Thursday, August 16, 2012

The road to Raya 2012

Posted by makcik rehan KJB at 9:56 AM
Assalamualaikum WBT


Uols balik kampung bila?
Akak esok, InsyaAllah.
Baju blom packing, langsir belum basuh. Ada kaitan kah?
Adala... raya kan. Takkan nak biar langsir mengkepam.
Dah bapa kali sound direct kat PS suh tanggalkan langsir tu.
Hagham tak makan sound. So, lantaklah.
Kowser akak nak panjat-panjat. Kang jatuh menggolek, sapa yang kena gelak?
Ahkakkkkk jugak! So, baik akak mensimpuh diam-diam main fesbuk.

Semalam PS dan kanak-kanak beriang-ria mempasang lampu lip lap.
Wah semangat pulak laki akak tetiba. Kanak-kanak sangat menggembira.

Wah cantiknya Babahhhh... macam nak Krismas kan?

T____T

Dah tahap wajib potong dah kot Disney Channel dan sekutu-sekutunya tu.
Anak akak lagi kenal Halloween, Valentines dan Christmas dari Hari Raya.

Mingguni Aisyah sibuk suruh belikan kad raya.
Nak bagi kat Mu'allimah katanya. Nak 4 kad. For each and every teacher la tu.
Abah dia tak bagi beli. Nanti Babah amik kat opis. Kedeks tau Bang.

So pagi tadi, subuh-subuh sepi'ie (beria nak eja sepi'ie)
2 beranak tersebut menggigih tulis nama atas kad dan envelope.
Akak tak campur. Kuwaser tau nak naikkan darah di pagi hari.

Mana tak naik darah.
Huruf M pon tak kenai. Tulis M jadi W.
Tulis nama sendiri AISYAH pon huruf S tu kejap terbalik, kejap jadi macam nombor 4 jawi.
Last-last Abah dia tulis atas kertas kosong, suruh dia salin bulat-bulat.
Tapi aku tengok tulisan Abah dia pon pening.
Kejap hurup beso, kejap hurup kecik. Kpop sangatlah kan.

Aisyah : AISyaH
Asyraf : AsyRaF

Manalah anak aku tak pening kan!

Akak ada snap gambo. Tapi snap pakai henpon PS.
Nak bluetooth kan ke phone akak tak lepas-lepas pulak.
Ah lantaklah. Koser tau. Malam kang akak instakelogrem kan dia. Hehehe.

Mood raya akak dah mari sikit-sikit.
Semalam telipon mak. Tanya pasal rendang kerang.
Sekali akak pulak kena sound direct :

Hangpa balik ka?
Kalau hangpa balik, nanti hangpa buatla. Mak malaihhh.

Hahahaha... penangan jaga cucu sebulan.
Ni mesti budak debab Damia buli mak aku ni :))

Selaku kakak paling sulung (dan paling besar lagi berkuasa)
Akak pon mengeluarkan arahan kuasa veto demi keamanan sejagat.




Till then.






0 comments:

ShareThis