Friday, October 12, 2012

Travelogue HCM 2012

Posted by makcik rehan KJB at 12:11 AM
Assalamualaikum WBT

Trip kalini adalah yang paling memenatkan.
Departure awal pagi waktu Malaysia, sampai sana dah pagi terang benderang
So, start dari malam nak pegi tu time tido dah lari.

Sampai je HCM, kau macam kena rasuk jin kain,
tak reti-reti nak rest, terus serang Pasar Ben Thant
macamkan pasar tu nak lari kejap lagi :))

Siang hari tawaf paso Ben Thant sampai matahari tenggelam,
malam pulak ukur jalan kat paso malam.
Lagi berpeleseran kat kedai-kedai orang Melayu Champa sampai lewat malam.
Bergurau, bertepuk tampor macamkan kau dah kenal depa 5 tahun.
Oh that's the beuty of Islam. Berjuta wajah, satu akidah kan.
Akidah tu yang menyatukan kita. Eh, tiba-tiba terbagi pidato.

Dan routine pegi-balik paso Ben Thant dan paso malam berlarutan sepanjang 3 hari aku kat sana.
Memanfaatkan masa yang ada semaksima mungkin untuk grab the best deal (konon)
sakan membeli sampai tak sedor excess luggage! Satu kali puiiii sama MR!!

Part luggage ni nanti aku citer details,
sharing our precious experience with others yang teringin sangat nak shop till u drop kat Vietnam :))
Save the best for last (tapi aku harap, part ni Zalia yang akan tulis dalam entry dia)

Balik Malaysia pulak pukul 9 waktu sana,
dan sampai LCCT almost 1.30 am due to flight delay.
By the time nak sampai rumah dah pukul 3-4 pagi.
Lagi sekali, waktu tido tunggang langgang.

Tambah memenatkan fizikal dan mental adalah jalan kaki bukan main jauh nak masuk arrival hall
memang makan carotan jerla Air Asia sepanjang kami bejalan kaki :))
Giler jauh weiii... rasa macam kitorang tawaf Stadium Stamford Bridge tu 2 kali hokay!

Kalau tawaf sambil lenggang kangkung tak ngaper la jugerrrr
Ini, kau tawaf sambil jinjing handcarry mencecah 8-9 kilo!
5 minit sekali tukar bahu nak galas beg,
lagi satu pusingan kalu, mau rebeh bahu kiri-kanan!

Sampai rumah bukan buleh rehat terus,
Barang orang order dah siap bayo, nak kena asingkan dan packing untuk pengeposan
Kena pulak prepare apa yang patut sebab esoknya (Jumaat) kami bukak booth kat National Library
Lama tak asah skill meniaga, waaahhh agak berdebar di situ :))

Bila aku mengadu keletihan yang amat pasal trip kalini kat PS
dia jawab senang jer... tulaaaa gemok sangat! dah tak fit la tu.

Tapikann, trip kalini adalah yang paling menggegarkan perut hahahaha!
Bila MR, Kak Zel dan Ezey bersatu... it was like dulu-dulu...
macam zaman kitorang pegi kursus dan retreat kat PID 2-3 tahun lepas
mengketawa sampai kejang rahang!

I can smell that our next trip is coming very-very-very soon... kan korang?
Hehehehe...


Petang tadi masa tengah cuba-cuba nak tido... dapat call daripada HR
kontrak PSH aku disambung lagi 3 bulan bermula 17 Oct ni
takde happy dan takde sedih pon... kalau sambung aku kerja,
kalau tak sambung aku tak pi kerja. Itu saja.

Nak tolak macam tak sopan pulak,
sebab last month sebelum tamat kontrak untuk 3 bulan yang pertama,
aku ada bagitau depa pasal willingness to continue my service for another 3 months
now bila orang talipon bagitau kau buleh sambung, takkan kau nak kata tanak pulak kan?
Orang memberi kita merasa, orang dah berbudi haruslah kita berbahasa juga kan?

Lagipun, usia tembaga macam ahkak ni... kerja jadi boss PID ni jer yang sesuai
kerja kompeni lain, aku tahan 3 hari je
bos hempas pintu bilik pon aku sentap lari balik rumah terus
walhal dia hempas pintu sebab bergaduh dengan bini di malam jemahat :))

Terlari dari tajuk pulak.
Dari cerita betnam, tiba-tiba tercilok masuk citer gaduh malam jemahat
Sebelum aku melalut lebih jauh, baik aku berenti menaip.

Last but not least, those who stay or working nearby National Library
silakan datang melaga perut dengan weols esok hari ya



Stok kain akan hanya diupload di Jollycotton.com mulai minggu depan
(memberi laluan kepada aktiviti jualan offline)

Datang ya kalau berkesempatan :)










1 comments:

Mia Kassim on October 14, 2012 at 9:59 AM said...

1st time baca blog sis ni, macam best pulak.....(^__^) Salam kenal dan follow

ShareThis