Tuesday, October 2, 2012

Warkah penjernih

Posted by makcik rehan KJB at 11:25 AM
Assalamualaikum WBT


OK, oleh sebab haritu kekecohan entry lutut meletup turut melibatkan para pembaca blog, rasanya wajar aku share surat terbuka dari pihak management kat sini sebagai pengajaran sekaligus menjernihkan keadaan. Surat ini telah ditulis dengan bahasa yang amat baik dan matang. Dan aku selaku manusia yang sentiasa cuba berfikiran rasional, telah membaca dan menerima isi surat ini dengan dada yang lapang :)) Ingat kata kunci kita, Nabi benci umatnya yang apabila ia bergaduh ia berlebih-lebihan. Itu sifat munafik tau.

Nama kedai/ syarikat aku terpaksa padamkan supaya tiada isu berbangkit. Sapa yang tahu, tahulah. Sapa yang tak tahu, jangan nak sebok ambik tahu. Kalau lapang sangat,  meh tolong menyibuk buatkan website aku nak? Aku dah serabut mengadap manual weiii...



Salam Puan
Saya dari pejabat urusan ***** ingin memohon maaf bagi komen-komen yang tidak sopan di blog entri puan yang bertajuk ‘onar versi rawang’. Kami sama sekali tidak pernah memberi jawapan atau komen yang boleh merosakkan nama kami sendiri. Kami telah memajukan perkara ini kepada pemilik **** cawangan Bandar Baru Rawang dan mereka juga tidak mengetahui sama sekali berkenaan perkara ini dan ianya juga bukan dari pemilik ***** Bandar Baru Rawang. 
Perkara ini mungkin telah dibuat oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan sengaja ingin memburukkan keadaan. Kami faham bahawa kami adalah peniaga kedai makan dan sentiasa menerima baik komen-komen dari pelanggan.

Dengan ini, kami memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku dan kami senantiasa membuat perubahan dan kebaikan di dalam setiap kelemahan kami. Kami juga berharap agar perkara ini tidak berlarutan kerana ianya  bukanlah daripada kami. Adalah tidak masuk akal jika kami ingin memasukkan pasir didalam periuk nasi kami sendiri dengan memberikan komen-komen yang sedemikian.
Besarlah harapan kami agar pihak puan dapat memaafkan kami atas perkara yang berlaku di luar pengetahuan kami.
Kami juga memohon jasa baik puan untuk mengeluarkan isu ini daripada blog puan, agar ianya tidak terus berpanjangan. Sekiranya puan ingin menghubungi kami, puan boleh emel ke ***@*****.com.my atau telefon kami di 03 – **** ****. Sekian, terima kasih.

Yang benar
S***** M *****



Dan ini surat balasan dari aku. Serius dah lama tak tulis surat dalam bahasa manis sopan cenggini. Selalu tu asyik merempan je kan. Hehehe. Rasa macam nak pi apply KPLI pulak. Eh?



Salam,

Terima kasih di atas keprihatinan pihak Tuan di atas isu ini. Saya sama sekali tidak  menyangka perkara ini akan berpanjangan, memandangkan entry tersebut adalah entry lama (tahun 2010) dan Restoran Tuan tidak lagi beroperasi di Rawang. Sebagai seorang peniaga (saya juga berniaga online) saya seboleh-boleh tidak akan pernah dengan sengaja cuba memburuk-burukkan perniagaan orang lain. Dalam kes entry saya pada tahun 2010 itu, saya sebenarnya tidak langsung ingin bercerita tentang restoran Tuan. Nama restoran saya tulis sebagai menggambarkan lokasi program buka puasa pada hari tersebut. Tuan boleh baca keseluruhan entry itu, saya ingin bercerita tentang hal lain. Namun di akhir entry ada saya selitkan komen ringkas pandangan peribadi tentang makanan pada hari tersebut, di mana ianya adalah perkara biasa bagi seorang blogger untuk memberikan komen/pendapat atas satu2 perkhidmatan/ makanan yang telah diterima.

Secara peribadi saya juga memohon maaf seandainya komen tersebut telah mengguris hati pihak tuan dan para pekerja tuan sehingga menyebabkan tercetusnya isu balas-membalas komen diantara para pembaca blog saya. Saya sewajarnya memilih perkataan yang lebih sopan agar tidak menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pembaca khasnya pihak syarikat Tuan.

Dengan seikhlas hati, saya akan padam komen-komen yang tidak manis di baca dan akan meng'edit' entry tersebut supaya perkara ini tidak lagi berpanjangan. Saya juga ingin memohon maaf bagi pihak para pembaca blog (mereka kebanyakannya adalah teman-teman rapat yang saya sayangi) dan saya percaya mereka sebenarnya tidak bermaksud jahat ketika melontarkan komen. Ianya adalah sekadar komen refleks yang diluahkan secara santai dalam perbualan sesama kenalan rapat.

Saya memuji kesungguhan pihak Tuan untuk menyelesaikan isu kecil ini dan saya doakan perniagaan Tuan akan terus berkembang dan mampu menambat selera seluruh masyarakat majmuk di negara ini.
    

Yang benar,
Makcik Rehan :)


So Joyah-Joyah sekalian, gossip sudah abis tau. Hahaha. Yang lepas is lepas. Jangan diungkit lagi. Bertebaranlah kamu semua seperti sediakala. Makan dan minumlah selagi ianya bersih dan halal. Bersangka baiklah sesama insan, nescaya kita semua akan sentiasa dipelihara olehNya.

OK, sebelum aku terover sarung tudung labuh, bentang sejadah walhal baru pukul 11 pagi... aku stop dulu tazkirah untuk hari ini. Aku harus kembali menatap website. Usahasawan katanya kannnnnss...

p/s : 
korang tak terharu ke baca ayat ni - mereka kebanyakannya adalah teman-teman rapat yang saya sayangi... ayat very the retis salad berinti khennn... kahkahkah!




1 comments:

Me on October 2, 2012 at 3:10 PM said...

tetiba eden yang terharu penangan salad berinti ekau hahahahahha

ShareThis