Pertama Complex. Tak silap aku, pegi beli dengan Mariana Kuala Berang.
Masa mula-mula beli agak kentat, kena tahan napas kalau nak tarik zip
aku beli jugak walopun size yang aku nak takde sebab aku suka kaler season dia
tak lama lepastu aku diet sakan, sampai kena pakai belt kalau nak pakai sluor tu.
Sekarang? Aku tetas buat skirt pon aku tak akan muat sarung balik hatta sebelah kaki pon!

Ingat lagi masa zaman dating, kalo pi makan aku asek order ikan kembong bako
sampai aku penah sakap kat PS, kang pas kawen kalau mak awak suruh saya makan nasik cemana?
Sayani pantang makan nasik tau... Puiiiiih!
PS masa tu mana penah sakap kerek-kerek dengan aku,
maklomla... awek cun kan.... puiiiih! Blom jadi bini, kemain la sayammmm...
Dia kata, takpa... nanti jamah sikit sudahla. Buat syarat.... Puiiiihh!


Kenapa kenapa kenapa hah?
berdenyut kepala otak aku ni kalau kelebek balik gambor-gambor lama
Lepas dah beranak pinakni, masa pantang 2-3 bulan tu jelah aku merasa susut sikit
lepastu terus tak pandang belakang congkak dahhhh... terus menuju ke bintang!

Mungkin sudah tiba masanya aku pegi klinik!






ShareThis