Wednesday, December 19, 2012

Koyak buku.

Posted by makcik rehan KJB at 11:05 AM

Pagini aku rasukan ablasa. Adik dah mandi, dah siap2 nk pi skolah. Kakak dia makan sudah, minum sudah tapi suruh mandi tak bergerak-gerak. Aku dah mula naik darah dahtu. Pastu aku nampak dia koyak buku dana palestin yg aku beli dari kak Ros Juaimurah aritu. Nk buat tiket kata dia.


Banyak kali aku penah cita kan, aisyah sukaaaaaa sgt koyak2 kertas, lipat2, lukis2, kaler2 buat itu ini. Buku dlm rumahni semua dia koyak. Malah pernah kena tibai dgn abah dia sebab koyak dan conteng majalah yg abah dia blom abis baca.


Akuni mata dah la cam burung hantu bejaga sampai pagi dok menjahit, kau pulak pagi2 cari pasal wahai anak, maka terusla mak kau naik hantu!


Kakak mari sini. Kamu koyak buku kenapa? Sekarang mai mama pulak koyak muka kamu nak? pung pang pung pang tah apa lagi aku mengaum kt dia. Aku kalau naik hangin memang macam org tenggelam punca.


Dia menangis. Aku buat derk. Terus ambik towel, mandi 2 minit terus siap. Aku gosok baju, dia tunggu belakang aku sambil nangis esak2. Menikus!


Adik dia kesian tengok kakak dok menangis esak2. dok sakap kat aku, Ibuuuu syian dia ibuuuu. Eh, mana datang ibu pulak ni? drama sangatla korangni tau. Scene menyayat hati tetiba aku jadi ibu pulak.


Masa nak keluar rumah, aku pulak jd sedih tengok muka anak dah mandom. Aku pon jadi tak happy nak tinggalkan anak kat skolah dengan muka masam. Dia tak melompat dan berlari macam selalu. Menikussss je.so aku peluk bahu dia, gosok2 kepala dia. Dan-dan dia peluk aku sambil menangis.


Mama, saya mintak maaf. Saya janji tak buat lagi. Kalau saya koyak buku lagi nanti mama koyak muka saya.


Allah... macam kena lempang dengan tempurung kelapa wei. Zalimnya bunyi. KOYAK MUKA.


Lepasni kalau depa begaduh, pastu kakak dia kata - nanti kakak koyak muka baby kangggg!


Padan muka aku.


OK, sila suggest parenting course yang patut aku attend. Bad mommy i am!


Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

NurulHudaResad on December 19, 2012 at 11:34 AM said...

sama la pesen dgn aku ni kak......kalau marah, ntah apa2 yg keluar dari mulut. lepastu menyesal tak sudah ingat balik apa yg dicakap. T___T

*SiRibenMerah on December 19, 2012 at 11:37 AM said...

alahai.. dia minat buat origami tuh.. kena belikan kertas origami la pasneh.. boleh dia tau hanya guna kertas tertentu je kalo nk main lipat2 kertas neh..
sedih kann tgk drama bebudak neh.. nk mrh pon x sampai hati~

Lynn Hamzah on December 19, 2012 at 11:37 AM said...

huhuhu...lynn pun kadang2 jadi mcm tu gak...

Eliss Mie on December 19, 2012 at 12:45 PM said...

sama jugak dengan saya kadang2. mudah naik hantu, nak2 perut dah makin maju ni, perangai dia pun mcm mengada2 nak dapat adik kot. lepas tu nyesal bila dh habis marah.hahahaha

Nastyna on December 19, 2012 at 3:57 PM said...

maaf saya tak membantu, saya tak boleh berhenti gelak.

transformed housewife on December 19, 2012 at 8:26 PM said...

sesekali mmg kena marah mcm tu lps tu insyallah dia tak kan buat dah. DAh oklah bila MR. peluk jugak dia sblm tinggalkan di sekolah tu. PArenting course pun ada yg boleh pakai ada yg tak boleh. Tak de ilmu jd ibubapa yg sebenar sbb semuanya kita dpt dr pengalaman.

Alwanez on December 19, 2012 at 11:52 PM said...

Kak Rehan, mungkin ayat yg betol "macam tempurung kepala kena lempang" hehehe tetiba loyar buruk matila kena koyak muka..larikkkss

makcik rehan KJB on December 20, 2012 at 12:03 AM said...

hahajahahahahahaha memang nak kena koyak muka ni

Fara Mustapha on December 21, 2012 at 8:17 AM said...

almost semua mak mcm ko ni, makcik...aku kalau marah pun sore mmg 10 batu leh dgr....maleh aku nak cover2 dah kiri kanan...sian mmg sian kat budak2 ni tapi kalau tak marah, diaorg lak buat perangai lagi melampau...kita bukan nyer ajar nak jadi buruk...kita nak jadikan diaorg more better kan...tapi itulah utk jadi mak ni mmg memerlukan kesabaran yang kental...heheheeh...n im not one of it...but i tried lah utk memperbaiki semua tu...heheh...ntah bila lah...

ShareThis