Thursday, June 21, 2012

Penjawat awam

Posted by makcik rehan KJB at 2:15 PM
Assalamualaikum WBT



Asyraf dah sihat. Alhamdulillah, syukur sangat.
Demam tak melarat. Batuk selsema pon takde.
Ada sekali sekala terbersin terbatuk, itu biasalah kan. Genetik! hehehe.








Harini takpi skolah lagi. Bagi dia betul-betul cargas.
Tapi tadi bila tengok dia seret bakul laundry besor kuar dari bilik,
terbalikkan bakul tu pastu berdiri atas bakul tu sambil imbang-imbang badan depan tibi....
Terus rasa menyesal tak hantar pi skolah pagi tadi! :))

Kakak dia tengah kemaruk tengok movie Bini-biniku Gangster dalam tablet masuk air.
Balik skolah cari tablet dulu. Malam nak tido pon mengecek tablet dari Abah dia.
Sampai aku marah PS, suruh buang movie tu. Ape ntah yang best sangat sampai nak tengok 80 kali.
PS kata dia pon tak penah tengok movie tu. Saja copy je dari member opis dia.
Bahasa dalam citer gangster ni ko pahamla macamana punya jahanam kan

So far takde lagi aku dengar dia terikut-ikut cakap macam gangster
tapi sejak dok tengok movie tu, kalau aku atau abah dia suruh dia buat pape, 
dia akan jawab macamni :

BAIKLAH TUAN. SAYA BERKHIDMAT TUAN!

Kalau dulu bila aku bagi apa-apa kat dia, dia akan ucap terima kasih mama macam biasa saja.
sekarang sejak dok tengok movie tu, skrip dia dah jadi macamni.

TERIMA KASIH TUAN. SAYA BERKHIDMAT TUAN!

Mula-mula dulu aku cam pelik, apemenda budakni blajar kat skolahni.
Sekali dua aku gelakla dengar. Dah lama-lama aku pon tak rasa apa dah
bagus jugakla dia jawab camtu, daripada dia menjawab kurang ajar bahasa tah apa-apa kan
Tuan pon Tuan la nakkk, fefeeling boss kejap aku :))
Abah dia 1st time dengar semalam, masa aku suruh dia basuh tangan lepas balik dari taman
terus mengekek mengketawa dengar anak dia buat ayat drama
sib baik tak fitnah aku banyak tengok drama... harus aku membela diri
aku skang dah tak layan sinetron dah taww
aku kemaruk tengok channel Life Inspired pulak sekarang, maklomla... sempena diet kannns
haruslah gaya hidop sehat kannnsss...  :))

Aku try nak rakam adegan penjawat awam ni
tapi susah nak create situasi natural
minahni pantang ko tala kamera, terus nak over acting
nantilah aku pasang cctv 23 bijik kat romah macam Diva Meryam.
senang nak skodeng aktibiti kanak-kanak hehehe...







1 comments:

Drama Mama on June 21, 2012 at 3:42 PM said...

hahahaha sangat comel jawapan baik tuan! ekekekke...best sangat ka cita tu eh?

ShareThis