Monday, July 9, 2012

melayu mudah lupa

Posted by makcik rehan KJB at 6:09 PM

mula2 lupa password kad shell masa nak isi minyak di pagi hari. tipon laki 88kali tak jawab. bizi meeting pagi2 ngalahkan manager beso. last2 aku tibai sesuka hati. cukup 3 kali kena blocked. terus x jd isi minyak. sayang duit hokay, tgh bulan kang nak pi beli grill pan kt lengkawi.


kejap td ada nombor sepah2 tah sapa tah sms aku. aku syak bini si saad dari hemisfera selatan. bosan hadap pattern coat gamaknya, tu yg sms aku ajak gaduh tu :)) akuni pulak pakai henfon yg budak derjah 5 pon tak sudi nak pakai, terkial-kial la tenyeh keypad kan. dah la line maxis pon mcm sendu jah. 3-4 kali tekan send pon asek tak lepas. maklomla, nk hantar ke hemisfera selatan kan. jauh tuuu...


lalu aku pon capai tablet masuk air, nak on YM la kononnya senang nak counter attack bini saad. sekali kan, aku buleh pulak lupa password YM aku! cam tadi jugak, aku tojah 3 kali main serkap jarang. terus suspended gamaknya account aku. hoiii sungguh membencikqn. tulah timah, sapa suh ko tutup acc fesbuk dorjana ko. akuuuu jugak yg susah tau!


modem kat opis dengan kat umah aku dua-dua barai. aku melepas gian online pakai tablet saja. sungguh anti klimaks pakai mobile apps ni wei. aku blom reveal pasal kerja kan? nantilah wei, biar lama2 sikit baru aku kabo. kang kalo aku kabo awal2 kt korang, tetiba esok aku dah resign plak, cemana kan? maklomla, akuni ratu sentap. bos jeling sikit jah terus aku bungkus kain baju balik rumah.


aku dh kt umahni. masak nasik lemak sudah. goreng ayam masala yg tesco tolong perap pon sudah. meliur aku tgok nasik lemak wei. diet masih on track. adala lari alignment sesikit (sikit konon). berat pon dh lama tak update kat blog kurus nun. nantilah wei. rasa cam retis plak skang, bizi kemain. cewah!


pukul 6 sudah. masa utk hangkut kanak2 kat skolah. sian ank aku. sesudah subuh dh kena pi skolah. dah gelap baru balik umah. nak mentaman pon dah tak sempat.


till then, lebyu ols. muah muah.

cewah siap muah muah. gataiiii


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comments:

Me on July 10, 2012 at 9:10 AM said...

terobat rindu eden.. (konon la kann...) nak bagi ekau rasa jadi retizzz jap... muahahhaha

ShareThis