Wednesday, August 8, 2012

CELEBRITY

Posted by makcik rehan KJB at 8:52 AM
Assalamualaikum WBT


My debab girl is sooo into art and craft
dari semalam merayu-rayu mintak Babah belikan cardboard dan kertas gulung.
Kami pon tatau kertas gulung tu apa, tapi kami assume kertas warna-warni kot

Bila tanya nak buat apa?
Saya nak buat art and craft lah.
Depa dua orang ni suka tengok Qi si Pakwe Yuna kat tibi
eh lupa pulak nama rancangan tu... art attack ke apa kan.

Mana sempat nak belikan cardboard dia.
Balik kerja dah berkejar nak jemput depa kat skolah, lagi nak bukak posa.
Nanti-nantilah Babah belikan OK.

Semalam, lepas bukak posa kat kedai nasik arab (giler banyak aku makan nasik wei)
PS drop kami 3 beranak kat Batu 16 sementara dia pi terawikh
budak dua orangni terlebih bitamin pulak malam tadi...
Cergas lain macam! Runsing aku tengok depa mengkombah rumah Nenek... huhuhu...

Depa main dengan kotak bungkus hamper raya
Sakanla pen sorang sebatang, menconteng tah hapa-hapa....
Lantakla, jangan conteng dinding umah sudah kan...
Pitam Atuk karang, tahun lepas baru cat dinding, takkan tahun ni nak kena touch up lagi kan...





























Ni kunun-kunun tengah tengok tibi.
Kotak tu kebetulan ada lobang tetingkap kat tengah. Kakak imagined it as tibi.
She drew circles with numbers underneath the window. Konon-konon channel tibi :))
Baby nak tengok tibi berapa? Tanya Si Kakak Debab.






























Mari sini saya tekan butang, OK!
































Mama pulak nak tengok tibi berapa?
Ada tibi satu sampai tibi lapan belas okay.
Sikit lagi nak kalahkan Asteruk. Hahaha.


Hujung-hujung Adik dia dah barai
Sibuk nak gonggong botol dah...
Lalu Si Kakak Debab ajak Adik main makan-makan pulak,
sementara tunggu Babah dia siap-siapkan barang nak balik Bayuville...

Baby nak makan selebriti dengan saya tak?

Terkujat Mak Abah dia dengar.
Ape kes tetiba datang selebriti nih?
Tak tau tanya... kata Mak Jemah kannnss...
Hahahaha... lalu aku pon bertanya...

Kakak, apa yang selebriti tu... Kakak tau ke selebriti tu apa?

Selamba dan yakin, anak debab aku menjawab: 
Selebriti tu adalah SALAD BERINTI...



Mohon para retis hot dan suam-suam kuku tidak melenting membaca entry ini...












8 comments:

Me on August 8, 2012 at 9:07 AM said...

hhaahhahaahaha... eden gelak sampai berair mata tau.... sgt kretif la aisyah nih... lepas nie auntie tengok selebriti je auntie bakal nampak semangkuk salad berinti hahahha

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L on August 8, 2012 at 9:28 AM said...

muahahahah curllasst mencah!!!

amekaw salad berinti famos amos kot?

Bitt (double IS) on August 8, 2012 at 9:43 AM said...

aakakakkakakkaka kelasss ko...

Carmello on August 8, 2012 at 10:14 AM said...

Hahah Kelakar giler lah anak kak Rehan ni. Mana lah agaknya dia dengar salad berinti=selebriti.. Hihih
Takpe,tahun ni beraya dengan TV baru lah kan.. =)

makcik rehan KJB on August 8, 2012 at 1:21 PM said...

Uols kannnn... kekanak ni kalau imejin memang diluar dugaan kannss... hahahah

Zila on August 8, 2012 at 2:08 PM said...

Tak tahan nak gelak....dlm opis plak ni...hehehe..cute!

Alin Marlini on August 9, 2012 at 10:12 AM said...

hahahaha...mesti nak buat cam iklan chipsmore tu

ibh_sue on August 9, 2012 at 1:20 PM said...

Wahahahahahaa..Mencahhhhh....Gelak beso aku rehan..

ShareThis