Tuesday, September 25, 2012

Bosan!

Posted by makcik rehan KJB at 1:57 PM
Assalamualaikum WBT


Korang tak bosan eh?
Aku dah bosan dah ni... jom cari pasal, nak?

Bila ntah, last week kot. Aku tertengok rancangan ada pengacara merempan di tengah malam.
Nama stesen tibi takleh sebut, takut kena panah petir.
Pengacara dia sepasang laki-pompuan.
Yang laki tu okay je dimata aku, walopun dia tak jambu sangat.
Yang pompuan tu rambut ada sikit karat, speaking ala-ala hidung tersumbat.
Bila dia bersakap sambil tenyeh-tenyeh ipad, aku rasa nak tenyeh muka dia.
OK, over kan aku. Eh kata bosan kan, ni nak buang bosan la nih :))

Aku tengok tibi sambil buat keja apentah, tak ingat.
Yang pasti bukan lipat kain. Aku dah lama pencen dari pekerjaan tak pekdah tu.
So, aku tak amik port sangat apa yang depa rempankan.

Sampaila satu part dimana pengacara lelaki kurang jambu tu bersakap :
OK, you guys can download the applications from your Google Play or Apple Store bla bla bla...

Tetiba, pengacara pompuan kat sebelah dia menyampuk dengan mulut senget-senget:
Wait-wait, just now u were saying about Google Play... that is something to do with Android is it?

Yup, for Android user - jawab pengacara lelaki kurang jambu.

Ewwww..... (sambil libas-libas ekor rambut).
I don't like Android. I always prefer Apple.
(buat muka mencebik, sambil tenyeh-tenyeh ipad di tangan)

Masa tu aku rasa nak angkat tibi hempuk ke lantai
(berani la hempuk, bukan aku beli tibi tu wakakakaka!)
Meluat ya hamat!!! Puiiiiiihhh!!

Sungguh aku takdak gadget buah epal.
Takdak yer... bukan tak mampu. Beza tu.
Kalau nak, aku buleh beli. Cewah. (tanak kalah *libas remos*)

Tapi come on la.... perlu ke buat reaksi macam tu hah? Annoying gilak!
OK, mungkin sebenarnya dia nak bergurau,
dan aku tak amik port dari awal apa yang depa rempankan so aku tatau hujung pangkal
Tapi aku tak peduli, aku tetap nak menyampah!



Gambor ni aku Google la wehhh. Kuwaser sangat nak selotep buah epal cam gini aihhh!



Macamkan Steve Jobs (betoi eja nama dia laguni?) tu mati tinggal reta pusaka kat ko!


Kisah Android vs Apple ni aku penah dah taip kat enrty haritu.
Masatu aku guna apps Blogger-droid kat tablet masuk air
sekali lepas post, hapah pon tak keluar.
Android pon sucks jugak. Kahkahkah.
Dua-dua aku carots. Puas hati. Padehal line internet aku yang hazab :))

Tadi ada orang tanya aku, apa dia Android nih?
Tu yang tetiba aku teringat nak post balik entry ni. Hehehehe...

Dah hilang bosan?
Dah, jom tido plak :)








3 comments:

Alwanez on September 25, 2012 at 2:52 PM said...

Wow! Apple 3D laa...lagi canggih dari yang lain hihihi

ibh_sue on September 25, 2012 at 7:07 PM said...

Kahkahkah. . Hebat apple ko tu. :D

Me on September 26, 2012 at 9:24 AM said...

benci sungguh gayanya nie ka buah apple sampaikan ditepek bwh meja je???? kahkahkah....

ShareThis