Monday, June 25, 2012

Rama-rama rabit sayapnya

Posted by makcik rehan KJB at 1:56 PM
Assalamualaikum WBT


Nak balik dari PSN, nampak taman rama-rama kat bawah nun.
Mula-mula macam hesitate. Nak turun ke idok?
Tengok mood Asrap macam dah okay sikit (lepas berguling kat lantai tadi),
ayuh kita turun, kata somi ku. Baik tuan, saya berkhidmat tuan!
Layanlah gambo-gambo rawak yang kamiorang snap dengan ketiak yang belengas!



Wild orchids katanya.
Rama-rama suka kot. Banyak rerama dok singgah kat pokok orkid.





Rama-rama yang dah rabit sayapnya.
Kasehannnn.... sendu di situ.




Ini dia Ratu rama-rama. Dongga punya kembang!
Aisyah tolong snap. Eewwwww.... macam mengandung 6 bulan!
Kata Abah dia, kamu snap gamba lagi elok dari Babah yang snap.
Memang pon! Laki aku kalau snap gambo, dagu aku 2 lapis boleh jadi 4 lapis. Huh!




Mari sini Adik. Mari tolong cover perut Mama kamu - kata PS.
Aku tetap menten senyum, buat-buat lupa kat perut yang terburai mentayang! Wakakaka...




Ha tengok tengok tengok!
Bila ambik anak buat coverina, terus hilang bunting 6 bulan jadi bunting 2 bulan je kan?
Ingat tu orang-orang badak sekalian, be undercover always. Kahkahkah!





First time rasanya aku tengok caterpillar besor macamni.
Selalu tengok dalam gambo je... kaki dia siap berduri-duri rupanya!





Sessi menyakat anak.
Ada cacing tanah gemok dan beso-beso dalam tu. Aisyah menggeletis geli.
Tu Abah dia tengah tarik tangan dia suruh sentuh dinding kaca sangkar tu :))




Sang penghisap madu. Yangni rama-rama dia beso dan cantik.
Takde sayap rabit-rabit macam yang tadi.





Ada kolam ikan kap.
Aku risau takut Asrap bolos tiang besi tu, terjun kolam. Haru!






Rama-rama paling besor. Moth nama dia (kalo tak silap).
Spesis ni hanya aktif di waktu malam. Memang beso betul, beso tapak tangan aku rasanya.





Bekas makanan rama-rama.
Kalau kat bawah, nak jer aku kelebek tengok. Depa letak madukah dalam bekas tu?
Siap letak bunga raya kat situ. Daya penarik la kot.
Tapi selama aku kat sana, sekor rerama pon aku tak nampak menyinggah kat tempat makanan tu.


Balik dari PSN terus barai!
Penat, mengantuk dan panas.





 

3 comments:

SYANI on June 25, 2012 at 2:56 PM said...

Cute couple...

Aku sekarang memang meng'apply' teknik sorok badan ko!

NurulHudaResad on June 25, 2012 at 3:54 PM said...

wahhh erat merangkul pinggang.....ni agaknya kalo pinggang turun 24 inci nih, mau la melekap terusss gaya memey-norman bersanding.... gitu.

hr tu tgk gak taman rerama tu dari atas, tp sbb kami org kan dtg dah lewat senja.....so babai je lah..

Alwanez on June 25, 2012 at 4:08 PM said...

Arghh..kegelian la tengok caterpillar ituh..waaa tak lalu makannnn

ShareThis