Saturday, July 21, 2012

Kuali Langkasuka :))

Posted by makcik rehan KJB at 9:47 AM

Salam Ramadhan. Syukur tak terhingga, berpeluang bertemu Ramadhan lagi untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah. Aku mengharapkan yang terbaik untuk diri, keluarga dan anda semua sepanjang bulan penuh barokah ini.


Semalam lepas balik dari jumpa zel, badan aku sudah mula lain macam. sendi melenguh. tekak memperit. hasil berhujan di lengkawi 3H2M dah mula menampakkan hasil. sampai rumah terus makan ubat dan mensadai atas katil. pukul 6 nak pi ambik budak2 kat skolah punyala berat nak bangun (dahla aku mmg berat kan). OK, meh nak citer pasal lengkawi....


Lengkawi agak sepi masa kami pegi. mungkin sbb bkn cuti skolah dan sebab nak dekat posa. sana-sini lengang. last aku pegi 3 tahun lepas, masuk semail group sampai bergesel bontot orang bila nk berjalan. tapi kalini semua kedai lengang, takyah berebut nak beli puyuk belanga. hihihi. aku suka tawwww...


Asyraf takmo duduk kat seat dan pakai safety belt masa nk fly to lengkawi. tapi masa nak balik dia sedikit behave sbb flight tak penuh. ada seat kosong sebelah aku dan PS. so kami bagi dia duduk sebelah kakak dia. bagi pen dan kertas, so asyikla depa menconteng.


Berkali-kali jugak Asyraf melalak masa kat sana. tambah lak kalo time tengahari. sikit punya hal, dia menangis kemain lama sampai hingus bertali-tali. tengahari kan mmg nap time dia. tu yang meragam sgt tu.


Oleh sebab cuaca agak mandom, tablet tertinggal dan asrap yang tak sporting, kami takde pon pegi tempat best kat langkawi. tmn burung tak pi, underwater world tak pi. cable car pon tak naik. kami banyak berlegar-legar dalam keta saja. pusing pekan kuah, pusing area jetty point.


Satu yang best, semua tempat kegilaan suriromah aky dapat masuk. muahahahaha. idaman suri, semail group, ram, chandek kura, wira gaya, dan tah apa2 lagilah.... semua aku masuk buat audit. hehehe.


gamba2 kendianla aku tempek. modem kat umah still tak leh configure. aku tumpang tablet masuk air PS je taip entryni. kami stay kat hotel bahagia kat pekan kuah. hotel tau, bukan hospital :p location wise mmg syokla. nak mkn minum turun bawah jalan kaki saja. sederet dengan kamdar pulaktu. pantang anak tido, aku lari pi usha kain sorang2. hahaha. kami dok family room, 2 katil queen. bilik ok, tapi sempit sikit. nak solat pon jenuh. satu malan rm130 without breakfast.


PS sewa myvi 3 hari. sehari 80 hinggit kalo tak silap. isi minyak 30 hinggit, pusing keliling pulau, bukak ekon kuat2 sampai sebu idung.


masa hari kedua, kami pi mkn ayam penyet. sekali kena saman parking la pulak. mcm tak relevan kenakan parking fees kat pulau free duty yg famous sbg lokasi pelancongan. kot ye pon nak kenakan parking bayar, letakla tabung syiling. tapi dia buat style kad gores macam kat tg malim tu. satu hazab nak pi beli kad parking bagai. masa nak ambik keta sewa tu, takde lak mamat tu pesan suh beli kat gores tu. terus terpenyet napsu PS nk mkn ayam penyet. hahahahha. esoknya sebelum balik, kami singgah kaunter majlis pi bayar saman. saman 30 hinggit, PS saja mintak diskaun, dia bagi less 10 hengget. so bayar 20 hengget je. bayor jelah kan. kalo tak bayo skang, tah bila kala lagi nak pi lengkawi pulak kan.


ok bab sgopping pulak. hehehe. aku sgt gumbira sbb 99% proposal gadget dapo telah diluluskan oleh tuan beso. gigih tau aku buat pembentangan sambil mendemo kat tengah kedai. yg ni gini bang, nanti kita buat gini-gini. yg ni tak dpt rega murah camni kalau kat tempat kita. ni baguih ni. yangni yg macam kita tengok dalam AFC. yg ni yg mcm dlm food network. terangguk-angguk cam burom belatuk laki aku tau. wakakakka.


pembelian paling berbaloi yg aku dpt semestinya double pan grill. memula PS tak bagi beli. merapu dia kata. pastu aku tune muka syahdu, kelebek wallet buat2 korek duit. aku kata takpalah, yg ni saya beli pakai duit sendirilah (padehal aku mana ada duhet weiii. keja baru 2 minggu, mana dpt gaji lagi) sekali PS sakap, ha pi lah ambik. pi ambik yang besor mcm zalia punya tu. wahhh, sayang ko bang! tapi aku takmo yg beso tu, aku nak yg kecik sikit, sebab aku nak yg ada corak jalur. nanti kalau aku buat steak (kononnnnn) cantik je daging aku berjalur mcm dlm tibi. kaaaahhhh kahkahkah. batak!


Yg besor sikit mcm zel punya rm76.90. both side takde corak jalur (apa nama tah jalur tu). aku punya kecik sikit, rm59.90 saja. ada jalur-jalur. aku ronda semua kedai, idaman suri je ada jual menatangni pada harga mampu milik. kedai lain takdak jual. wira gaya ada juai, tapi dia juai happy call korea saja. happy call paling kecik dah rm168. ahhh mahai! idaman suri pon idaman surilah. quality wise sama je aku rasa. die cast iron teflon jugak. ada magnet jugak. ada getah penyendal jugak.


1% proposal aku yg ditolak tu adalah pressure cooker. yg ni paling tak relevan. benda yang tak payah nak pressure pon aku tak penah masak. sekali gatai nak beli gadget pressure pulak kan. panggg sedas! hahaha.


Vision, corelle, luminarc semua aku tak beli sebab aku ada plan B. cewahhh. vision murah tau kat sana. tataula ada sale sempena nak raya ke, atau mmg rega dia murah. pinggan corelle pon leh tahan murah. murah sikit banding harga org dok jual online. Tefal mahaiiii. kalau kat lengkawi yg org kata murah pon aku dh rasa mahai. inikan pulak kalau kt sini kan. tapi quality lain dr yg dijual kat tesco or jusco (aku rasa la). yg kt lengkawi mmg tefal top quality punya. mind you, tefal pon ada grade tau :) satu nak bitau, semua brg dapo kt lengkawi ni takde warranty tau. even tefal yg mahal melenit tu pon takde warranty. tatau la pasai apa. pasai dh murah konon kot.


wah dah panjang 8km aku taip. nantilah sambung. jap nak try tempek gambo double grill pan. kahkahkahakah! very the bataks :))


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Mama-ILuvU on July 22, 2012 at 9:10 AM said...

Salam semua,

Saya ada buat special giveaway di blog saya. Jemput sertai yer :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

ejaescobart on July 22, 2012 at 4:10 PM said...

mr apsal x borong lebey natang grill tu.. kalu tak dah tentu2 aku memujuk rayu mintak hang juai kat aku satu.. aku dok cari mmg tak dak la tang pbuntaq ni..

ShareThis