Thursday, August 2, 2012

Bahasa Pengantar

Posted by makcikrehan KJB at 4:28 PM
Assalamualaikum WBT




Lama dulu, masa bulan-bulan pertama skolah,
Aisyah cita kat akak...

Mama, Rafi kannnn... dia cakap dengan Muallimah macamni tau Mama
Dia bagi lukisan dia dekat Muallimah Ha pastu dia cakap...

Cantikka?

Sumpah aku gelak mengekek dengar intonasi dia ajuk cakap Bangla tau.
Muhammad Rafi'ul Islam ni anak Bangladesh.
Bapak dia keja sebagai gembala lembu kat ladang tepi Bayuville. Baik je budaknya.
Biasala kan, alangkan Bangla tua pon cakap bunyi pelat. Inikan pulak budak kecik.
Sakan anak aku meniru gaya orang :))

Semalam dalam keta, adik dia dok panggil-panggil akak.
Akak dah penat asek nak jawab ya ya ya. So ada sekali tu akak jawab... Gapedie Dikkkk?
Sekali Aisyah kat belakang menyampuk.

Mamani cakap macam Muallimah Wanie lah.
Muallimah Wanie pon suka cakap macamtu...

Gappodio?

Kahkahkahkah... bergegar keta akak laki-bini gelakkan dia.
Sebijik cam ore kelate kecek klate tau.
Siap dengan sabdu, slang pekat kemain.

Takpala... anggap jela anak aku berlidah faseh
bukan lidah keghaih macam Abah dia.. Kihkikih...





 

0 comments:

ShareThis