Monday, October 29, 2012

Berangan dalam kepanasan

Posted by makcik rehan KJB at 4:45 PM
Assalamualaikum WBT

Ingat aku mampoo?
Tak mampoo?

Rupanya ahkak mampoo tak ambik lunch harini.
panas melenit la kat luar, tak mampoo nak start keta pi kedai makan.
Alangkan duduk dalam opis pon ketiak ku melekit, inikan pulak di luar sana.
Cair fondesen ahkak dik *touch-up bedak Pixy beli kat Bandung tahun lepas*

Akak lapo wei. Balik karang harap-harap laki dah siap masak. Eh?
Laki ahkak cuti meleret-leret sampai harini ko!

Berangan tak kena penampor... So mari berangan di siang hari bersama ahkak.
Harap-harap...

Laki aku dah masak ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin dengan telur bistik
Laki aku dah kutip kain kat ampaian, lipat, susun masuk lemari
Lantai berdanoq laki aku dah tulong mop sampai berkilat nampak bayang muka kat lantai
Kanak-kanak dah siap mandi, makan dan wangi seharum minyak ensen
Kepulangan ku disambut mesra sambil dihidang dengan welcome drink fruit punch gittew

Panggggg!
Bengkak pipi sebelah.
Kau berangan tak ikut KPI makcik oi! 


0 comments:

ShareThis