Tuesday, January 8, 2013

Nama

Posted by makcik rehan KJB at 9:50 AM

Baru siap gorem bihun. Iyer, itu jelah yg aku reti masak. pon. Bihun kat Tesco tu aku jela tukang perabih kot. Satgi nak sidai kain. Tapi sebelum tu saja nak tulih sini. Sapa baca dan terkena batang hidung jangan maki aku. Tiba2 saja menteringat nak tulih sini.


Trend nama kanak2 skang, yg aku peratikan.


Khadeja, 20 tahun dulu adalah Khadijah

Sofea dulunya Sofiah

Khayra dulunya Khairiah

Ameena dulunya Aminah

Aisya dulunya Aisyah

Zehra dulunya Zaharah

Hamza dulunya Hamzah

Aleya dulunya Aliah

Fatma dulunya Fatimah

Adnin dulu biasanya Adnan


Banyak lagi kot. Ini je yang teringat. Nama pon berevolusi. Ta marbutah dalam bahasa Arab menunjukkan gender perempuan. Tapi banyak nama sekarang yg potong buang huruf Ta atau Ha dihujungnya. I wonder how these names were spelled in Arabic or Jawi.


Nama2 macam kat bawahni dalam 30-40 tahun lagi payah sungguh dah nak jumpa kot.


Maimunah

Latifah

Sabariah

Ramlah

Faizah

Azimah

Mahmud

Hamidah

Ramli

Abdul Razak

Norhafizah

Raihan. Eh! :))


Dulu-dulu, Ayah aku kalau nak menamakan anak atau anak buah, dia akan ambik sebatang pen dan kertas dan coretkan nama yang dia fikirkan atas kertas dalam tulisan jawi (Arab). Lepastu dia cari makna dalam kamus atau bertanya pada yang pakar. Dan lepastu baru menggelabah nak translate ke tulisan rumi. Hahaha.


Anak buah aku ada sorang nama Muhammad Ghanim. Ayah aku yg bagi nama tu. Mak aku bangkang 100% peratus sebab dia kata Ghanim tu dekat sangat dengan Ghanam. Ghanim tu maknanya bagus, tapi ghanam tu maknanya kambing. Mula2 namatu Ayah aku nak bagi kat adik lelaki yg bawah aku. Mak aku tak setuju. So bila Paksu aku dapat anak lelaki dan tanya ayah aku nak bagi nama apa, dan-dan ayah aku nak guna balik nama Ghanim tu. Mak aku tetap bangkang, tapi Ayah aku berkeras nak jugak namatu. So akhirnya, terpakai jugak nama Muhammad Ghanim tu kat sepupu bongsu aku. Tapi yang malangnya, bila bawak pegi jabatan pendaftaran, tah cemana spelling nama tu tak sama dengan bunyi Arab. Jadi Muhammad Ranim kalo tak silap aku. Tapi kami tetap panggil dia Ghanim jugaklah.


Sepupu-sepupu aku banyak yang Ayah aku bagi nama. Ni antaranya.


Siti Noor Supiah

Siti Najdah

Jalilah

Zakiah


Hehehe. Semua nama old pesen! Sampai turn kami, nak bagi nama anak semua tak consult Ayah dulu. Hehehe. Dah pilih nama baru bagitau. Kecuali Abang aku. Dia memang anak yang patuh. Serah 100% kat Ayah aku untuk bagi nama anak jantan dia 2 orang. Ahmad Shauqi dengan Ahmad Rafiq. Steady la bro. Dan aku suka betul nama anak buah aku tu. Macho dan maskulin sangat.


Nama kami adik-beradik aku adalah seperti berikut. Sangat tidak trendy hehehe.


Muhammad Azlan. Spelling jawi utk azlan tu bunyinya Ajlan. Azlan xde makna rasanya, Ajlan baru ada makna.Masa daftar, orang tu suruh guna Azlan. Ayah aku ikut jela. Tapi balik rumah komplen tak abis. Hehehe


Raihan. Yours truly la ni. Masa kecik aku cukup tak suka namani. Jeles nama kawan2 semua panjang dan sedap. Nama aku cam nama jantan. Hehehe.


Abdul Mujib, Nazirah dan Nor Mustaiqazah. Nama adik bongsu aku agak mengada. Maklomla bongsu. Jenuh gaktu bergaduh dengan mak aku. Mak aku kata pelik sangat, nanti orang panggil anak aku gajah kat skolah. Hahaha.


