Friday, July 6, 2012

Kasut dan muntah

Posted by makcik rehan KJB at 8:15 AM
Assalamualaikum WBT






















Soleh jugak laki aku rupanya. Walaupon bukan bernama Soleh Yaakob.
Malam semalam pi makan pizza, PS membelanja kami.
Malam tu urat kening aku berdenyut, jadi aku adalah bad mood.
Makanya, laki akulah yang mensuap kanak-kanak makan.

Makan nasik lemak yang dibeli kat Jusco dan dibawak masuk dalam Pizza Hut.
Kenapa nasik lemak? sebab takde nasik lain kat Jusco. Aku diet, dah lama tak masak nasik.
Asrap tak makan pizza, roti, mee/ pasta dan sebagainya.

Minum air soya. Kenapa soya?
Sebab soya tu complimentary dengan kid's meal (Mencah punya)
Kids eat free at Pizza Hut, with every 20 ringgit spent.
So, paham kan cronology dia... jangan tanya pulak kenapa makan nasik lemak dengan ayaq soya,
kang korang yang aku soyakan :))

Lepas makan, kami masuk Jusco.
Mak depa yang konon kening berdenyut tu... nak beli kasut baru.
Kasut kerjaya. Jangan banyak tanya, nanti sampai masa aku bukak cerita.
Sila refresh blog aku 18 kali sehari supaya tidak ketinggalan kisah hot kerjaya MR di bulan July
Silalah betting, tengok kalini berapa lama pulak aku buleh bertahan :))

Baru sampai kat Shoes Department dalam Jusco,
Asrap tiba-tiba tukar muka jadi biru, leher terlentok-lentok ke depan, terjuih-juih bibir
Aku dah memang masak benar dengan kelakuan seperti itu...

Banggggg! Anak ni nak.....
Belum habis cakap... Mmmbuakkk! Mmmbuaakkkk! Lagi dan lagi.
Belemoih satu badan. Di tengah-tengah ruang antara rak kasut dan baju. Haru weiii...
Tulahhhhh... tadi kemain berlari, meloncat macam tak cukup tanah.. grrrrrr!

Terus dua-dua belah urat kening aku berdenyut
PS heret Asrap masuk babyroom.
Aku follow dari belakang dengan muka ketat.
Mencah buat lawak mintak penampo... dia buat announcement kuat-kuat kat situ :

Ke tepi! Ke tepi! Ada kekotoran di sini...
Jauhkan diri dari tempat ini!

Sambil buat gaya suruh orang bersurai dengan tangan dia
Pastu dia sendiri yang mengada, saja mengesot-ngesot nak lalu jugak kat tepi muntah tu
Thrill la sangat konon tu? Panggg kang, haaa... 

Lepas dah bersihkan muntah kat baju Asrap, PS tanya aku, nak beli kasut jugak ka?
Aku dah sentap. Patah napsu nak cari kasut.
Malu nak pegi area kasut tu iya jugak. Kang Nepal cleaner tu renung tajam-tajam lagi kat aku.
Terus balik rumah dengan muka kelat dan urat kening yang makin mengetat.
Balik rumah, aku terus tido. Tido dengan perasaan sentap.
Ntah nak sentap kat sapa ntah. Gataiii.

Esok pagi PS hulur 50 hengget.
Dengan ucapan : Nah, nanti petang pi beli kasut.

Pagi semalam aku pegi pasar pagi. Lokasi pasar adalah bukan rahsia lagi.
Eh bab pasar tu nanti-nantilah aku cita. Mana buleh reveal semua. Nanti tak seprais :))

Dan aku dapat kasut ini....
























Inilah yang aku cari!
Habuan nak sarung kalau kena pi mengadap bos :))
Paling best, harganya cuma 13 hengget!
BATA pon tak buleh lawan ini harga tawww....

Okay, kasut hitam tu habuan nak buat standby kalau kena masuk mengadap kan
Nah ini pulak 'kasut' sebenarnya yang akan aku pakai bila tak payah hadap sapa-sapa...























Ini jugaklah yang aku cari! Hehehe...
8 hengget sahaja...

Untuk kedua-dua kasut dan selipar di atas,
aku hanya bayar RM20 sahaja.
Ada belen duit 30 hengget... esok buleh pi makan kehepci dengan Zalia!

Ada hikmahnya anak aku muntah kat Jusco malamtu
Kalau tidak mesti tak cukup duit 50 tu... mesti aku kena top-up dengan duit sendiri
Kan kan kannnn :))











3 comments:

sweets on July 6, 2012 at 9:10 AM said...

ecah sempat lagi melawak..
apa-apa pun bertabah la dng ank-ank kita...

Me on July 6, 2012 at 10:16 AM said...

aan.. serius lawa kasut itam tue... nak jugakkk.... btw jgn ekau kasut kan eden plak mentang2 bukan main byk lagi kasutnya tuhhh

armouris on July 11, 2012 at 12:18 PM said...

Handbag saudari telah dipilih menjadi feature di FB Saya Sangat Obses Handbag dan Kasut. Check it out!

ShareThis