Thursday, September 27, 2012

Yang ini buleh sakap sedap :p

Posted by makcik rehan KJB at 10:01 AM
Assalamualaikum WBT

Aku tak masuk keja harini, kepala is berat sebelah.
Sarapan anak aku pon tangkap muat saja pagini.
Aku goreng nugget dengan fries saja.
Gemok-gemok fries dia, suka aku. Eh tetiba.

Aku tak amik gambo fries, kuwaser aih pepagi buta tungging-tungging amik gambo.
Buat malu kat jiran belakang dapo. Manala tau... kot-kot dia skodeng ikut tingkap :))


























Goreng pisangni minggu lepas punya. Sedapla pulop (masuk bakul besor, angkat pakai kren)
PS outstation ke Penang, singgah umah mak-pak mertua dia (mak bapak aku le tu)
Ayah aku biasala.... kalau buleh pokok pisang tu dia nak cabut suruh bawak balik.
Segala jambu susu, mangga muda, pisang setandan dia sumbat boh dalam keta PS.
Ada sekali tu, pokok kucai dalam pasu dia bubuh dalam bonet suruh bawak balik.
Kadang mak aku perli Ayah aku - tu pokok nyoq tu tamau bagi depa bawak balik ka? Hahaha.

Laki aku mana berani bantah, pasrahla bawak balik berat-berat pon.
Balik rumah dia humban je plastik beso (kampit gula besor tu) depan pintu rumah.
Punyalah banyak jambu susu, mangga muda dengan pisang ayah aku bagi kauuuu
Tolong Ayah, saya tidak mengkandung mahupon mengkidam! Huwaaaaa....

Aku makan sebijik jambu dan sebijik mangga saja.
Selebihnya aku bagi kat ibuk-ibuk mengkandung di persekitaran aku
yakni kerani jabat pos dan Mu'allimah Wanie yang tengah sarat
Tataula depa makan ke idok, masam melenting wei jambu susu tu!
Pisang tu mana yang terlebih ranum pon aku bagi kat skolah Aisyah.
Mana yang tak bapa masak, aku goreng seperti gambar di atas.

Eh, kata sakit kepala... apehal taip panjang-panjang macam tak sakit pon?
Lepas makan obat, adala sikit lega... cewah...
tu yang mampu mengarang temberang panjang sikit tu (cover baek punya)

Kejap tadi PS sms aku. Begini bunyinya...


























Alamak, terus stress.
Sabtuni (bukan esok la Bang oi) ada gathering celebrate birthday September kat romah nenet
Nak celebrate 5 orang sekaligus, termasuk yang tua bangka hehehe...
Aku haritu berniat (baru niat jer) nak buat kek beledu merah,
siap dah mintak resepi versi marhaen dari Jalia Hejlin...
Ni dah hari komis, Philadelphia cheese pon aku tak buleh imejin rupa dia camana
Haritu carik kat Tesco Rawang tak jumpa pulak...
Tu baru cari cheese tu... blom aku carik menatang maskopon ke buttermilk ke
Maklomlah... Rawang ni kan orangnya mentaliti kureng....
manada juai benda sanggih-sanggih macam yang orang Sah Alam salu makan khennn

Eh, termelalut sampai cerita mentaliti pulak. Hehehe.
Apa benda aku nak masak eh? Nak kena call mem beso jap lagi nih.
Akuni apa sangat la yang reti masak.... balik-balik bihun gorem dengan nasik lemak
Baru-baruni je upgrade pandai buat rendang *libas remos, adjust apron*
Tu pon laki aku tak sudi makan tau. Mujur Laki Meryam dengan laki Rahibah sudi makan.

Masak main course lagi.
Kek beledu merah lagi.
Cheese tart lagi.

Boleh bukak katering aku pasni!

MRcuisine dot com ----> OK aku book domain name ni siap-siap!


:))




3 comments:

JaSSNaNi on September 27, 2012 at 10:08 AM said...

uwaaaa.. mak cik rehan.. nak jambu susu.... hari tu balik raya kat kg.. tak do pun jumpa jambu susu....

makcik rehan KJB on September 27, 2012 at 10:24 AM said...

habih dah lah yang oiii.... kalu nak kena balik kampung akak kat paghit buntaq nun haha

Me on September 27, 2012 at 2:53 PM said...

bestnya ayah ekau... semua benda pun ingat kat anak2... ekau jerukkan la jambu susu n mangga muda tuh... lps tue pos ke paghit buntaq TO: EDEN hahahhahahah... pos ofis ko sebelah je kannnnn

ShareThis