Wednesday, June 20, 2012

Tabah dan lapar

Posted by makcik rehan KJB at 11:19 AM
Assalamualaikum WBT



Malam tadi bawak Asrap pegi klinik.
Lepas tu terus pegi dinner kat kedai mamak.
Gas habis pulak petang semalam, sempat goreng telo je.
Ni pagini dah bapa kali call Murugayah nak suh hantar gas, tak angkat tipon.
Makanlah tuna dalam tin tu lunch karang. Huh.

Kat kedai mamak malam tadi Asrap kemain pulun makan.
Pastu tak sampai 10 minit, muntah balik.
Bukan sikit-sikit punya muntah, bertalu-talu.
Pastu dia merengek rimas melekit sluar basah kena muntah.
Maaa bajahhh! Buuukakkk! Buuukakk!
Pakailah pampers saja tak pakai seluar.

Lupakan muntah anak, dan pandangan rakyat sekeliling meja
Hati ibubapa kena kerasss... hidangan depan mata tetap di ngap penuh selera!
Hahahaha... kalau orang lain dah patah selera kan,
aku laki-bini dah immune. Takde effect langsung :))
Dari zaman Mencah lagi, acara muntah-muntah di kedai makan ni dah biasa.

Geram tau tengok laki aku makan megi goreng yang sumpah menarik
lagi nasik lemak telo goyang dangan sambal mencurah
lagi ayam tandoori sama kuah pudina hijau
digandingkan pulak dengan teh ais kow... adoiiii!
sedangkan aku terkebil-kebil meratah ikan kembong goreng dengan sayo kobis!

Malam tadi aku tak jerap tido
kejap-kejap jamah badan Asrap. Takut tetiba panas dia naik
Pukul satu dia dah meracau. Rasa dahi dia mak oi panas gila.
Selongkar fridge cari ubat bontot takde
Nak tanak, paksa jugak makan ubat... melalak toksah cerita!

Nak letak cool fever kat dahi pon dia taknak.
Nak basahkan badan pon mengamuk.
Abih cemana, sumer takmo. Sumer ponn nak melalak. Hai lah Asrapppp...
Tah berapa kali terjaga aku malam tadi.
Mujurla lepas makan ubat tu badan dia dah surut panas.

Pagini baru aku suap nasik lemak 3 sudu
terus dia muntah belahak habis baju lantai semua.
Hadoilaaa.... dahla nak suruh makan, minum punya siksa
baru masuk sikit dah muntah balik
pastu asek ngadu pawoottt... pawooott... (sakit perut)
Mana tak sakit, angin kannn... huhuhu
Pagini blom bagi ubat lagipon. Cemana nak bagi, dah perut dia kosong.
Kang lagi sakit perut, makan ubat masa perut kosong.


 Kat klinik malam tadi.




Mood aku harini adalah bertabah dan berlapar.




5 comments:

Nurul Aznil on June 20, 2012 at 11:38 AM said...

U r 1 strong mummy MR.
me if dah jaga anak malam, time bagi ubat me sure serender. tak mampu nak bergaduh dgn anak.

semoga cepat sembuh Asyraf...

nota (pisang)kaki: MR, jaga budak demam cepat tau turun berat badan... see? a silver lining...

ummi on June 20, 2012 at 11:41 AM said...

Sabar MR. Akak bertahun2 lalu benda yang sama. Kadang sampai habis kain cadar dalam lemari sbb asik muntah dan muntah. Perut Asyraf tu ce sapu minyak bg anginnya kluar dulu. Kalau bg ubat pun nanti muntah balik. kasi kluarkan angin tu dulu.

ejaMaria on June 20, 2012 at 12:40 PM said...

bertabah dan bersabar... ;p
anak sakit memang mcm tu... kita pun lalu juga...

Jiejah @ Iza on June 20, 2012 at 4:16 PM said...

anak muntah dah muntah lalu muntah ,lagi muntah ? hehehehe mmg resam la kot . aku anak no 1 tu kurang kot acara muntah ni tp la ni anak no 2 wahhhhhh sakan ko mmuntah hahaha kadang naik togel tilam sampai x shukup cadar .

Me on June 21, 2012 at 8:14 AM said...

siannya... hari nie asraf apa kabar MR?

ShareThis