Ayah aku kurang berkenan dengan nama yang panjang meleret dan sebut tak abih. Hehe. Kata Ayah, Aisyah biar jadi Aisyah. Bila sebut tu ada roh. Jangan Aisya. Sebut macam tak abih. Hehehehe.


Macamana tetiba aku buleh teringat nak merapu pasal nama ni? Sebab aku tengok senarai nama budak-budak PRA kat skolah Aisyah itu harila. Semua nama sama, lebih kurang je. Alya berapa ramai Alya. Aina berapa ramai Aina. Daniel, Syafiq bla bla bla.


Pikir balik, sama je macam zaman dulu kan. Dulu dalam satu kelas tu punya ramai nama Norhafizah, Norazimah, Norfadilah kan?


Tak kisahlah nama apa pun. Janji maknanya baik kan.


Sekian, jangan maki aku.







Published with Blogger-droid v2.0.4

14 comments:

-iLLa- on January 8, 2013 at 10:40 AM said...

nama ayahku tersenarai!!!

SYANI on January 8, 2013 at 10:58 AM said...

Aku suka je nama Raihan tu...

Me on January 8, 2013 at 11:10 AM said...

Nurhafizah tue rasanya sepanjang zaman akan wujud.... raihan kan dua2 gender boleh... macam firdaus, ilham, fairuz, khairul (eh tetiba plak) dll hehehhe

makcik rehan KJB on January 8, 2013 at 11:56 AM said...

woiiii

saja. tatau nak tulis apa.

k bye!

littlehumblelynn on January 8, 2013 at 12:50 PM said...

Nama plg byk dgr utk lelaki- rayyan/danish

Pompuan-arissa

Betul x?

Kuazue Mohd on January 8, 2013 at 2:27 PM said...

nama baby besar ai.. muhammad haziq...t klu moden depa tukar ntah ler ejaan lagu mana..kui..kui..kui...

Zaza Si Photographer on January 9, 2013 at 4:46 PM said...

nama klasik: Jantan
ko anak jantan?!
:p

kinna on January 10, 2013 at 2:02 PM said...

nama yang paling baik disisi Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman -sekian *nak jugak selit kat sini

NurulHudaResad on January 11, 2013 at 10:10 AM said...

khayra tu slanga arab.... kata dasar khoir (baik), so ejaan dlm arab pun ikut khoir jugak....hehehhe....

jangan nanti trend merempit kan nama sudah. cth: siti nurhalizewwwwwwwwww!!!!!

ina ariffin on January 11, 2013 at 12:45 PM said...

slm. terima kasih kerna menyenaraikan nama ku di sini,hehe..sabariah mmg sudah lapuk. skrg takde org menginginkan anak nama sebegitu..tp saya teruskan legacy nama pendek dan bermakna baik dlm bhs arab utk anak2 juga sama spt Raihan a.k.a Makcik Rehan yg populer. :)

makcik rehan KJB on January 14, 2013 at 11:31 PM said...

zaza, cousin saya ada sorg nama basariah. tapi kami panggil KAK INA. tanya kat mak dia, pesal jauh beno peginya. Sebab singkatan dari BETINA. masa kekecik konon cam comel la anak tino, anak tino kan. lekat terus INA! haha

makcik rehan KJB on January 14, 2013 at 11:34 PM said...

ku azue, segak sgt dah tu nama haziq tu. sesegak orgnya hehe.

Kinna, setuju dgn awak. Sebaik2 nama kan.

Ina Ariffin, give me five. saya suka nama yang simple, bermakna dan evergreen. Saya tak populer, saya cuma seorang perempuan separuh umur yg rebel haha

bada on January 22, 2013 at 4:09 PM said...

part, "nnt kt sklh org pgl gajah"....terus sy tergelak...

kihkih

~CN2S~ on January 30, 2013 at 2:59 PM said...

Salam raihan...lama tak mengomen kat sini. Tetiba baca entri ni, terasa sendiri..kah kah..

nama anak kak lis : Eusoff Zaheen. padahal boleh je nak eja YUSOF ZAHIN. bapak kak lis tanya, apsal spelling nama macam omputih?.hahaha...amekawww...

ShareThis