Tuesday, December 18, 2012

sambung part II - Jgn fikir 2 kali!

Posted by makcik rehan KJB at 12:02 AM

Anak akak tu 5 org, yg sulung tu pompuan tgh tunggu result SPM. Yg bongsu 6 tahun. Yg berderet tgh2 tu sila la tikam nombor korang sendiri.


Akak tu muka besalah sgt, sbb org yg beratur belakang dia sumer buat muka tempoyak. Aku? aku tak la, aku buat muka durian crepe. aku kan hero dlm cita ni. mestila aku ambik peranan baik2 saja.


Berkali-kali akak tu mintak maaf kat aku. Sian adik tunggu lama... kata dia. Takde hal la kak... aku jawab antara ikhlas dgn tidak. Hehehe.


Tiba-tiba aku terdetik. Ni kalau ayah aku ada kat sini mesti dia dah hulur barang sepuluh ringgit kat ibu tunggal ni. Anak yatim tu weiii, peluang nak buat amal jariah depan mata. Apa lagi nak tunggu kan.


Masatu aku dah terdetik, satgi nak hulur la sikit kat akakni. Konon nak buat sedekah la kan. Pastu aku pon selak dompet. Alamak, duit beso la pulak. Takkan nak bagi 50? Macamlah kau kaya sgt Rehan. Ha takpa, aku pecahkan note 100 ni lah masa byr nanti. Hulurla barang 10-20 ringgit.


Nampak? Syaitonirrajim dah bisik kat telinga aku. Dari 50, dah turun jadi 20. Pastu, aku mula hesitate. Nak hulur masa bila nih? Takkan nak hulur depan kaunter cashier nih? gila bapak punya riak la pulak. Dahla nk hulur 10-20 hengget saja. Alang2 nak riak, baik aku bagi 50 terus. Mahu seminggu nama aku meniti di bibir staff sakan batu 16.



Syaiton yg direjam bagi jalan lagi kat aku. Ko jgn bagi depan kaunter. Tak baik, riak. Kau tunggu lepas setel bayar, ko kejar la akak tu. Lagipon kau beli 2 brg je, sure kejap je. OK. Aku pon ikut saranan syaiton.


Cashier tu kemain bertatasusila pulak scan 2-3 ketul brg yg aku beli. Dan akak tu pulak, lepas je bayar, takde nak melambat-lambat masuk keta. Sudah je bayar, dia hambat anak beranak dia masuk keta terus. Keta tu anak buah dia punya. Dia la tulung drive bawak akakni dgn anak2 dia mai beli brg sekolah.


Masa cashier tengah terhegeh-hegeh nk pulangkan baki duit aku. Aku nampak akak tu masuk keta dan keta pulak terus reverse nk kuar dari parking.


Aku tak sempat! Tak sempat buat secebis amal jariah kepada 5 org anak yatim dan seorang ibu tunggal. Walhal peluang dah depan mata sangat!


Jahannam kau syaiton yang direjam!


Alangkah bodohnya aku, termakan hasutan syaiton. Kalau aku tak peduli bisikan awal tadi, dan hulur je 50 hengget yg aku ada kan bagus! Aku menyesal tak sudah!


Iktibar yg sgt besar. JANGAN FIKIR DUA KALI bila nak buat kebaikan. Kalau nak buat, selak dompet, pick the notes (whtever colour) and straight away hulur je kat needy peoples!


Aku tulis entryni sebab aku tak sedekah pon. So jgn gossip aku perasan kaya pulak.


Dah la wei. Bapa kali dah tab ni nak himpap muka aku. mengantuk yg hamat!


bye... zzzzzzzz...


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

cikbedahlaser on December 18, 2012 at 1:08 AM said...

Hmmmm tp klu bg depan2 kang akk tu rasa kite kesian kt die lak.. ke tak? Bg kt anak2 die je len kli kan. Sy slalu kena hasut dek setan ni... ending spt d atas la... xpe la mr.. fkir positif..mana tau duit tu sbnr nye utk org yg lggggg memerlukan.. sedap kn ati... xpe kn... heeheh

QASEEH HATIKU QASEEH on December 18, 2012 at 7:43 AM said...

Haha...besa gtu..klu d cni rasa geram sgt nak bg dgn peminta sedekah PTI tu..klu x bg bole plk marah2 org...lps tu siap berderet anak2 dia bwk..yg minta sedekah tu sihat walafiat gemukkkkk....pelik kannn hihihi

zaity zaliza on December 18, 2012 at 8:09 AM said...

Rehan, memang selalu hadapi situasi macam nie. selalunya kita kalah sbb serbasalah. paling tidak kita doakan akak tu dimurahkan rezeki tuk membesarkan anak2 dia.

Nastyna on December 18, 2012 at 5:07 PM said...

takper la akak, niat tu yang penting.

ShareThis