Tuesday, August 14, 2012

Lesson learnt

Posted by makcik rehan KJB at 11:16 AM
Assalamualaikum WBT


Semalam.

Baru je lepas borak-borak dengan Nik Yam
Nak masak apa petang kang eh?

Akak kata nak ulang siaran mee goreng je.
Pastu beli keripap pusing yang dikelim cantik kat Paso Remdan Serendah.
*Kena highlight la tang kelim cantik tu. Pasai ada orang kelim keripap huduh kemain*

Sejurus kemudian (bajet tulis novel), dapat sms dari Abam Aril yang berbunyi :

Balik kang siapkan budak-budak.
Kita bukak posa kat dot dot dot, Sungai Buloh.

Oh sukenya akak.
Satu is tak payah masak. Dua is akak suka makan kat dot dot dot.
OK la, makan kat mana-mana pon akak suka. Asalkan tak payah masak. Hehe.

Betul la orang kata Melayu mudah lupa.
Atau lebih tepat lagi, laki akak mudah lupa.
Gamaknya dia dah lupakan tragedi Asrap melalak kat hotel itu hari.

Lalu memakanlah kami sepuas-puasnya.
Duduk pulak semeja dengan colleague PS yang anak mereka juga 'boleh tahan' ligat.
Anak kau kirai nasik, anak aku siram air. Bagus. Memang sekufu.

Masa nak solat Maghrib, akak kaut Si Asrap masuk surau sekali.
Maka tiada langsung acara melalak berganti-ganti 200 meter macam sebelum ni.
Amboih kemain bahagia Abam kau mengopi dengan aman dengan rakan taulan.
Selalu tu muka kelat macam pakai tali pinggang ketat sebab anak melalak kanns...

Dekat pukul 9 baru kami bersurai dari sana. Selalu tu, lepas solat terus berambus. Stress haha.
Betapalah Abam kau baek hati malam tadi, lagi ajak singgah shopping kat The Store
The Store pon The Store lahhhh.... akak layan je.
Maka misi mencari baju raya diteruskan lagi.





































Pukul 11 lebih baru sampai rumah.
Asrap terus flat sampai pagi.

Misi mencari baju raya masih gagal tau...
Sebabnya.... laki akak is very the cerewet... Huh!











1 comments:

pizet on August 14, 2012 at 11:35 AM said...

kan.. wink wink

ShareThis