Saturday, September 29, 2012

DDMR : My First RVC

Posted by makcik rehan KJB at 12:16 PM
Assalamualaikum WBT


PS dah hangkut kanak-kanak pi umah nenet
Aku kat umah, nak setelkan laundry, gorem bihun dan ambik kuah kacang tempah kat Muallimah Ha
Lepastu aku zass pegi rumah nenet joining the rest

Sementara tunggu baju dalam mesin,
Meh aku mengarang temberang versi Sabtu
Cerita harini, tak lain tak bukan RVC belacan aku le kan :))





Hahahaha... awal-awal tempek selingan dulu
Aku kalau pegi beli brg dapo kat Jusco, kompom menyinggah beli cheese tart ni sekeping
tu sebab aku jaranggggggg sgt-sgt pi beli groceries kat Jusco
Satu sebab mahai, satu sebab menatang kat atas ni lah
Tambah lak kalau pi sorang, lajuuu je aku tuju ke sana dulu.
Kalau pi dengan PS aku tak berani sambar bendani, nanti dia jeling tajam sambil berkata
PATUTLA GEMOKKKKK hahaha.... pasrohh!































Inilah cheese bunjut yang aku beli haritu
Melilau aku cari Philly Cheese yang para baker ternama selalu guna tu... nan hado!
Aku call Zalia, suruh dia Google Tantura Cheese bunjut ni
Nak suruh dia tengok, ada ka maknosia pernah buat kek pakai cheese bunjut laguni
Dia kata TAK JUMPA KAT GOOGLE!
Ah sudahhh... pastu dia sakap : asalkan cheese sudah la woi
Ha betul jugakkan. Asalkan cheese, bukan tempoyak
janji halal dan PALING MURAH :))
































Pastu ambik jugak whipping cream ni.
Cari hat ada tanda halal dan PALING MURAH! Hahahaha.
Hatni dalam16 ke 18 hengget tak ingat. Yang lenlain sampai 20-25 hengget. Koser akuuuu!
Aku tengok kat foodnetwork, depa salu campur cheese dgn whipping cream utk buat frosting,
aku pon tanak mengkalah... harus internasyonel khennn...
































Tang cuka ni pon lagi satu suspen.
Memula aku cari buttermilk, hagham tak ada.
Aku cari maskopon (aku tatau ejaan dia, malas nak check) pon tak ada.
So skang nak cari cuka pulak sebab Kak Imah (dulu Kak Mah, skang dah tuko jadi Imah sejak makan kolagen) kata buleh tuka buttermilk dengan campuran susu dan cuka.
Aku pulak menuntut ilmu tak abih, tak pulak tanya cuka lagumana?

Seumo hidup akuni hagham tak pernah masak pakai cuka
Beli cuka lagila tak pernah.
Aku pon tanya SA Jusco tu, kat mana nak cari cuka.

Dia tanya aku balik, Kak nak cuka makan ka cuka masak?
Ah sudahhh. Aku tanya balik, ada beza ka?
Ada Kak. Cuka makan buleh terus minum. Cuka masak kena masak. Hahaha. Pandai hang no.

Aku pon gamble... bagi Kak cuka masaklah.
Zassss...dia bawak aku pi shelf cuka.
Aku pon kelebekla.... cari cuka yang halal dan PALING MURAH! Hahahaha...






RVC aku pakai resepi dari blog Teratak Impian.
Sengaja aku cari resepi RVC yang besor sebab dah alang-alang buat biarlah besor terus
Jadi tak jadi, sedap tak sedap belakang kira la kan.






























Masa nak bako kekni aku sangat mencuak.
Sebab adunan aku macam melembik. maklomla... akuni pakar premix je selamani
Kalau kek premix biasnaya takdela selembikni adunan dia.
Bantailakan... takkan nak memandai tambah tepung lak...
aku pon 1st time try buat kek bangsa laguni kan

Pastu kalau ikutkan dia suruh bako kek ni 4 lapir. Maknanya 4 kali bako.
tapi aku kan maha rajinnnn hehehe...
Aku bako 2 kali jelah. Malas aih nak tunggu bako sampai 4 kali.
Tak tido aku karang, dah la malam jemaat. Eh!



 



Belacan kan? Tangni yang aku benci nih.
Kaler merah aku tu ala-ala merah bata. Bukan merah menyala.
Pasrahla dapat kek kaler belacan pon.

Mula-mula aku nak buat kek 2 lapis je. Tapi tah mana datang roh gigih,
Aku tarah 2 bijik kek tu... belah dua.
Maka jadilah RVC aku 4 lapis,
walaupon bila belah, nampakla lubang kawah kat tengah-tengah kek.
Lantaklah. Janji RVC :))


Malam tadi pas kanak-kanak pengsan, aku pon mengkeroseh cheese dengan cream utk frosting
Kejap lembik, kejap keras. Kejap tambah cream, kejap tambah butter.
Last-last jadila jugak. Kira lulusla di mata pengkritik terhebat aku kat rumah ni - PS

Mencabar gila nak buat finishing pagi tadi.
Asrap dengan Aisyah bersidai kiri-kanan aku.
Aisyah tak abih2 mengecek nak jilat cheese.
Asrap kejap nak susu, kejap nak biyak.




88 kali paip selet, paip selet. Mujurla sama kaler putih je semua kan.
Kalau buh frosting warna mani tataula celomot lagumana jadi dia :))




Soooo... apa machiam?
Para baker ternama diluar sana, korang rasa terancam tak nih?
MRcuisine dot com nak mengganas dah ni


:))
















2 comments:

-iLLa- on September 29, 2012 at 12:57 PM said...

sedapnya makcik rehan....

Me on October 2, 2012 at 9:16 AM said...

nakkkkkkkkkk

ShareThis