Wednesday, June 13, 2012

Multifunctional

Posted by makcik rehan KJB at 2:36 PM
Assalamualaikum WBT


Gegirls semua, ini bukan penimbang tau.
Ini alat senaman setempat yang mampu menjongketkan bontot sambil mengkejangkan betis.
Mesin cabuk ni dah bertukun dalam store sejak sekian lama,
PS rembat kat tempat kitar semula masa dia pi Osaka dedolu, free je uols. Berat nak mampuih!
2-3 hari lepas, akak  kuarkan dari store, letak depan tibi.
Kunun-kunun sambil menonton cinetron Putri Yang Ditukar,
akak nak menjongket ler atas stepper ni... twist and shape kater nyerrrr...

Nahhhh....
Antara lain, inilah fungsinya




















































Lepas 3 hari, PS sorong masuk store balik.
Serabut agaknya tengok kanak-kanak berebut nak menjongket,
sedangkan emak mereka sedap-sedap membongkang tengok tibi... puiiii
akak sempatla menjongket 5-6 tapak, pastu betis mengkeras
sebelum aku kena renjatan simpulan mengkarung, baik aku duduk diam-diam tengok cinetron kannnssss...

Esok-esok dah habih induction, aku naik ler balik menatam ni
itu jam berat dah kurang sikit kot, takde la mengkejang sangat dah kot kan
Kot iyerrrrr.... <----- kata korang dalam hati kannns
sampai hati carots akak tawwww... sobsss....





1 comments:

Alwanez on June 13, 2012 at 4:27 PM said...

alaaa..takde gambar akak exercise smbil tgk sinetron ponnn..ghindu laaa nak tengok akak diva T__T

ShareThis