Sunday, December 16, 2012

Jgn fikir 2 kali!

Posted by makcik rehan KJB at 1:36 AM

Minggu lepas aku pegi Pasaraya Sakan. Tak jumpa brg yg dicari. Tapi terbeli brg yang tak dicari. Prffftttt!


Beratur lama sampai sengal betis. Akak kat depan aku beli brg sekolah anak sampai 4-5 basket! Oleh sebab aku banyak masa lapang (prffftttt lagi) aku pon gagahkan betis, dan teruskan beratur dengan tawadhuk.


Dah alang2 menunggu lama, aku pon buat2 ramah. Tegur akak tu. Aku nampak dia bayar pakai voucher.


Begini lebih kurang skrip perbualan kami :


Voucher apa tu kak? Sapa bagi?

Voucher bantuan zakat, untuk anak yatim.

Oh ya kaaaa. Baguslah mcm tu. Ringan beban akak kan.

Tulah, itu yg akak beli sekali harung terus tu.


Akak tu duduk kat Kundang. Datang Sakan semata-mata nak beli brg sekolah anak. Voucher zakat tu hanya boleh guna kat Sakan. Dan hanya utk brg keperluan sekolah anak. Banyak jugak dia dpt, tebal voucher dia. Seribu lebih macam tu (aku tengok nilai yang dia bayar).


Suami akak eksiden masa balik keja. 6 tahun lepas. Masatu akak tengah mengandung anak yang bongsu ni (sambil usap kepala anak kecik dia). Skarang akak keja kat kantin sekolah. Dia bercerita panjang lebar menjawab soalan2 bizi bodi aku.


Anak dia 5 org... nantilah sambung. Aku publish dulu yang ini. Aku trauma dah menaip entry kat tablet masuk air ni. Aku dah karang berkajang-kajang, sekali bila post tatau hilang celah mana. Terus stress tak buleh tido.


Malam esok kalau aku tak menjahit, aku sambung taip. Hehehehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Nastyna on December 16, 2012 at 1:49 AM said...

ini kalau buat movie citer tak habis lagu ni, mau pecah punggung eh panggung.

QASEEH HATIKU QASEEH on December 16, 2012 at 7:47 AM said...

Saspen..tp kta tnggu nex n3 ya...mmg sakit hati bla da pnt menaip...idea plk mncurah2 dgn cntik nya...tup2 ilang....sakit hati. ..lps tu mls la mo taip blik....biar lost bgtu saja....hihi

RYS AREESA NASIR jr on December 16, 2012 at 1:07 PM said...

salam singgah... saya pun begitu, selalu suka2 nak tegur dan tanya orang... bukan bizibodi, tumpang prihatin hu hu...

cikbedahlaser on December 17, 2012 at 8:41 AM said...

smoga makcik ade semangat nk smbung cerita.. amiiiinnnn

ShareThis