Monday, July 23, 2012

Saman dan sawan

Posted by makcik rehan KJB at 1:31 PM
Assalamualaikum WBT


Eh sedondon rupanya dua beranak ni :)






























Masa tengah makan ayam penyet ni lah kami kena saman parking.
Ada sorang awek pengkid sebelah meja kami pon kena saman jugak.
Dia baru je duduk makan, lepas je dengar kecoh-kecoh kena saman kat luar kedai,
dia kuar pegi tengok, pastu masuk balik dalam kedai, terus pi basuh tangan...
dia ambik wallet, terus pegi bayar makanan kat kaunter... tak jadi sambung makan.
Putus selera gamaknya....

Bukan dia je yang putus selera tau. PS pon sama.
Dok membebel-bebel tak puas hati sambil kuis-kuis nasik
Aku rileks jer. Saman DBKL aku melambak-lambak tak setel.
Dah immune. Hahaha. Masa aku keje kat travel agency kat Taman Tun dulu...
Surat saman parking aku buleh buat buku nota tau :))

Aku sambung makan laju-laju. Pastu pi basuh tangan.
Pastu aku sauk henbeg, angkat bontot... nak kuar dari kedai makan...

Abang makan pelan-pelan eh. Tengok budak-budak kejap eh,
Saya nak pi audit kedai RAM's kat sebelah nun.
Kejappppp jer. Nanti Abang siap makan call saya eh. Hehehe.

Lepas 20 minit, sebelum PS call, aku yang call PS dulu.

Bang dah siap makan eh?
Dah alang-alang kena saman, biorlah keta tu kat situ.
Meh abang tolong saya audit kat kedai sini pulak. Hehehe.

Laki aku jerla yang tahan perangai sawan audit kedai pinggan mangkuk akuni....
:))



































1 comments:

Me on July 23, 2012 at 2:35 PM said...

hahahahha.. sgt la bernas idea binik PS nih.. dah alang2 kena saman yeee hahahah

ShareThis