Monday, June 11, 2012

sundaylicious part 3

Posted by makcik rehan KJB at 9:28 AM
Assalamualaikum WBT


Lepas kejadian AISYAH PUTEH kat tepi khemah kenduri...


Aku ada satu habit tak berapa nak elok.
Suka bagi nama 'manja' kat orang-orang sekeliling.
It means nothing, saja gatai mulut, konon-konon manja dan comel.

Kami laki-bini dah siap makan.
Elok nak balik, azan zohor berkumandang.
Dewan Batu 16 betul-betul kat sebelah masjid.
PS suruh kami tunggu bawah pokok kat tepi khemah, dia pi solat dulu.

Asyraf meluru pegi main pasir dengan budak-budak lain.
Aisyah macam biasa, dok mengendeng kat makcik-makcik
Kalini makcik lain pulak. And their conversation goes like this :


Mokcik : Nama sape ni?
Aisyah : Saya Aisyah.
Mokcik : Tu adik awak ke?
Aisyah : Iye.
Mokcik : Adik awak nama ape?
Aisyah : BUDAK BONDET.





























Gelaran BUDAK BONDET akak yang bagi kat Asyraf.
Gelaran AISYAH PUTEH cikgu skolah yang bagi. Sebab ada 2 budak nama Aisyah.
Sorang lagi nama Aisyah Najwa. Maaf, bukan Najwa Latif penyanyi main gitar tu ya.
Kalau akak jadi budak Aisyah yang lagi sorang tu, akak sentap
Kau puteh, jadi aku hitam lah ek? Dasar Apartheid sangat.

Dia tak pernah bagitau kat skolah kawan-kawan dan cikgu panggil dia Aisyah Puteh.
Until one day, terlewat hantar dia pegi skolah.
Pagar dah tutup, sliding door pon dah tutup.
Ada budak nampak kami berdiri depan pagar. Budak tu kuak sliding door,
dan jerit kuat-kuat bagitau kat cikgu.

Muallimahhhhhh.... Aisyah Puteh datang!







0 comments:

ShareThis